Belajar Saham Dengan 5 Langkah Mudah – Teknik ABCDE

Loading...

Nak tahu cara main saham tapi tak tahu nak mula dari mana? Ramai pemula rasa terbeban dengan maklumat yang terlalu banyak — akaun CDS, broker, chart, screener, fundamental. Jangan risau.
Dalam panduan ini, kami kongsikan cara main saham untuk pemula yang paling mudah difahami — menggunakan Teknik ABCDE. Ia merangkumi 5 langkah asas yang anda perlukan untuk mula melabur di Bursa Malaysia walaupun tanpa sebarang pengalaman.
Sebelum kita belajar dengan lebih mendalam mengenai teknik yang sangat mudah ini, pastikan anda telah memahami sepenuhnya tentang apa itu saham?
Dengan Teknik Mudah ABCDE Ini Anda Sudah Tidak Perlu Pening Kepala Tentang Hala Tuju Anda Dalam Saham! Tak Perlu Pergi Kelas Ribuan Ringgit Untuk Mula Belajar
Masih baru dalam bidang saham dan tercari-cari panduan untuk melabur? Gunakan kaedah mudah A-B-C-D-E ini sebagai panduan cara main saham yang berkesan.
Central Depository System (CDS) merupakan akaun yang anda wajib ada sebelum mula membeli saham.
Ia diibaratkan seperti akaun simpanan bank dimana semua transaksi jual beli saham akan direkodkan dalam akaun ini.
Umur minima untuk memohon akaun CDS ialah 18 tahun dan anda boleh mempunyai lebih dari satu akaun.
Sebagai contoh jika anda sudah ada akaun melalui broker Maybank Investment anda boleh memohon akaun seterusnya bersama broker M+ pula.
Nak tahu apa kelebihan broker M+ berbanding pesaing yang lain? Bacaan lanjut disini.
Akaun CDS mempunyai tempoh sah laku sebelum diisytiharkan sebagai akaun dormant. Jika tiada sebarang transaksi selama 3 tahun, akaun menjadi tidak aktif dan anda perlu hantar semula permohonan untuk mengaktifkan semula akaun CDS.
Setelah mempunyai akaun CDS, anda akan turut mempunyai akaun trading untuk menjalankan proses jual beli saham.
Sebelum itu, anda perlu mempunyai modal permulaan terlebih dahulu untuk membeli sesuatu saham.
Kami selalu mengingatkan agar pelabur mula membeli saham dengan duit lebihan.
Jangan sesekali melabur dengan wang pinjaman atau melabur sebelum mempunyai simpanan kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji.
Jika anda belum mempunyai modal yang cukup, mula asingkan 10% – 20% duit gaji bulanan untuk menabung demi pelaburan.
Sebagai contoh jika gaji bulanan sebanyak 3k, asingkan RM 300 – RM 600 mengikut kesesuaian bajet anda.
Pada masa yang sama, tingkatkan juga ilmu saham anda sama ada melalui pembacaan buku, blog, atau menghadiri mana-mana kelas pelaburan.
Kami sediakan kelas trading pada harga yang munasabah, confirm takkan mengecewakan.
Untuk baca lebih lanjut berkaitan modal, boleh rujuk artikel Cara Bermain Saham Dengan Modal Kecil.
"Saham apa nak beli ye?" antara soalan yang paling kerap diterima. Untuk menjawab soalan ini, pertama sekali anda perlu tetapkan terlebih dahulu matlamat sama ada ingin melabur untuk jangka masa panjang atau pendek kerana kriteria pemilihan saham berbeza antara kedua ini.
Jika anda ingin melabur dan hold kaunter untuk tempoh lama, kajian terperinci perlu dilakukan mengenai isu fundamental kewangan serta potensi perkembangan syarikat.
Sebaliknya jika hanya ingin keuntungan dalam masa pendek, anda perlu mengkaji pergerakan harga saham
Kami kongsikan lebih lanjut mengenai topik market screening dalam artikel Bagaimana Mencari kaunter Saham Berpotensi Menggunakan Screener? dan Bagaimana Menjalankan Analisa Saham Melalui Aplikasi StockHunter.
Lihat juga senarai apps trading terbaik untuk pelabur Malaysia.
Setelah kajian dilakukan, kini masa untuk bertindak! Saya masih ingat pengalaman pertama beli kaunter saham. Rasa seram sejuk untuk tekan buy order sebab takut set up tak menjadi.
Gangguan emosi adalah lumrah untuk semua newbies, malah mereka yang dah lama trade pun emosi ke laut juga kadang-kadang.
Pegang kuat dengan konsep usaha, ikhtiar, doa dan tawakal.
Jika anda dah lakukan kajian secara menyeluruh, mempunyai trading plan di mana anda tahu dimana entry price, target price dan cut loss serta mempunyai niat yang baik untuk mencari pendapatan tambahan melalui pasaran saham, In Sha Allah ada hasilnya.
Akhir sekali, konsistensi dalam keuntungan pelaburan saham dapat diperolehi melalui experience (pengalaman). Pengalaman anda bersusah-payah membelek setiap satu kaunter saham, pengalaman merasai manisnya keuntungan dan pahitnya kerugian.
Jika berkesempatan, cuba baca buku Stock Market Wizards: Interviews with America's Top Stock Traders tulisan Jack D. Schwager.
Kesemua trader tersohor didunia yang tersenarai dalam buku tersebut pernah mengalami kerugian yang besar, mereka tidak mengaku kalah dan bangkit semula untuk berjaya.
| Langkah | Penerangan |
|---|---|
| A — Akaun CDS | Buka akaun CDS melalui broker seperti M+ atau Maybank Investment |
| B — Bina Modal | Mulakan dengan duit lebihan, asingkan 10-20% gaji bulanan |
| C — Cari Kaunter | Guna screener untuk filter saham berpotensi berdasarkan matlamat anda |
| D — Decide & Beli | Buat trading plan (entry, target, cut loss) dan bertindak |
| E — Experience | Kumpulkan pengalaman — belajar dari untung dan rugi |
Itulah cara main saham yang paling mudah menggunakan Teknik ABCDE. Tak perlu risau kalau masih pemula — yang penting ialah mula dengan langkah pertama dan belajar secara konsisten.
Anda boleh mula dengan serendah RM100. Satu lot saham di Bursa Malaysia adalah 100 unit, jadi jika harga saham RM1.00, anda hanya perlukan RM100 untuk beli satu lot. Mulakan kecil dan tambah modal secara konsisten.
Teknik ABCDE ialah rangka kerja 5 langkah mudah untuk belajar saham — merangkumi Akaun CDS, Bina Modal, Cari Kaunter, Decide Beli, dan Experience. Ia direka khas untuk pemula yang baru nak mula main saham.
Langkah pertama ialah memahami asas pelaburan saham termasuk apa itu saham dan cara pasaran berfungsi, kemudian membuka akaun CDS untuk memulakan transaksi jual beli di Bursa Malaysia.
Pengalaman (E dalam ABCDE) penting kerana konsistensi keuntungan datang dari proses belajar — pengalaman merasai untung dan rugi membentuk pelabur yang lebih bijak dan berdisiplin.
Ya, dengan pendekatan sistematik seperti Teknik ABCDE, sesiapa boleh mula belajar saham — yang penting ialah meletakkan matlamat keuntungan yang realistik dan mengawal pengurusan wang dengan baik.
Dah faham Teknik ABCDE dan bersedia untuk mula melabur? Buka akaun CDS anda melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk memulakan perjalanan pelaburan, dan muat turun ebook asas saham percuma untuk mengukuhkan lagi pemahaman asas anda.
Bacaan lanjut: