Terbitan Hak Hengyuan: Panduan Lengkap Fahami Rights Issue untuk Pelabur Baru

Loading...

Terbitan hak ialah satu cara syarikat mendapatkan dana tambahan daripada pemegang saham sedia ada dengan memberi hak (rights) untuk membeli saham baru pada harga yang telah ditetapkan, dalam nisbah tertentu.
Penjelasan mudah: Anda sudah menjadi pemegang saham syarikat X. Syarikat X kata: “Kepada pemegang saham kami, kami tawarkan anda pilihan untuk membeli saham tambahan kami dengan harga istimewa sebelum kita tawarkan kepada umum.”
Tujuannya boleh pelbagai: modal kerja syarikat, membiayai pengembangan, bayar hutang, capai acquisition, dsb.
Ia akan menambah jumlah saham syarikat yang beredar (“shares outstanding”) — memberi kesan kepada “dilution” nilai saham bagi pemegang sedia ada yang tak ambil bahagian.
Ia eksklusif kepada pemegang saham sedia ada, bukan terbuka kepada semua secara umum (kecuali syarikat menyatakan sebaliknya).
Harga tawaran biasanya lebih rendah daripada harga pasaran semasa — sebagai insentif kepada pemegang saham menerima tawaran.
Jika pemegang saham tidak menggunakan haknya, hak tersebut boleh dilupus (atau syarikat beri pilihan untuk menjual hak atau dialihkan, jika “renounceable rights”).

Pada Oktober 2025, Hengyuan Refining Company Bhd — pengeluar dan penapis produk petroleum — berjaya mengutip RM234 juta melalui terbitan hak (rights issue) yang terlebih langganan (oversubscribed) sebanyak 122.88%.
Langganan tinggi ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap prospek dan asas kewangan syarikat.
Berita Penuh Boleh Rujuk Disini: https://shorturl.at/5e9rv
“Terlebih langganan” bermaksud permintaan terhadap saham baharu melebihi jumlah yang ditawarkan. Dalam kes ini, pemegang saham telah menunjukkan keyakinan untuk mengambil hak yang ditawarkan lebih daripada saiz yang syarikat tawarkan. Ini umumnya petanda positif: pemegang sedia ada bersedia melabur lebih, menunjukkan sokongan kepada syarikat.
Ini bermaksud pemegang saham diberi peluang menambah pegangan mereka pada harga diskaun, dengan sweetener tambahan berbentuk waran percuma.
Harga tawaran sering ditetapkan di bawah harga pasaran supaya ia menarik. VWAP ketika artikel ini ditulis adalah RM0.986 .Dalam kes ini, pemegang saham diberi pilihan membeli saham baru dan turut diberikan waran — waran adalah hak untuk membeli saham pada masa akan datang pada harga yang telah ditetapkan. Ini menjadikan tawaran lebih nampak “manis @ menarik”(sweetener)
Dengan penerbitan 300 juta saham baharu, sesetengah pemegang sedia ada yang tidak mengambil hak mereka akan melihat peratus pegangan mereka dalam syarikat menurun (diluted).
Contohnya, jika anda memiliki 10% saham syarikat sebelum, selepas penerbitan dan sekiranya anda tidak turut serta, pegangan mungkin menjadi 8% atau kurang — bergantung pada saiz penerbitan.
Jadi pemegang saham perlu buat keputusan: sama ada ambil hak tersebut — supaya tidak kehilangan pegangan — atau lepaskan.
Sebahagian besar hasil RM234 juta digunakan untuk:
Langkah ini dianggap strategi modal (capital management) untuk memperkukuh liquidity buffer dan meningkatkan daya saing jangka panjang.
Pemegang saham utama, Malaysia Hengyuan International Limited (MHIL), yang memegang 51.02%, melanggan keseluruhan bahagian haknya dan tambahan lebihan saham. Ini membolehkan Hengyuan mencapai sasaran kutipan minimum RM155 juta, sekaligus menstabilkan keyakinan pasaran.
Biasanya dalam prospectus rights issue, akan dinyatakan satu angka yang dipanggil “Minimum Subscription Level”.
Jika jumlah langganan pelabur tidak mencapai tahap minimum itu, syarikat:
Dalam kes serius, keseluruhan exercise boleh gagal (abort) — bermaksud syarikat tidak dapat modal yang dirancang.
Hengyuan, contohnya, bercadang guna dana untuk beli minyak mentah & tingkatkan kecekapan operasi.
Jika kutipan minimum tak tercapai,
➡️ syarikat mungkin tak dapat beli stok minyak seperti dirancang,
➡️ atau terpaksa ambil pinjaman jangka pendek,
➡️ menyebabkan kos faedah meningkat dan margin keuntungan terjejas.
Kegagalan mencapai kutipan minimum memberi isyarat bahawa:
“Pelabur tidak yakin dengan prospek atau asas kewangan syarikat.”
Ini boleh menyebabkan:
Harga saham jatuh lebih rendah selepas exercise,
Pelabur institusi mengurangkan pegangan, dan
Syarikat mungkin sukar menarik dana baharu pada masa depan.
Dari sudut corporate finance, gagal capai minimum bermaksud ekuiti tak bertambah seperti dirancang, jadi:
Debt-to-equity ratio kekal tinggi,
Working capital lemah,
Dan potensi rating kredit syarikat boleh diturunkan oleh institusi kewangan.
Dalam kebanyakan rights issue besar, akan ada underwriter (penjamin) — biasanya bank pelaburan.
Tugas mereka ialah jamin syarikat tetap dapat dana minimum, walaupun pelabur tak cukup langgan.
Namun, jika tiada underwriter atau underwriter hanya jamin sebahagian, risiko kegagalan masih tinggi.
Sebagai anda yang baru dalam saham — berikut ialah checklist ringkas supaya anda tidak terperangkap:
Fahami bahawa rights issue ≠ “bonus saham” yang selalu memberi untung; ia lebih kepada “fund-raising” syarikat dan ada risiko tersendiri.
Semak syarat hak: berapa banyak saham baru ditawarkan, harga, waran ada atau tidak.
Tinjau sebab syarikat perlukan dana — apakah masalah atau peluang yang ada?
Fikir: “Adakah saya mahu ambil hak saya supaya pegangan saya tidak terhakis?”
Periksa kemungkinan dilution jika anda tidak mengambil bahagian.
Nilai impak jangka panjang: Adakah hak ini akan meningkatkan prestasi syarikat atau hanya menyelamatkan syarikat?
Jangan hanya terpengaruh oleh nombor “terlebih langganan” — walaupun bagus, ia bukan jaminan bahawa pelaburan akan untung.
Melalui kes Hengyuan: syarikat berjaya mengutip RM 234 juta melalui rights issue yang menunjukkan sokongan pemegang saham (oversubscription 122.88%). Ini memberi isyarat yang agak positif.
Namun sebagai pelabur, kita perlu lebih daripada isyarat— kita perlu analisis sebab, penggunaan dana, dan impak terhadap saham kita. Rights issue boleh jadi peluang (jika kita percaya syarikat akan menggunakan dana dengan bijak) atau perangkap (jika dana digunakan dengan buruk dan dilusi terlalu besar).
Belum Ada CDS Akaun Lagi? Buka satu PERCUMA Dengan Kami
Terbitan hak ialah proses syarikat menerbitkan saham baharu kepada pemegang saham sedia ada pada harga diskaun, memberi mereka hak untuk membeli saham tambahan bagi mengelakkan pencairan (dilution) pegangan.
Hengyuan berjaya mengutip RM234 juta melalui rights issue tersebut, dengan kadar langganan berlebihan (oversubscription) sebanyak 122.88%, menunjukkan sokongan kukuh daripada pemegang saham.
Jika anda tidak mengambil bahagian, pegangan saham anda akan mengalami dilution kerana jumlah saham terbitan bertambah tanpa anda membeli saham tambahan, menyebabkan peratusan pemilikan anda berkurang.
Pelabur perlu menganalisis sebab syarikat perlukan dana, penggunaan dana yang dirancang, kesan dilution, dan sama ada dana itu untuk pertumbuhan (grow) atau sekadar kelangsungan (survive) syarikat.
Memahami terbitan hak dan corporate exercise membantu pelabur membuat keputusan yang lebih strategik.
Buka akaun CDS anda melalui Daftar Akaun CDS Mplus untuk mula melabur dan mengambil bahagian dalam corporate exercise.
Baru nak mula belajar saham? Download Ebook Asas Saham Percuma untuk fahami asas pelaburan saham sebelum mula melabur.
Bacaan lanjut: