‘Ulasan IPO Steel Hawk Berhad bersama Klien’
<p>Selama hampir 30 minit sesi live bersama klien saya semalam, beberapa poin penting yang ada dalam prospectus IPO Steel Hawk Berhad dah pun saya ulas.<br /> .<br /> Saya harap klien saya boleh lihat rakaman live tersebut sekiranya terlepas atau kurang faham dengan maklumat yang saya dah sampaikan.</p>

Selama hampir 30 minit sesi live bersama klien saya semalam, beberapa poin penting yang ada dalam prospectus IPO Steel Hawk Berhad dah pun saya ulas. Ulasan IPO Steel Hawk Berhad ini diharapkan dapat memberi pencerahan yang bermanfaat.
.
Saya harap klien saya boleh lihat rakaman live tersebut sekiranya terlepas atau kurang faham dengan maklumat yang saya dah sampaikan.
.
Sebelum saya teruskan, wajar untuk saya maklumkan kepada semua bahawa segala maklumat yang saya sampaikan dalam artikel ini hanyalah semata-mata untuk tujuan pembelajaran umum. Bukannya cadangan, sokongan atau nasihat pelaburan daripada saya kepada mana-mana pihak untuk membeli saham IPO ini.
Ringkasan Prospektus
Dalam ulasan IPO Steel Hawk Berhad ini, kami bukan hanya lihat prospektus, tapi juga sentimen semasa pelabur runcit.
Banyak bahagian yang saya terangkan kepada klien-klien berdasarkan prospektus syarikat ini. Antara bahagian utama yang selalu menarik perhatian saya ialah, bahagian ‘Prospectus Summary’. Dalam ni ada banyak penerangan tentang syarikat. Antaranya, struktur perniagaan syarikat, bisnes model, kelebihan syarikat, strategi syarikat, dan siapa pelanggan utama syarikat,
Selain itu, hasil pendapatan syarikat, dan perancangan syarikat untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan hasil dana terbitan IPO juga ada diterangkan.
Kemudian, nak tahu samada syarikat ada berikan dividen kepada pelabur-pelabur atau tak, boleh semak bahagian ‘dividend policy’. Kalau nak tahu berapa pula nisbah ‘price-earning’ (PE), boleh lihat bahagian ‘Basis of Arriving at IPO Price’, subtopik kepada topik besar ‘Details of Our IPO’.
Nisbah ‘price-earning’ ialah perbandingan harga semasa dengan keuntungan syarikat.
Dalam perenggan tersebut, juga ada nyatakan harga saham IPO yang ditawarkan seunit dan ‘earning per share’ syarikat ini. Harga yang ditawarkan ialah RM0.15. Apabila dibahagikan dengan earning RM0.015, maka dapatlah nisbah PE tadi iaitu 10 kali ganda.
Dalam sesi bersama klien, saya ada beritahu samada nisbah tersebut berbaloi atau pun tak. Bagi sesiapa yang belum jadi klien, tapi nak tahu berapa nilai yang saya cadangkan, boleh daftar akauncds dengan saya. Baru boleh ikut saranan saya sebelum nak beli mana-mana saham IPO.
Secara umumnya, kalau buat carian di internet, kita boleh jumpa prinsip untuk purata nisbah ‘price-earning’ iaitu sekitar 20-25. Jika, kurang daripada itu dikatakan harga tersebut adalah murah dan berbaloi.
Kalau lebih daripada lingkungan tersebut, maka tidak digalakkan untuk beli. Boleh rujuk artikel https://cms.mahersaham.com/cara-mohon-ipo-bursa-guna-mplus-global/ untuk mohon IPO.
‘Independent Market Research Report’ (IMR Report)
Satu lagi bahagian yang penting untuk dibaca ialah laporan ‘Independent Market Research’. Ulasan dalam laporan ini dibuat oleh Protégé Associates Sdn Bhd.
.
Iaitu sebuah syarikat yang dilantik oleh Steel Hawk Berhad bagi menjalankan analisa berkaitan industri minyak dan gas, serta industri pembaharuan tenaga, ‘renewable energy’.
.
Dalam laporan yang sama, Protégé turut memberikan gambaran umum pengeluaran minyak mentah dunia yang telah meningkat sebanyak 0.57% daripada 72.82 juta tong sehari pada tahun 2022 kepada 73.24 juta tong sehari pada tahun 2023.
.
Negara rantau timur tengah yang banyak menyumbang iaitu sebanyak 23.81 juta tong sehari. Rantau Asia Pasifik hanya 6.21 juta tong sehari.
.
Sebelum tahun 2020, harga minyak sekitar USD60-70 setong kerana faktor trade war Amerika Syarikat dan China serta pertumbuhan ekonomi global yang perlahan.
Mekanisma Harga Minyak Mentah Dunia
Namun, setelah masuk tahun 2020, minyak mentah telah mengalami penurunan yang dahsyat disebabkan dua faktor. Iaitu tekanan harga oleh Arab Saudi, dan kurang permintaan bahan api.
Akibatnya, harga minyak mentah menurun daripada USD63.65 setong, bulan Januari 2020 kepada USD18.38 setong, bulan April 2020.
Ia merupakan kesan daripada permintaan yang berkurangan di peringkat global, penjualan besar-besaran minyak mentah yang berlebihan. Kemudian, lebihan minyak mentah mula berkurang pada suku kedua tahun 2020, dan penghasilan vaksin COVID-19 telah memberi impak positif yang memulihkan kembali permintaan minyak mentah.
Tahun 2022 dan 2023 menyaksikan peningkatan harga minyak mentah walaupun terdapat gangguan bekalan. Ini disebabkan oleh perang antara Rusia dan Ukraine. Ia menimbulkan kebimbangan tentang kedudukan Rusia sebagai negara pengeksport minyak terbesar dunia.
Penghujung Disember 2022, harga minyak kekal stabil pada harga USD80.92 setong setelah OPEC+ mengumumkan pemotongan bekalan minyak.
Namun, langkah yang diambil oleh China dalam melonggarkan polisi COVID-19 sedikit sebanyak menyokong harga minyak. OPEC+ melanjutkan tempoh pemotongan bekalan sehingga suku pertama tahun 2024. Pemulihan ekonomi China diteruskan supaya harga minyak stabil. .
Penghujung 2023, harga minyak jatuh menjadi USD77.63 dan naik sedikit menjadi USD82.25 dalam bulan Jun 2024.
Sektor Minyak di Malaysia
Di Malaysia, industri minyak dan gas merupakan sebahagian daripada sektor perlombongan dan pengkuarian yang menyumbang sebanyak RM97.51 bilion. Ini adalah 6.22% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
.
Lagi, sektor minyak dan gas, merupakan industri yang sangat kompetitif. Jadi, sangat susah untuk syarikat baru bersaing dengan syarikat-syarikat lain sedia ada.
.
Namun, ada juga beberapa syarikat baru yang tersenarai di Bursa mempunyai track record yang baik.
.
Antaranya termasuklah, Ocean Vantage Holdings Berhad dalam senarai ACE Market, Petra Energy Berhad, Carimin Petroleum Berhad, Propel Global Berhad, T7 Global Berhad, Handal Energy Berhad dan Deleum Berhad.
Peluang untuk Memiliki Saham ‘Good Track Record’
Sebenarnya Ulasan IPO Steel Hawk ini merupakan ikhtiar dan peluang untuk kita jadi salah seorang pelabur dalam syarikat-syarikat yang dah ada track record ni sebenarnya banyak. Saya teringat satu mutiara kata dalam pelaburan, ‘waktu yang TERBAIK untuk melabur ialah SEMALAM, waktu yang BAIK ialah SEKARANG, dan waktu paling TAK BAGUS ialah ESOK’.
.
Maknanya, kalau kita lambat atau bertangguh-tangguh untuk buka akauncds dan melabur, maka banyaklah peluang yang akan terlepas.
.
Jadi, sesiapa yang belum ada akauncds, tapi nak belajar syarikat apa yang sesuai untuk invest, samada long term atau beli saham-saham IPO, jangan tangguh-tangguh, klik link di bawah dan mula belajar dengan saya step by step.