Analisis IPO Wasco Greenergy: Fakta Utama, Harga & Status Syariah

By Neo Capitalist12 min bacaan
Analisis IPO Wasco Greenergy: Fakta Utama, Harga & Status Syariah
A

“Tengah berkira-kira nak mohon IPO baru? IPO Wasco Greenergy Berhad hadir menawarkan peluang dalam sektor Renewable Energy dengan sasaran dana RM75 juta. Tapi persoalannya, adakah saham ini berbaloi untuk diperam atau sekadar flip pada first day penyenaraian?Sebelum anda tekan butang ‘Apply’, jom tengok dulu analisis penuh kami tentang risiko dan harga tawaran syarikat ini. Kami juga sertakan info wajib tahu mengenai status Syariah IPO ini untuk memudahkan anda buat keputusan bijak.”

Fakta Utama Ringkasan IPO Wasco Greenergy Berhad

ItemButiran
Saiz IPO KeseluruhanSehingga 150,000,000 saham IPO (30% modal saham selepas penyenaraian).
Komponen IPOOffer for Sale: sehingga 75 juta saham sedia adaPublic Issue: 75 juta saham baharu
Pasaran PenyenaraianMain Market, Bursa Malaysia
Harga IPORM1.00 sesaham (Harga Akhir Runcit = harga yang lebih rendah antara Harga Runcit atau Harga Institusi)
Harga InstitusiDitentukan melalui proses bookbuilding
Tawaran InstitusiSehingga 119.5 juta saham
Peruntukan Institusi• Untuk pelabur Bumiputera MITI: 44.5 juta Issue Shares + sehingga 18 juta Offer Shares• Pelabur institusi lain: sehingga 57 juta Offer Shares
Tawaran Runcit30.5 juta Issue Shares
Peruntukan Runcit Terperinci• 5 juta untuk pekerja & pengurusan Greenergy/Wasco• 15.5 juta untuk pemegang saham Wasco Berhad (Restricted Offering)• 10 juta untuk Orang Awam (50% Bumiputera)
MoratoriumWasco Berhad: 312,693,100 saham (62.54% modal selepas penyenaraian)
Penasihat / Bank PelaksanaCIMB (Principal Adviser, Managing Underwriter, Joint Bookrunner), Maybank IB, CGS
Issuer / RegistrarTricor Investor & Issuing House Services Sdn Bhd
Keutamaan TawaranJika permintaan kurang daripada 150 juta saham, Public Issue akan diberi keutamaan berbanding Offer for Sale
Keperluan MinimumTiada minimum kutipan dana, tetapi perlu 25% public spread dengan ≥1,000 pemegang saham awam
Status SyariahSyariah Compliant

Namun, persoalan utama yang bermain di fikiran pelabur runcit adalah: Adakah syarikat ini benar-benar mempunyai fundamental yang kukuh, atau sekadar menumpang arus hype ESG (Environmental, Social, and Governance) semata-mata?

Dalam artikel analisis ini, Mahersaham akan membedah siasat 9 fakta utama IPO Wasco Greenergy Berhad yang wajib anda tahu. Kita akan melihat daripada sudut harga tawaran, kekuatan model bisnes, status patuh Syariah, serta potensi risiko sebelum anda membuat keputusan untuk melabur.

Untuk Memahami Keseluruhan Artikel ini,anda perlu lah ada at least basic Fundamental Analisis

Untuk Newbie yang masih tak berapa faham pasal saham IPO,Boleh Belajar Disini

Keseluruhan Analisis Ini Berdasarkan Info dan Data yang diperolehi dari Prospectus Wasco Greenergy Berhad,Boleh Rujuk Disini

IPO Wasco Greenergy Berhad dikategorikan sebagai saham patuh Syariah oleh SC,Rujuk Disini

Laman Web Syarikat Boleh Rujuk Disini

Tarikh Penting IPO Wasco Greenergy Berhad

PeristiwaTarikh / Masa
Entitlement Date (kelayakan pemegang saham Wasco untuk Restricted Offering)17 November 2025
Pembukaan Institutional Offering20 November 2025
Prospektus diterbitkan & Pembukaan Retail Offering10:00 pagi, 20 November 2025
Penutupan Retail Offering5:00 petang, 28 November 2025
Penutupan Institutional Offering28 November 2025
Tarikh Penentuan Harga (Price Determination Date)1 Disember 2025
Balloting / Undian untuk permohonan runcit2 Disember 2025
Peruntukan & pemindahan saham kepada pemohon berjaya10 Disember 2025
Tarikh Penyenaraian di Bursa Malaysia11 Disember 2025

Overview Syarikat & Perniagaan Wasco Greenergy Berhad

Gambaran Keseluruhan Perniagaan Wasco Greenergy Berhad

KategoriButiran Utama
Jenis PerniagaanPenyedia sistem tenaga boleh diperbaharui yang menumpukan kepada EPCC sistem tenaga stim, bekalan turbin stim, dan servis selepas jualan.
Produk UtamaSistem tenaga stim biomass, gas-fired, HRSG, kemudahan bantuan (auxiliary facilities), turbin stim Shinko, perkhidmatan penyelenggaraan.
Model PerniagaanMenawarkan penyelesaian hujung-ke-hujung – rekabentuk, fabrikasi, pemasangan, komisioning, bekalan turbin, dan servis selepas jualan.
Pasaran UtamaMalaysia dan Indonesia sebagai pasaran teras; turut beroperasi di Amerika Selatan/Utara dan negara-negara Afrika serta Asia.
Segmen PelangganKilang sawit (utama), industri oleochemical, kilang kertas & pulpa, kilang gula, dan sektor tenaga industri.
Aset & KeupayaanKilang fabrikasi 147,250 kaki persegi, 5 pusat servis, tenaga kejuruteraan yang besar, teknologi turbin Shinko.
Kekuatan StrategikRekod prestasi kukuh, keupayaan rekabentuk & integrasi dalaman, teknologi biomass berkecekapan tinggi.
Keperluan RegulasiPematuhan standard antarabangsa (ASME, BS), sistem kawalan pelepasan, rawatan air, dan keselamatan industri.

Use Of Proceeds IPO Wasco Greenergy Berhad

Jadual Ringkasan Penggunaan Hasil

Kategori / Tujuan PeruntukanJumlah (RM juta)% Hasil IPOTempoh PenggunaanNota Tambahan
1. Pengembangan Perniagaan
(i) Pemilikan Aset – pelaburan, pengambilalihan & kerjasama untuk loji kuasa stim biojisim38.250.9%36 bulanMenyokong strategi BOO/BOOT
(ii) Pengembangan di Indonesia – pejabat jualan baharu & pusat servis5.57.3%24 bulanDibiayai sepenuhnya oleh IPO
2. Penambahbaikan Operasi
(i) Perbelanjaan modal – mesin baharu & naik taraf HQ12.516.7%24 bulanFokus pada automasi & kecekapan
(ii) Pendigitalan – analitik AI, ERP & sistem bersepadu5.06.7%36 bulanRM4.5m software + RM0.5m hardware
3. Penyelidikan & Pembangunan (R&D)4.05.3%24 bulanTumpuan pada pembangunan sistem tenaga generasi baharu
4. Perbelanjaan Penyenaraian9.813.1%3 bulanTermasuk profesional, underwriting & pemasaran
TOTAL75.0100%Baki (jika ada) diberi keutamaan untuk Asset Ownership

Financial Higlihts-Wasco Greenergy Berhad

Income Statement Summary & Trend Table

TahunRevenue (RM’000)Gross Profit (RM’000)GP MarginPBT (RM’000)PAT (RM’000)Trend Utama
2022266,56563,25223.7%33,04425,150Permulaan asas kukuh, keuntungan stabil.
2023288,84473,10425.3%45,64834,941Revenue +8.4%, margin & PBT meningkat.
2024276,71577,51528.0%53,62539,040Revenue turun sedikit, tetapi margin & profit naik (kecekapan kos).
FPE 2024119,95930,88825.8%28,58521,244Disokong oleh gain disposal.
FPE 2025126,15932,27125.6%10,4777,883Keuntungan lebih rendah akibat listing expenses.

Balance Sheet Summary & Trend Table

Item (RM’000)202220232024Jun 2025Trend Utama
Total Assets269,045345,644313,491311,340Peningkatan 2023, penyusutan kecil 2024–2025.
Total Liabilities119,863209,774139,305132,678Liabiliti melonjak 2023 (restructuring), turun semula selepas settlement.
Net Assets149,182135,870174,186178,662Kuat & bertambah 2024–2025.
Total Borrowings20,00014,00045,39645,396Hutang meningkat besar pada 2024 (drawdown term loan).
Cash & Equivalents32,96052,07854,78241,280Tunai naik sehingga 2024 sebelum susut pada 2025.
Net Cash/(Debt)12,96038,0789,386(4,116)Bertukar dari net cash ke net debt pada 2025.
Current Ratio1.8x1.0x2.0x2.1xPemulihan kukuh selepas 2023.
Gearing0.13x0.10x0.26x0.25xLeverage naik 2024 (pinjaman baharu).

Cash Flow Summary & Trend Table

TahunOperating CF (RM’000)Investing CF (RM’000)Financing CF (RM’000)Ending Cash (RM’000)Trend Utama
202233,937(32,146)(21,229)32,960OCF kukuh; heavy capex; repayment loans & dividends.
202337,802(4,708)(13,930)52,078OCF meningkat; capex rendah; tunai naik.
20248,835(37,031)31,39654,782OCF jatuh; CAPEX besar; inflow financing tinggi (drawdown RM45.4m).
FPE 2024(14,083)7,27237,89682,565Inflow besar hasil disposal aset.
FPE 20252,559(12,917)041,280OCF rendah; investing outflow tinggi; tiada pembiayaan baharu.

Valuation

Komponen PenilaianNilai
Harga IPORM1.00
Anggaran Saham Terbitan (Selepas IPO)±500 juta unit
Market CapitalisationRM500.0 juta
Enterprise Value (EV)RM490.6 juta
PATAMI FY2024RM34.308 juta
EPS FY20247.88 sen
PER FY2024≈ 12.7×
EBITDA FY2024RM56.987 juta
EV/EBITDA FY2024≈ 8.6×
Net Assets FY2024RM174.186 juta
NTA Per ShareRM0.35
Price-to-Book Value (PBV)≈ 2.9×
Borrowings FY2024RM45.396 juta
Cash & Cash Equivalents FY2024RM54.782 juta
Net Cash PositionRM9.386 juta
Order Book (LPD)RM249.0 juta
Komentar Penilaian Wasco Greenergy menunjukkan prestasi kewangan yang kukuh dengan peningkatan margin, EBITDA dan keuntungan daripada FY2022 hingga FY2024. Nilai EBITDA yang tinggi serta kedudukan tunai bersih mengukuhkan profil modal syarikat. Dengan order book RM249 juta dan margin yang semakin meningkat, asas pertumbuhan syarikat adalah stabil. Pada harga IPO RM1.00, syarikat dinilai pada PER sekitar 12–13× dan EV/EBITDA sekitar 8–9×, mencerminkan premium yang disokong oleh rekod prestasi projek, kekuatan operasi, serta pertumbuhan selepas jualan dan sistem tenaga stim yang semakin meluas.

Peer Comparison

Jadual Analisis Peer – Malaysia & Indonesia (Biomass Boiler & Steam Turbine Markets

Aspek DinilaiDapatanImplikasi kepada Wasco Greenergy
Kedudukan NicheWasco Thermal & Agrotech paling kuat dalam segmen palm oil mills, berbanding pesaing global yang fokus utility-scaleWasco mempunyai defensible niche + high entry barrier
Operasi TempatanWasco di Malaysia mempunyai infrastruktur kukuh; di Indonesia walaupun tiada HQ tempatan, kekuatan servis onsite menjadi kelebihanAfter-sales cepat = competitive moat
Teknologi & Prestasi ProdukCombustion efficiency >80%, operasi sehingga 90 hari tanpa hentiPrestasi produk menjadi selling point utama vs pesaing
Saiz Servis & MaintenanceTeam tempatan besar di Malaysia dan IndonesiaService reliability = faktor penentu kontrak baru dalam sawit
Penembusan PasaranDominan dalam sawit; pesaing lain lebih generalistMarket positioning lebih fokus dan jelas

Jadual Summary Keseluruhan Market Share & Peer Positioning Wasco

Pasaran & SegmenMarket Share Wasco (2024)Kedudukan WascoCiri PasaranRingkasan Analisis Peer
Malaysia – Biomass Boiler14.1%No. 2Sangat fragmented, ramai pemain kecilWasco Thermal ialah pemain terkemuka dalam boiler biomass sawit dengan penyelesaian tersuai & after-sales kukuh, mengatasi majoriti pemain tempatan kecil.
Malaysia – Steam Turbine (Keseluruhan)16.8%No. 1Gabungan pemain global & tempatanWasco Agrotech memimpin pasaran kerana kepakaran pembuatan in-house dan fokus niche sawit, melebihi syarikat antarabangsa seperti Siemens & Shin Nippon.
Malaysia – Steam Turbine (Non-Utility / Sawit)30.2%No. 1Segmen lebih khususDominasi jelas dalam pasaran sawit, menunjukkan kelebihan teknikal dan penembusan mendalam dalam industri bukan utility.
Indonesia – Biomass Boiler<5.0%Pemain minorPasaran sangat besar, lebih fragmented daripada MalaysiaWalaupun market share kecil, Wasco Thermal tetap kompetitif melalui teknologi terbukti & servis pantas, bersaing dengan pemain tempatan dan OEM antarabangsa.
Indonesia – Steam Turbine (Keseluruhan)22.0%Antara Top PlayerBanyak OEM global, pasaran sangat dispersedWasco Agrotech berada di kelompok teratas, mendapat kelebihan dalam industri sawit berbanding pesaing yang fokus utility.
Indonesia – Steam Turbine (Non-Utility / Sawit)67.3%No. 1Segmen niche tetapi besar dalam sawitPenguasaan sangat kukuh, menjadikan Wasco sebagai peneraju jelas dalam steam turbine untuk palm oil mills di Indonesia.

SWOT Analysis IPO Wasco Greenergy Berhad

Strengths (Kekuatan)Weaknesses (Kelemahan)
1. Pemimpin pasaran dalam sistem tenaga boleh baharu dengan pegangan pasaran terbesar untuk steam turbine generator (16.8%) dan kedua terbesar dalam biomass steam energy systems di Malaysia, serta posisi kukuh di Indonesia.1. Tinggi kebergantungan kepada kontrak baharu kerana model tradisional berasaskan EPCC dan purchase order yang bersifat tidak berulang, menjadikan pendapatan terdedah kepada kitaran projek.
2. Keupayaan reka bentuk dan penyampaian sistem tenaga biomass yang khusus & tersuai, didorong oleh kepakaran teknikal dalaman yang mendalam.2. Risiko kelewatan projek dan potensi LAD, yang boleh menjejaskan aliran tunai, margin, dan reputasi jika berlaku kelewatan dalam pemasangan, penghantaran atau penyiapan.
3. Asas pelanggan yang sangat luas melebihi 1,500 pelanggan di Malaysia, Indonesia, Amerika dan Afrika, disokong oleh rangkaian jualan dan servis yang mantap.3. Tumpuan pelanggan yang besar dalam industri sawit, menyebabkan pendedahan kepada kitaran komoditi, perubahan dasar dan turun naik pelaburan sektor tersebut.
4. Order book kukuh sebanyak RM249 juta dengan visibiliti pendapatan sehingga 2027 serta rekod kewangan yang menunjukkan pertumbuhan PAT CAGR 24.6% (2022–2024).4. Peralihan ke model pemilikan aset (BOOT/BOO) masih baharu, melibatkan risiko operasi, pembiayaan, dan kawal selia kerana ia berbeza dari model perniagaan semasa.
Opportunities (Peluang)Threats (Ancaman)
1. Pertumbuhan pesat pasaran biomass Malaysia dan Indonesia, dengan CAGR 8%–9% sehingga 2029, dipacu tuntutan ESG, FiT baharu, serta permintaan industri.1. Persaingan meningkat daripada pemain tempatan & antarabangsa, terutama dalam pasaran boiler dan steam turbine yang memerlukan kepakaran tinggi.
2. Peluang pendapatan berulang melalui model pemilikan aset (pemilikan & operasi loji kuasa biomass) yang menawarkan aliran hasil stabil jangka panjang.2. Risiko ketidakstabilan bekalan feedstock biomass, terutamanya bagi pengendali loji bebas, yang boleh meningkatkan kos dan menjejaskan prestasi loji.
3. Pelan pengembangan agresif di Indonesia melalui penubuhan pejabat jualan baharu dan pusat servis tambahan, merangsang pertumbuhan pasaran.3. Perubahan dasar tenaga & insentif kerajaan di Malaysia/Indonesia boleh memberi kesan kepada projek biomass dan keupayaan pelanggan untuk melabur.
4. Permintaan tinggi terhadap servis selepas jualan kerana banyak mesin boiler & turbin lama (10–20 tahun) memerlukan penyelenggaraan, membuka ruang margin lebih tinggi dan aliran pendapatan berulang.4. Risiko ekonomi & geopolitik yang boleh mengurangkan pelaburan pelanggan dalam projek tenaga dan memperlahankan perbelanjaan modal industri.

Risiko Perniagaan Wasco Greenergy Berhad

Ringkasan Risiko IPO Wasco Greenergy

Kategori RisikoHuraian Risiko Penjelasan Dari ProspektusKesan Kepada PelaburKebarangkalian
Peralihan StrategikPeralihan daripada perniagaan EPCC kepada pemilikan dan operasi loji stim biomassa membawa model pendapatan baharu serta keperluan operasi jangka panjang yang lebih kompleks.Prospektus menerangkan perubahan asas model perniagaan yang memerlukan keupayaan pengurusan aset dan operasi yang lebih mendalam.Margin mungkin menurun pada peringkat awal, risiko operasi meningkat, dan aliran tunai lebih sensitif.Sederhana
Kos Projek & ModalPembinaan loji biomassa memerlukan CAPEX yang besar serta risiko kos melebihi anggaran.Prospektus menyatakan risiko isu teknikal, kelewatan kontraktor dan kos pembinaan tambahan.Pulangan pelaburan lebih rendah, tekanan kepada tunai, pembiayaan tambahan mungkin perlu.Sederhana
Risiko Operasi LojiProses pembakaran biomassa mempunyai risiko seperti slagging, fouling, kakisan dan kerosakan komponen yang boleh menyebabkan downtime.Prospektus menekankan kegagalan teknikal ini sebagai risiko operasi utama.Kos O&M meningkat, penalti prestasi, gangguan bekalan kepada pelanggan.Tinggi
Risiko Bekalan BiomassaKejayaan operasi bergantung kepada bekalan biomassa berkualiti tinggi yang konsisten.Prospektus menyenaraikan risiko musim, cuaca, logistik dan perubahan permintaan.Kos bahan mentah meningkat, kecekapan loji jatuh, margin terjejas.Tinggi
Tiada Rekod Operasi LojiSyarikat berpengalaman dalam EPCC, tetapi belum mengendalikan loji stim biomassa sendiri.Prospektus menegaskan keperluan sistem pemantauan, O&M dan tenaga mahir 24/7.Potensi masalah masa awal operasi, downtime lebih tinggi.Sederhana
Risiko Subkontraktor & WarantiTanggungjawab terhadap kecacatan kerja subkontraktor serta risiko penalti projek.Prospektus menekankan risiko kelewatan dan kecacatan yang memberi kesan kepada reputasi.Kos pembaikan meningkat dan potensi kelewatan projek.Sederhana
Risiko Hutang & Penerimaan PelangganTerdapat pendedahan besar kepada risiko bayaran lewat / gagal bayar pelanggan.Prospektus menunjukkan bahagian receivables tertunggak yang tinggi.Aliran tunai terganggu, risiko impairment dan masalah modal kerja.Tinggi
Modal Kerja & KecairanModel perniagaan baharu memerlukan modal kerja yang lebih besar untuk stok, penyelenggaraan dan operasi loji.Prospektus menegaskan keperluan dana operasi berterusan untuk loji.Keperluan pembiayaan tambahan, tekanan tunai.Sederhana
Risiko Pembiayaan & FaedahPerlu mengimbangi penggunaan hasil IPO, tunai dalaman dan pinjaman bank.Prospektus menyatakan kemungkinan kenaikan hutang.Kos faedah meningkat, fleksibiliti kewangan berkurang.Sederhana
Perlindungan InsuransInsurans mungkin tidak meliputi semua kerugian atau premium boleh meningkat.Prospektus menyatakan risiko jurang perlindungan.Kesan langsung kepada P&L jika berlaku insiden besar.Rendah–Sederhana
Risiko Permit & CCCTerdapat struktur yang belum mendapat kelulusan pelan bangunan atau CCC.Prospektus menyenaraikan isu pembinaan tanpa kebenaran dan pematuhan tertunggak.Denda, kos pembetulan, gangguan operasi.Sederhana
Risiko Sijil BombaOperasi kilang tanpa sijil bomba sehingga proses pembetulan selesai.Prospektus mendedahkan risiko penalti dan potensi arahan henti operasi.Gangguan operasi, kos pembaikan tambahan.Sederhana
Risiko Alam Sekitar & HSEOperasi loji biomassa tertakluk kepada standard alam sekitar dan keselamatan ketat.Prospektus menegaskan risiko pematuhan pelepasan dan keselamatan.Denda, reputasi terjejas, pengurangan kapasiti operasi.Sederhana
Risiko Geografi (Indonesia)Indonesia ialah pasaran terbesar; pengembangan membawa risiko peraturan dan logistik.Prospektus menyatakan kebergantungan kepada pasaran Indonesia.Risiko negara, persaingan tempatan, isu kawal selia.Sederhana
Persaingan IndustriPasaran EPCC & biomassa sangat kompetitif dengan banyak pemain tempatan dan asing.Prospektus membincangkan pasaran yang terfragmentasi.Margin mengecil, tekanan harga.Sederhana
Risiko CukaiOperasi di dua negara membawa risiko audit dan pertikaian cukai.Prospektus menyebut audit cukai di Indonesia yang sedang berjalan.Liabiliti cukai tambahan dan penalti.Sederhana
Risiko Saham & PenyenaraianPotensi pencairan masa depan, volatiliti harga dan kecairan saham.Prospektus menyatakan kemungkinan pasaran saham tidak aktif selepas penyenaraian.Harga saham tidak stabil, risiko pegangan pelabur mengecil.Sederhana

Promoter & Pemegang Saham Utama

Jadual Utama – Promoter & Pemegang Saham Utama

Pemegang SahamStatusSebelum Pre-IPO (As at LPD)Selepas Pre-IPO Exercise (% Direct)Selepas IPO (% Direct)% IndirectNota Ringkas
Wasco BerhadPromoter & Pemegang Saham Utama115,000,000 (100%)377,693,100 (88.87%)312,693,100 (62.54%)Pemegang kawalan utama syarikat selepas IPO
Tema Energy Ventures Sdn BhdPemegang Saham Utama47,306,900 (11.13%)37,306,900 (7.46%)Sebahagian pegangan terkunci (lock-up) selama 3 tahun
WSTPemegang Saham Utama115,000,000 tidak langsung377,693,100 tidak langsung312,693,100 tidak langsung + 4,793,000 langsung (0.96%)YaPemilikan melalui Wasco Berhad
TKYSBPemegang Saham Utama115,000,000 tidak langsung377,693,100 tidak langsung312,693,100 tidak langsung + 1,337,600 langsung (0.27%)YaMelalui Wasco Berhad & WST
Pauline Tan Suat MingPemegang Saham Utama115,000,000 tidak langsung377,693,100 tidak langsung312,693,100 tidak langsungYaPemilikan melalui syarikat-syarikat berkaitan
TCNSBPemegang Saham Utama115,000,000 tidak langsung377,693,100 tidak langsung312,693,100 tidak langsung + 110,600 langsung (0.02%)YaSebahagian daripada struktur pemilikan keluarga Tan
Tony Tan Choon KeatPemegang Saham Utama115,000,000 tidak langsung377,693,100 tidak langsung312,693,100 tidak langsungYaKepentingan melalui entiti berkaitan
Dato’ Seri Robert TanPemegang Saham Utama115,000,000 tidak langsung377,693,100 tidak langsung312,693,100 tidak langsung + 238,700 langsung (0.05%)YaBerkait dengan kumpulan pemilikan WST/TKYSB
Tee Kian LimPemegang Saham Utama47,306,900 tidak langsung37,306,900 tidak langsung + 100,000 langsung (0.02%)YaPemilikan melalui Tema Energy
Teh Khim ChoonPemegang Saham Utama47,306,900 tidak langsung37,306,900 tidak langsung + 70,000 langsung (0.01%)YaPemilikan melalui Tema Energy
Soo Hock TiongPemegang Saham Utama47,306,900 tidak langsung37,306,900 tidak langsung + 50,000 langsung (0.01%)YaPemilikan melalui Tema Energy

FAQ IPO Wasco Greenergy Berhad

1.Adakah IPO Wasco Greenergy Berhad Patuh Syariah?

Ya.Berdasarkan prospectus dan penasihat Syariah CIMB Investment Bank,IPO Wasco telah disahkan sebagai patuh syariah untuk penyenaraian di Bursa Malaysia.

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah IPO Wasco Greenergy Berhad dan berapa harga tawarannya?

IPO Wasco Greenergy Berhad adalah tawaran awam permulaan syarikat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy) dengan sasaran dana RM75 juta. Harga tawaran ditetapkan mengikut prospektus rasmi yang dikeluarkan.

Adakah IPO Wasco Greenergy patuh Syariah?

Ya, berdasarkan prospektus dan penasihat Syariah CIMB Investment Bank, IPO Wasco Greenergy telah disahkan sebagai patuh Syariah untuk penyenaraian di Bursa Malaysia.

Apakah risiko utama melabur dalam IPO Wasco Greenergy?

Risiko utama termasuk kebergantungan kepada projek tenaga boleh diperbaharui, persaingan dalam sektor tenaga hijau, dan ketidaktentuan pasaran semasa hari penyenaraian.

Bolehkah saya flip saham IPO Wasco Greenergy pada hari pertama?

Ya, ramai pelabur memilih untuk flip saham IPO pada hari pertama penyenaraian. Namun, keputusan ini bergantung kepada keadaan pasaran dan analisis peribadi anda.


Sebelum memohon mana-mana IPO, pastikan anda sudah bersedia dari segi ilmu dan akaun pelaburan.

Buka akaun CDS anda melalui Daftar Akaun CDS Mplus kerana akaun CDS Direct wajib ada untuk memohon IPO di Bursa Malaysia.

Baru nak mula belajar saham? Download Ebook Asas Saham Percuma untuk fahami asas pelaburan saham sebelum mula melabur.

Bacaan lanjut:

Kongsi: