Kenapa Agresif Boleh Jadi Punca Bisnes Rugi?

Loading...

Ramai pemilik bisnes percaya tindakan agresif akan cepatkan kejayaan. Tapi hakikatnya, tindak-tanduk agresif lah punca bisnes rugi, terutama bila dibuat tanpa asas yang kukuh.
Kisah kegagalan bisnes orang lain boleh jadi pengajaran untuk kita di masa depan. Jangan lupa, bisnes rugi boleh disebabkan tindakan yang terlalu agresif.
Bila berbisnes, memang tak dapat elak risiko kerugian, sama ada banyak atau sikit terpulang kepada cara urus bisnes. Tindakan agresif punca utama bisnes rugi dalam banyak kes.
“Pemilik bisnes merancang untuk kembangkan bisnes dengan rancak dan bisnes terlalu agresif boleh menyebabkan bisnes gagal.”
Saya kira pandangan macam ni ada logiknya, terutama bila tindakan agresif jadi punca bisnes rugi.
Sebab utama ialah tambah supply bahan-bahan yang digunakan dalam bisnes melebihi kadar yang sepatutnya.
Jika tak dikawal dan diurus dengan baik, pengurusan sumber tadi akan jadi tak efisien. Ini adalah contoh agresif punca bisnes rugi.
Contoh, bila order barang meningkat, kualiti barang susah nak jaga, secara tak langsung brand imej pun rosak.
Pelanggan pun kurang puas hati kalau cara urus sumber tadi tak efisien, disebabkan hal tersebut, agresif punca utama bisnes rugi.
Contoh, customer nak beli barang lain, kita tersalah hantar barang, jadi order pun lambat sampai.
Dari sudut tambah cawangan, stok barang akan mengecil untuk satu cawangan, sokongan untuk cawangan baru pulak tak cukup.
Jadi, operasi bisnes dah susah nak bernafas ditambah dengan fokus utama, misi syarikat yang bercelaru. Akhirnya, bisnes rugi dan tak berkembang kerana terlalu agresif.
Bila bisnes dah hilang fokus, pelanggan yang ada pun semakin lama semakin kurang, nak tarik pelanggan baru yang betul-betul click dengan bisnes pun susah.
Dalam pelaburan saham, sumber modal kalau tersalah masuk kaunter rugi, memang kena peramlah jawabnya. Tindak tanduk pelabur yang agresif punca bertambahnya kerugian.
Lain, masa yang kita peruntukkan untuk monitor saham. Kedua-dua ni perlu digunakan sebaik mungkin supaya dapat capai misi dan tujuan saham yang berkualiti.
Sikap agresif menyebabkan bisnes berkembang terlalu pantas tanpa asas yang kukuh. Ini termasuk membuka terlalu banyak cawangan, menambah produk tanpa kajian, dan menghabiskan modal terlalu cepat. Akibatnya, kualiti perkhidmatan merosot, kos meningkat, dan bisnes kehilangan fokus utama.
Pelabur yang terlalu agresif cenderung memasuki terlalu banyak kaunter serentak, tidak menetapkan had kerugian (stop loss), dan membuat keputusan berdasarkan emosi. Modal yang tersebar terlalu nipis menyukarkan pengurusan risiko dan boleh menyebabkan kerugian besar.
Antara tanda utama termasuk aliran tunai semakin ketat walaupun jualan meningkat, kualiti produk atau perkhidmatan menurun, pekerja terlalu terbeban, dan pelanggan sedia ada mula tidak berpuas hati. Jika ini berlaku, sudah tiba masanya untuk berundur dan menyusun semula strategi.
Kuncinya ialah mempunyai pelan yang jelas, menetapkan had risiko untuk setiap pelaburan, dan membuat keputusan berdasarkan data bukan emosi. Pelbagaikan portfolio, gunakan hanya modal yang mampu ditanggung kerugiannya, dan sentiasa pantau prestasi pelaburan secara berkala.
Sama ada dalam bisnes atau pelaburan saham, sikap terlalu agresif tanpa perancangan yang teliti boleh membawa kepada kerugian besar. Kuncinya ialah berdisiplin dan mengurus risiko dengan bijak.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.