IPO Econframe Berhad- Oversubscribed 40.23 times

Loading...

Artikel ini akan mengupaskan dengan lebih terperinci mengenai IPO Econframe. Pada artikel sebelum ini ada menerangkan mengenai senarai IPO yang telah dibuka di dalam bulan Oktober IPO BULAN OKTOBER.
Seperti yang anda sedia maklum terdapat beberapa syarikat yang telah memasuki senarai IPO untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
Apakah antara syarikat itu??
Antara syarikat itu ialah Samaiden Group Berhad, Southern Cable Group Berhad, Aneka Jaringan Holdings Berhad dan antara syarikat yang boleh dikatakan “famous” dalam kalangan kita adalah MR DIY Group Berhad.

Namun artikel kali ini saya ingin mengupas dengan lebih lanjut mengenai IPO syarikat Econframe Berhad.
Pada 27 Oktober 2020 bakal menjelangnya penyenaraian Econframe Berhad dalam pasaran ACE Bursa Malaysia. Syarikat ini telah mengalami keadaan IPO terlebih langgan sebanyak 40.23 kali untuk bahagian awam.
Dan syarikat ini juga telah mencatatkan sebanyak 16.2m saham baru untuk orang awam.

Berkata Pengarah Urusan syarikat Econframe Berhad Lim Chin Horng syarikatnya telah mendapat sambutan yang kuat terhadap IPO dan keyakinan pasaran terhadap prospek pertumbuhannya.
Orang awam meletakkan keyakinan bahawa syarikat ini akan mengalami pertumbuhan yang baik.
Wahhh.. menarikkan? satu syarikat yang baik untuk anda melabur!
Hal ini dapat kita lihat di mana syarikat Econframe Berhad telah menerima sebanyak 11,827 permohonan dengan jumlah 670.02 juta saham baharu bernilai RM187.61 juta daripada orang awam Malaysia
Untuk 16.25 juta saham baharu yang tersedia untuk mereka sekali gus mewakili kadar terlebih langgan sebanyak 40.23 kali.

Berdasarkan balloting result 15 Oktober lalu, sebanyak 6,105 permohonan dengan 297.61 juta saham baharu yang diterima adalah bagi bahagian Bumiputera dan mencatatkan kadar terlebih langgan sebanyak 35.63 kali
Manakala 5,722 permohonan untuk 372.42 juta saham baharu pula mewakili kadar terlebih langgan sebanyak 44.84 kali.
Econframe Berhad berkata sebanyak 3.25 juta saham baharu tersedia untuk para pengarah yang layak dan pekerja telah dilanggan sepenuhnya
Berkata lagi pengurus syarikat itu Lim Chin Horng Lim akan mengembangkan kapasiti syarikatnya dengan membina kilang yang lebih besar.
” Kilang baru akan dilengkapi dengan kemudahan teknologi robotik canggih untuk meningkatkan lagi kecekapan operasi “- Lim Chin Horng
Ia merancang untuk membeli sebidang tanah untuk mengembangkan lagi pengeluarannya dan menempatkan semua kemudahan di satu tempat yang sama.
Apabila disenaraikan, Econframe akan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM91 juta berdasarkan harga terbitan 28 sen dan modal sahamnya yang diperbesar sebanyak 325 juta saham.
Oversubscribed bermaksud jumlah permohonan yang diterima melebihi jumlah saham yang ditawarkan. Contohnya, jika IPO Econframe oversubscribed 40.23 kali, bermakna permintaan pelabur adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada saham yang tersedia. Ini menunjukkan minat pelabur yang sangat tinggi terhadap syarikat tersebut.
Tidak semestinya. Walaupun oversubscription tinggi menunjukkan permintaan yang kuat, harga saham selepas penyenaraian bergantung kepada banyak faktor seperti keadaan pasaran, prestasi syarikat, dan sentimen pelabur. Ada IPO yang oversubscribed tinggi tetapi harganya jatuh selepas disenaraikan.
Apabila IPO oversubscribed, Bursa Malaysia akan menjalankan proses balloting untuk menentukan siapa yang layak mendapat peruntukan saham. Proses ini adalah secara rawak dan adil — tidak semua pemohon akan mendapat saham. Wang pemohon yang tidak berjaya akan dikembalikan ke akaun bank mereka.
Permodalan pasaran ialah nilai keseluruhan syarikat di pasaran saham, dikira dengan mendarabkan harga saham semasa dengan jumlah saham yang diterbitkan. Contohnya, Econframe mempunyai permodalan pasaran RM91 juta berdasarkan harga IPO 28 sen dan 325 juta saham.
Untuk menyertai IPO seterusnya di Bursa Malaysia, anda perlu membuka akaun CDS terlebih dahulu — buka akaun CDS anda di sini dan bersedia untuk peluang IPO akan datang.
Baru nak mula belajar tentang pelaburan? Dapatkan ebook asas saham percuma untuk memahami konsep asas sebelum mula melabur.
Bacaan lanjut: