4 Kriteria Analisis Teknikal

Apa Itu Analisis Teknikal
Analisis teknikal merupakan salah satu method kajian dalam dunia kewangan untuk menjangkakan pergerakan harga saham.
Sama ada harga saham naik ataupun turun.
Di Mahersaham, terdapat 4 kriteria yang kami tekankan kepada student dan klien dalam kajian yang dilakukan.
Kriteria tersebut adalah:
- •Trend
- •Support & Resistance
- •Risk Management
- •Trading Plan
Trend Wajib Tahu
Uptrend
Kaunter yang sentiasa menaik dengan mencipta higher high yang baru.
Kombinasi
- •HIGH
- •LOW
- •HIGHER HIGH ( HH)
- •HIGHER LOW (HL)

Downtrend
Kaunter yang sentiasa membuat new low yang baru.
Kena ingat untuk downtrend ni, high yang baru sentiasa rendah dari high sebelumnya.
Kombinasi
- •HIGH
- •LOW
- •LOWER HIGH (LH)
- •LOWER LOW (LL)

Sideways
- Hanya ada HIGH dan LOW sahaja
- Ketidakpastian hala tuju

Support Dan Resistance Dalam Analisis Teknikal
Perlu mencari support dan resistance.
Banyak cara contoh guna trendlines, gann atau manual mengikut pergerakan candlestick.
Sekiranya anda ingin menggunakan gann, mudah saja.
Anda buka laman web app.mahersaham.com dan login, kemudian ikut step di bawah.

Korang baca artikel ni untuk lebih faham tentang support dan resistance.
Risk Management
Risiko tak dapat dielak tapi dapat dikawal.
Caranya adalah dengan menetapkan risk reward ratio.
Tetapkan nisbah kerugian:nisbah keuntungan.
Setiap kali korang nak melabur, jual atau beli sesuatu saham pastikan korang kira nisbah kerugian:nisbah keuntungan.
Cadangan kami adalah (1:2) atau (1:3).
Namun jika korang dapat kira untuk lagi tinggi keuntungan lagi bagus.
Macam mana nak kira?
Bergantung kepada modal anda.
Contohnya, korang ada RM 10 000, sebelum melabur tu korang kena tetapkan berapa nilai yang anda sanggup rugi? Berapa pula nilai yang anda nak untung?

Contohnya anda nak rugi maksimum sebanyak RM 200 dan anda nak untung minimum RM 400 maka nisbah adalah:
Nisbah kerugian:nisbah keuntungan = Rm200 : RM 400
Maka ratio korang adalah (1:2).
Kena ingat nisbah bergantung kepada berapa anda sanggup rugi dahulu baru anda boleh pikir berapa anda nak untung.
Trading Plan
Dengan adanya trading plan, anda akan tahu apa yang harus dilakukan.
Sebelum membeli sesuatu saham anda sudah menetapkan berapa peratus keuntungan yang ingin diambil juga berapa peratus kerugian yang anda sanggup tanggung jika harga saham menurun.

Dengan adanya trading plan anda dah tahu kat mana nak letak entry price, target price dan cut loss.
Jadi korang tak lah tertunggu-tunggu nak buat apa lepas ni. Korang hanya perlu follow trading plan yang korang dah tetapkan.
Nak Tahu Lebih Lanjut Mengenai Analisis teknikal?
Anda boleh baca di sini
Apa Itu Analisa Teknikal
- Teknikal Analisis, apa tu?
- Apa Itu Analisa Teknikal?
- Analisa Fundamental VS Analisa Teknikal
- Support dan Resistence Untuk Kajian Teknikal Analisis
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu analisis teknikal dalam pelaburan saham?
Analisis teknikal ialah kaedah kajian pasaran saham yang menggunakan carta harga, volum dagangan dan indikator teknikal untuk menjangkakan pergerakan harga saham pada masa hadapan. Ia berbeza daripada analisis fundamental yang mengkaji prestasi kewangan syarikat.
Apakah 4 kriteria utama dalam analisis teknikal?
Empat kriteria utama dalam analisis teknikal ialah trend (arah pergerakan harga), support dan resistance (paras sokongan dan rintangan), volum dagangan (jumlah saham yang didagangkan) dan trading plan (perancangan dagangan termasuk entry price, target price dan cut loss).
Adakah analisis teknikal sesuai untuk pelabur baru?
Ya, analisis teknikal sangat sesuai untuk pelabur baru kerana ia memberikan panduan yang jelas tentang bila masa yang sesuai untuk membeli dan menjual saham. Dengan memahami asas seperti support, resistance dan trend, pelabur baru boleh membuat keputusan pelaburan yang lebih berdisiplin.
Kenapa trading plan penting dalam analisis teknikal?
Trading plan penting kerana ia membantu anda menetapkan sasaran keuntungan dan had kerugian sebelum membeli saham. Dengan adanya trading plan, anda tahu di mana nak letak entry price, target price dan cut loss, jadi anda tidak membuat keputusan berdasarkan emosi semata-mata.
Nak mula melabur saham dengan lebih yakin? Buka akaun CDS anda sekarang melalui panduan step-by-step di sini untuk memulakan pelaburan pertama anda.
Baru nak berjinak-jinak dengan saham? Dapatkan ebook asas saham percuma di sini dan kuasai asas pelaburan dengan mudah.
Bacaan lanjut: