7 Sebab Melabur Saham US (Luar Negara)

Loading...

Pasaran saham luar negara (saham global) merujuk kepada pasaran saham di seluruh dunia yang mempunyai pelbagai syarikat yang didagangkan. Di Malaysia, kita ada pasaran saham yang dikenali sebagai Bursa Malaysia. Sebenarnya, sedar atau tidak, diluar sana terdapat pelbagai lagi pasaran yang menawarkan pembelian dan pembelian saham syarikat. Ini dapat menawarkan kepada kita pelbagai peluang perdagangan dan pelaburan.
Pasaran saham global terdiri daripada beberapa pasaran yang berbeza, termasuk pasaran saham Amerika Syarikat, pasaran saham Asia, pasaran saham Eropah, dan banyak lagi. Setiap pasaran saham mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan boleh memberikan keuntungan yang berbeza.

Pasaran saham Amerika Syarikat, United States of America (US) merupakan salah satu pasaran saham terbesar di dunia. Ia mempunyai pelbagai syarikat yang didagangkan sekaligus memberi peluang untuk pelaburan yang lebih menarik. Bagi pelabur di Malaysia, terdapat 7 sebab mengapa pelaburan dan perdagangan di pasaran saham US adalah penting.

Pasaran saham Amerika Syarikat menawarkan akses kepada syarikat-syarikat yang mempunyai reputasi dunia. Syarikat-syarikat ini mempunyai kekuatan yang besar dalam pasaran global dan mempunyai peluang untuk pertumbuhan yang tinggi. Contohnya, Apple, Amazon, dan Microsoft adalah beberapa contoh syarikat yang popular di seluruh dunia dan boleh didapati di pasaran saham ini.

Untuk sesetengah pedagang khususnya, masa dagangan adalah penting kerana seseorang pedagang yang biasanya membeli dan menjual saham dalam masa yang singkat perlu monitor pergerakan saham mereka ketika pasaran dibuka. Ini memberi kesukaran sekiranya berdagang di pasaran Bursa Malaysia kerana waktu dagangan dan waktu bekerja rata-rata rakyat Malaysia adalah sama iaitu pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Ini memberi kelebihan kepada pasaran saham Amerika Syarikat kerana waktu dagangan mereka dibuka pada pukul 9.30 malam hingga 4.30 pagi mengikut waktu Malaysia. Jadi, sekiranya anda sibuk bekerja pada siang hari, pada waktu malam anda boleh monitor pasaran US tanpa gangguan.
Perdagangan dan pelaburan di pasaran saham luar negara menawarkan banyak peluang untuk keuntungan yang tinggi. Dalam jangka masa panjang, pasaran saham US telah memberikan hasil yang positif dan memberikan peluang untuk pertumbuhan jangka panjang. Pelabur boleh mendapat keuntungan daripada pertumbuhan harga saham dan juga dividen daripada syarikat yang mereka laburi.

Pelabur di Malaysia juga boleh mengambil keuntungan daripada nilai tukar mata wang. Dalam kebanyakan kes, dolar Amerika Syarikat lebih kuat berbanding mata wang negara lain, termasuk ringgit Malaysia. Ini bermaksud bahawa pelabur boleh mendapat keuntungan jika nilai tukar dolar meningkat.
Pelabur di pasaran saham US boleh mengambil keuntungan daripada pengurangan risiko. Pasaran saham US mempunyai kepelbagaian syarikat yang luas dan ini bermaksud bahawa risiko pelaburan boleh dikecilkan dengan pelaburan dalam pelbagai sektor dan syarikat. Ini boleh membantu mengimbangi risiko dan membantu mengurangkan kerugian yang mungkin timbul.
Disebabkan pasaran saham US mempunyai perhatian yang tinggi oleh seluruh dunia, maka sudah pasti maklumat mengenai syarikat dalam pasaran US juga lebih mudah untuk didapati. Bukan sahaja maklumat, malah perbincangan analisa teknikal dan fundamental juga akan lebih meluas dilakukan oleh pelabur diseluruh dunia,
Namun, sebagai pelabur yang bijak, kita perlu lebih bijak untuk menilai sesuatu berita supaya kita dapat membezakan antara berita yang ‘baik’ ataupun ‘tidak’.

Untuk pelabur yang mendaftar dibawah Mahersaham, anda boleh mendapatkan kelebihan sebagai client iaitu dapat menggunakan Mahersaham Global Bot yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat keuntungan di Pasaran US.
Kelebihan ini dapat membantu anda untuk menapis dan mengenalpasti saham yang patuh shariah yang berpotensi memberi keuntungan.
Pasaran saham US menawarkan akses kepada syarikat terbesar dan paling inovatif di dunia seperti Apple, Tesla, dan Amazon. Ia juga memberikan kepelbagaian portfolio, potensi keuntungan nilai tukar mata wang, dan likuiditi yang sangat tinggi.
Kelebihan utama termasuk akses kepada syarikat gergasi dunia, pasaran yang lebih besar dan cair, waktu dagangan yang membolehkan pelabur berdagang di luar waktu kerja Malaysia, serta peluang keuntungan daripada pengukuhan USD terhadap MYR.
Ya, terdapat banyak saham US yang patuh syariah. Pelabur boleh menggunakan senarai tapisan syariah yang diiktiraf untuk mengenal pasti saham yang mematuhi prinsip pelaburan Islam.
Langkah pertama ialah membuka akaun dagangan global melalui broker yang sah. Selepas itu, pelajari asas pasaran US dan mulakan dengan pelaburan yang kecil sambil menambah ilmu pelaburan anda.
Pelaburan saham US menawarkan pelbagai kelebihan kepada pelabur Malaysia termasuk akses kepada syarikat gergasi dunia dan potensi keuntungan yang tinggi. Namun, seperti semua pelaburan, ia memerlukan ilmu dan penyelidikan yang teliti.
Mulakan perjalanan pelaburan anda sekarang. Buka akaun CDS untuk pasaran Malaysia dan muat turun ebook percuma asas pelaburan untuk membina asas ilmu pelaburan yang kukuh.