7 Masalah Perusahaan Kecil Dan Sederhana

Loading...

Perusahaan kecil dan sederhana merupakan tunggak pertumbuhan ekonomi negara.
Terdapat pelbagai jenis perusahaan kecil ini seperti industri berasaskan sumber, logam, plastik, komponen elektrik dan elektronik pembuatan dan pemprosesan makanan.
Ramai usahawan yang ingin memulakan perniagaan atau yang telah berada dalam industri ini mampu bertahan dan memajukan perniagaan mereka.
Manakala sebahagian mereka tersungkur dalam perniagaan kerana tiada ilmu yang mencukupi dalam mengembangkan perniagaan.
Selain itu juga, faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan operasi perniagaan adalah disebabkan kekurangan modal.
Cara menjana keuntungan dengan mempelbagaikan saluran dana ke dalam platform pelaburan juga penting untuk kawalan risiko perniagaan.
Sejak awal perniagaan, usahawan perlu mahir selok belok kitaran kewangan supaya tidak berlaku masalah di kemudian hari.
Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh usahawan bergantung kepada setiap industri yang diceburi.
Namun begitu, masalah utama kepada semua jenis itu boleh dirumuskan seperti berikut:
Pertama, kebarangkalian berlaku defisit dalam perniagaan berpunca daripada kekurangan modal.
Modal yang mencukupi perlu ditentukan sebelum memulakan sesuatu perniagaan.
Ramai usahawan tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan modal lain selain modal sendiri. Salah satu cara ialah dengan melakukan pelaburan saham.
Kedua, usahawan tidak menepati kriteria kelayakan untuk permohonan pembiayaan oleh pihak bank.
kelayakan permohonan pembiayaan daripada pihak bank ditentukan berdasarkan kepada keupayaan bayaran balik “creditworthiness” usahawan atau perniagaan yang dijalankan dilihat mampu membayar semula jumlah pembiayaan yang diluluskan.
Peratusan individu yang gagal mendapatkan pembiayaan adalah tinggi.
Jadi, perlu ada perancangan perniagaan yang betul supaya anggaran pembiayaan juga bertepatan dengan model perniagaan yang ingin diusahakan.
Kebiasaannya, keputusan pembiayaan yang dikemukakan oleh usahawan tersebut adalah berdasarkan kepada rekod semasa yang bersih dari sebarang tunggakan hutang (jika ada).
Ia juga bergantung kepada perancangan modal perniagaan yang betul sebelum membuat permohonan pembiayaan.
Usahawan perlu bersiap siaga dengan keuntungan perniagaan dan kecairan modal yang tinggi jika anggaran yang dipohon juga tinggi.
Kebanyakan usahawan yang celik kewangan telah pun mempelajari pelaburan saham untuk mengatasi masalah ini.
Kurang tenaga buruh yang mahir.
Kurang ilmu dan kemahiran.
Tidak strategik.
Tapak kecil contoh kilang belakang rumah.
Pasaran domestik yang kecil.
Tiada kemahiran dalam pemasaran.
Tiada struktur perniagaan yang strategik.
Tiada bimbingan daripada pakar.
Peningkatan harga bahan mentah.
Usahawan bergantung kepada bekalan import sahaja.
Hubungan tidak kukuh.
Mutu keluaran yang dibekalkan kepada industri berat tidak memuaskan.
Jika diteliti, keenam-enam masalah yang dinyatakan bersangkut-paut dengan masalah utama iaitu modal dan pembiayaan.
Modal yang mencukupi mampu dibelanjakan dengan optimum untuk meluaskan lagi lokasi perniagaan, menyediakan pelbagai alatan yang berteknologi canggih serta mengambil pekerja mahir untuk memantapkan lagi pengurusan dan perhubungan dengan industri berat.
Dengan itu, perusahaan kecil ini mampu bersaing bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Antara masalah utama PKS ialah kekurangan modal, kesukaran mendapatkan pinjaman bank, persaingan dengan syarikat besar, dan kelemahan dalam pengurusan kewangan. Ramai usahawan juga kurang pengetahuan tentang pemasaran digital dan pengurusan aliran tunai yang sistematik.
PKS boleh mendapatkan modal melalui geran kerajaan seperti TEKUN dan SME Corp, platform crowdfunding, pelabur malaikat (angel investors), atau modal teroka (venture capital). Sesetengah usahawan juga menggunakan simpanan peribadi dan pelaburan saham sebagai sumber modal tambahan.
Kegagalan awal biasanya berpunca daripada perancangan perniagaan yang lemah, modal tidak mencukupi, dan kegagalan mengurus aliran tunai. Ramai usahawan juga terlalu agresif dalam pengembangan tanpa asas kewangan yang kukuh — menyebabkan perniagaan kehabisan wang sebelum sempat menjana keuntungan.
Pelaburan saham boleh menjadi sumber pendapatan pasif untuk usahawan, membantu membina simpanan tambahan di luar perniagaan. Memahami asas pelaburan juga melatih usahawan membuat keputusan kewangan yang lebih baik — kemahiran yang amat berguna dalam menguruskan perniagaan sendiri.
Sama ada anda usahawan atau bakal pelabur, memahami asas kewangan dan pelaburan adalah langkah penting untuk mengembangkan kekayaan — bukan hanya bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja.
Buka akaun CDS untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia dan pelbagaikan sumber pendapatan anda.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk belajar asas pelaburan saham dari kosong.
Bacaan lanjut: