5 Amanat Keramat Warren Buffett Tentang Pelaburan Jangka Panjang Sebelum Bersara

Loading...

Warren Buffett, legenda pelaburan dunia yang dikenali sebagai “Oracle of Omaha”, kini melangkah ke persaraan selepas lebih enam dekad membina empayar kewangan. Namun, warisan sebenar beliau bukan sekadar kekayaan — tetapi falsafah pelaburan nya.
Dalam dunia pelaburan moden yang penuh spekulasi dan ketidaktentuan, prinsip Buffett kekal relevan. Disini lima pelajaran utama daripada Warren Buffett yang boleh dijadikan panduan oleh pelabur Malaysia yang ingin membina kekayaan secara konsisten.
Buffett pernah berkata, “Kalau anda tak sanggup pegang saham selama 10 tahun, jangan fikir nak pegang selama 10 minit.”
Pesanan ini menekankan kepentingan sabar dan disiplin dalam pelaburan. Pasaran mungkin turun naik setiap hari, tetapi perniagaan yang baik akan berkembang dalam jangka masa panjang. Kunci utama? Biarkan faedah berganda (compounding) bekerja untuk anda.
Kata Buffett, “Lebih baik beli syarikat yang hebat pada harga berpatutan daripada syarikat biasa pada harga murah.”
Pelabur bijak tidak hanya kejar harga diskaun. Mereka mencari syarikat kukuh dengan kelebihan kompetitif, aliran tunai stabil dan pengurusan yang jujur. Saham yang nampak “murah” belum tentu bernilai; yang penting ialah asas perniagaannya.
Satu lagi nasihat klasik Buffett: “Takutlah bila orang lain tamak, dan jadilah tamak bila orang lain takut.”
Ketika pasaran panik, ramai pelabur menjual kerana emosi. Buffett, sebaliknya, melihat peluang. Beliau tahu bahawa ketenangan dan keputusan berasaskan logik, bukan emosi, adalah kelebihan sebenar dalam pelaburan jangka panjang.
Buffett percaya pelaburan tak perlu kompleks. Kos tinggi dan terlalu banyak transaksi hanya mengurangkan keuntungan.
Bagi pelabur runcit yang sibuk, beliau mencadangkan untuk melabur dalam dana indeks kos rendah (low-cost index fund) sebagai strategi mudah yang terbukti berkesan.
Menurut Buffett, bila anda beli saham, anda sebenarnya membeli sebahagian daripada perniagaan itu sendiri.
Dengan mindset ini, anda akan menilai syarikat berdasarkan prestasi sebenar — jualan, keuntungan, daya saing — dan bukan sekadar naik turun harga saham harian.

Walaupun teknologi, pasaran dan gaya pelaburan terus berubah, nilai-nilai asas Buffett tidak lapuk ditelan masa.
Untuk pelabur Malaysia, lima pelajaran ini boleh dijadikan panduan membina strategi pelaburan jangka panjang yang stabil dan bijak:
✅ Fahami apa yang anda beli
✅ Sabar dan konsisten
✅ Kawal emosi
✅ Kurangkan kos
✅ Fokus pada nilai sebenar

Pelaburan bukan tentang meneka masa pasaran, tetapi tentang memahami perniagaan dan memberi masa untuk berkembang.
Dan di situlah terletaknya kebijaksanaan Warren Buffett — pelajaran yang akan terus hidup lama selepas beliau bersara.
Buffett menekankan lima prinsip utama: fahami apa yang anda beli, bersabar dan konsisten, kawal emosi, kurangkan kos pelaburan, dan fikirkan seperti pemilik perniagaan.
Buffett percaya pelaburan tidak perlu kompleks. Dana indeks kos rendah (low-cost index fund) mengurangkan kos transaksi dan terbukti berkesan untuk pelabur runcit yang sibuk dalam jangka panjang.
Apabila anda membeli saham, anda sebenarnya membeli sebahagian daripada perniagaan itu. Dengan mindset ini, anda menilai syarikat berdasarkan prestasi sebenar seperti jualan, keuntungan dan daya saing.
Ya, nilai-nilai asas Buffett tidak lapuk ditelan masa. Prinsip memahami perniagaan, bersabar, dan mengawal emosi kekal relevan untuk pelabur Malaysia yang ingin membina kekayaan jangka panjang.
Falsafah pelaburan Warren Buffett boleh menjadi panduan kukuh untuk membina strategi pelaburan jangka panjang anda.
Buka akaun CDS anda melalui Daftar Akaun CDS Mplus untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Baru nak mula belajar saham? Download Ebook Asas Saham Percuma untuk fahami asas pelaburan saham sebelum mula melabur.
Bacaan lanjut: