Ulasan IPO One Gasmaster Holdings Berhad: Analisis Model Bisnes & Data Kewangan

By Neo Capitalist18 min bacaan
Ulasan IPO One Gasmaster Holdings Berhad: Analisis Model Bisnes & Data Kewangan
A

IPO One Gasmaster Holdings Berhad bakal disenaraikan di ACE Market Bursa Malaysia melalui tawaran awam permulaan pada harga RM0.25 sesaham.

Saham ini telah diklasifikasikan sebagai patuh Syariah oleh Shariah Advisory Council, Securities Commission Malaysia, menjadikannya sesuai untuk pelabur Muslim dan dana patuh Syariah.

Dari segi perniagaan, One Gasmaster Holdings terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pemantauan alam sekitar, pengesanan gas, sistem perpaipan gas dan kebersihan industri, termasuk perkhidmatan penyelenggaraan dan penentukuran (kalibrasi), serta aktiviti perdagangan instrumen, alat ganti dan komponen berkaitan.

Kumpulan ini memberi perkhidmatan kepada pelbagai sektor industri termasuk kilang perindustrian, minyak dan gas, tenaga, pembuatan serta kemudahan berisiko tinggi yang memerlukan pemantauan keselamatan dan pematuhan persekitaran, dengan fokus utama di Malaysia.

Penyenaraian di ACE Market ini bertujuan menyokong pertumbuhan perniagaan One Gasmaster Holdings sebagai pemain khusus dalam segmen pemantauan alam sekitar dan keselamatan gas, selari dengan keperluan pematuhan peraturan, keselamatan tempat kerja dan peningkatan aktiviti perindustrian.

Fakta Utama Ringkasan IPO One Gasmaster Holdings

KategoriPerkaraButiran
Maklumat SyarikatNamaOne Gasmaster Holdings Berhad
No. Pendaftaran202301021970 (1515893-D)
Tarikh Prospectus12 Januari 2026
Status SyariahPatuh Syariah (Diluluskan oleh Shariah Advisory Council, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia)
Pasaran PenyenaraianACE Market, Bursa Malaysia
Aktiviti PerniagaanPerkhidmatan pemantauan alam sekitar, pengesanan gas, sistem perpaipan gas dan kebersihan industri, termasuk perkhidmatan penyelenggaraan dan penentukuran (kalibrasi), serta aktiviti perdagangan instrumen, alat ganti dan komponen berkaitan.
Struktur IPOHarga IPORM0.25 sesaham
Status Offer for SaleADA
Saham Offer for Sale15,500,000 saham (5.0%)
Penjual SahamTan Bee Sien (Selling Shareholder)
Saham Terbitan Baharu77,500,000 saham (25.0%)
Jumlah Saham IPO93,000,000 saham (30.0%)
Saham Selepas IPO310,000,000 saham
Hasil & Penilaian IPOHasil Kasar Terbitan BaharuRM19.38 juta
Hasil Offer for SaleRM3.88 juta (kepada penjual, bukan syarikat)
Jumlah Nilai IPORM23.25 juta
Anggaran Modal PasaranRM77.5 juta
Agihan Saham IPOAwam Malaysia (Bumiputera)7,750,000 saham (2.50%)
Awam Malaysia (Bukan Bumiputera)7,750,000 saham (2.50%)
Pink Form (Pengarah & Pekerja)3,100,000 saham (1.00%)
Private Placement – Pelabur Terpilih20,150,000 saham (6.50%)
Private Placement – Bumiputera (MITI)38,750,000 saham (12.50%)
Moratorium Saham6 Bulan Pertama100% pegangan Specified Shareholders dikunci
6 Bulan KeduaMinimum 45% pegangan kekal dikunci
Selepas 12 BulanMaksimum 1/3 boleh dijual setahun
Pihak ProfesionalPenasihat / Sponsor / Underwriter / Placement AgentMalacca Securities Sdn Bhd
Issuing HouseMalaysian Issuing House Sdn Bhd
Share RegistrarBoardroom Share Registrars Sdn Bhd
Juruaudit & Reporting AccountantBaker Tilly Monteiro Heng PLT
Peguam IPOOng Eu Jin Partnership
Independent Market ResearcherProtégé Associates Sdn Bhd
  • Untuk Newbie yang masih tak berapa nak faham pasal saham IPO,Boleh Belajar Disini
  • Keseluruhan Analisis Ini Berdasarkan Info dan Data yang diperolehi dari Prospectus One Gasmaster Holdings Berhad,Boleh Rujuk Disini
  • IPO One Gasmaster Holdings Berhad dikategorikan sebagai saham patuh Syariah oleh SC,Rujuk Disini
  • Laman Web One Gasmaster Holdings Berhad anda Boleh Rujuk Disini

Timetable for IPO One Gasmaster Holdings Berhad

PerkaraTarikh
Buka Permohonan12 Januari 2026 (10.00 pagi)
Tutup Permohonan16 Januari 2026 (5.00 petang)
Balloting20 Januari 2026
Peruntukan Saham26 Januari 2026
Tarikh Penyenaraian27 Januari 2026

Artikel Kami berkaitan kenapa pemohon perlu ambil tahu tarikh IPO:

[Tarikh Penting IPO Di Bursa Malaysia: Proses, Jadual & Case Study Lengkap]

Use Of Proceeds IPO-One Gasmaster Holdings Berhad

Kegunaan DanaJumlah (RM ‘000)Peratus (%)Tempoh Penggunaan
Business expansion (emission control solutions)3,76019.41%Dalam 24 bulan
Capex – penubuhan makmal kalibrasi baharu1,6788.66%Dalam 12 bulan
Pembukaan cawangan & makmal (Johor, Terengganu, Penang)4,88625.22%Dalam 24 bulan
Modal kerja operasi semasa5,05126.06%Dalam 12 bulan
Anggaran kos penyenaraian4,00020.65%Dalam 1 bulan
Jumlah19,375100.00%
  • Business Expansion (RM3.76 juta): Dana ini digunakan untuk menaik taraf skop perkhidmatan daripada sekadar pemantauan (CEMS) kepada emission control solutions, iaitu segmen bernilai lebih tinggi dan berpotensi margin lebih baik.
  • Makmal Kalibrasi Baharu (RM1.678 juta) : Pelaburan ini mengukuhkan pendapatan berulang (recurring income) melalui servis kalibrasi, bukan projek one-off.
  • Pembukaan Cawangan & Makmal (RM4.886 juta): Lokasi sasaran: Johor, Terengganu (Kemaman), Penang. Ini strategi geographical expansion untuk mendekatkan perkhidmatan kepada pelanggan industri dan mengurangkan kebergantungan kepada HQ
  • Modal Kerja Operasi (RM5.051 juta): Menunjukkan IPO bukan sekadar growth-driven, tetapi juga menstabilkan operasi semasa untuk menyokong skala perniagaan yang lebih besar.
  • Kos Penyenaraian (RM4.00 juta)

Investor Takeaway

  • ~70% dana IPO digunakan untuk pengembangan perniagaan & operasi, bukan sekadar bayar kos listing.
  • Fokus jelas kepada:
    • Emission control solutions (higher value services)
    • Expansion fizikal & kapasiti teknikal
    • Pengukuhan recurring income (kalibrasi & servis)
  • Struktur penggunaan dana ini menunjukkan IPO bersifat growth + sustainability, bukan exit-driven.

Nak tahu lebih lanjut berkaitan kegunaan Dana IPO boleh rujuk artikel kami disini:Cara Analisis Use of Proceeds IPO: Panduan Prospektus Untuk Newbie

Overview Syarikat & Perniagaan One Gasmaster Holdings Berhad

Komponen AnalisisHuraian Berdasarkan Prospektus
Latar Belakang KumpulanOne Gasmaster Holdings Berhad diperbadankan pada 12 Jun 2023 sebagai syarikat persendirian dan ditukar kepada syarikat awam pada 25 Jun 2025. Syarikat ini bertindak sebagai investment holding company, dengan operasi sebenar dijalankan melalui anak syarikatnya, One Gasmaster Sdn Bhd.
Operasi Perniagaan Utama (Apa Syarikat Buat)Melalui anak syarikat, kumpulan terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pemantauan alam sekitar, pengesanan gas, sistem paip gas dan industrial hygiene. Selain itu, kumpulan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan penentukuran (calibration) melalui makmal yang diperakui ISO/IEC 17025, serta aktiviti perdagangan instrumen, alat ganti dan komponen berkaitan.
Model Perniagaan (Bagaimana Syarikat Buat Duit)Pendapatan dijana melalui gabungan: (i) projek dan perkhidmatan teknikal seperti pemasangan, sistem pemantauan dan gas detection; (ii) perkhidmatan berulang seperti penyelenggaraan dan calibration; dan (iii) jualan produk termasuk instrumen dan komponen industri. Model ini menggabungkan pendapatan projek + recurring services.
Fokus Pasaran & Skop OperasiOperasi tertumpu terutamanya kepada pasaran domestik Malaysia, yang menyumbang lebih 97% hasil kumpulan bagi tempoh kewangan yang dilaporkan. Jualan luar negara adalah kecil dan bersifat sokongan, dengan perkhidmatan teknikal masih dilaksanakan di Malaysia.
Kekuatan Utama Syarikat (Competitive Strengths)Kekuatan utama kumpulan termasuk: (i) kepakaran teknikal khusus dalam pemantauan alam sekitar dan gas; (ii) makmal calibration bertauliah ISO/IEC 17025 yang meningkatkan kredibiliti dan kebolehpercayaan; (iii) penawaran perkhidmatan menyeluruh merangkumi reka bentuk, pemasangan, penyelenggaraan dan calibration; serta (iv) hubungan jangka panjang dengan pelanggan industri yang memerlukan pematuhan peraturan yang ketat.
Strategi PertumbuhanStrategi pertumbuhan kumpulan memberi tumpuan kepada: (i) pengembangan perkhidmatan bernilai tambah tinggi, khususnya calibration dan penyelenggaraan; (ii) pengukuhan kedudukan dalam pasaran domestik melalui penawaran penyelesaian menyeluruh; dan (iii) peningkatan keupayaan operasi dan teknikal bagi menyokong permintaan industri yang semakin kompleks.
Pelan Masa DepanPelan masa depan kumpulan merangkumi usaha memperluas skala operasi, memperkukuh keupayaan teknikal dan makmal, serta meningkatkan kecekapan operasi untuk menyokong pertumbuhan mampan jangka panjang sejajar dengan keperluan pematuhan alam sekitar dan keselamatan industri.

One Gasmaster Holdings Berhad beroperasi dalam satu bidang yang khusus dan tidak mudah dimasuki oleh syarikat baharu. Ini kerana kerja yang mereka buat memerlukan kepakaran teknikal, kelulusan tertentu dan pematuhan peraturan keselamatan serta alam sekitar.

Cara syarikat ini menjana pendapatan pula bukan hanya bergantung kepada projek sekali-sekala. Mereka ada dua sumber utama pendapatan:

  • Pendapatan projek seperti pemasangan sistem dan kerja teknikal, dan\
  • Pendapatan berulang (recurring) daripada servis penyelenggaraan dan calibration.

Gabungan ini membantu menjadikan aliran pendapatan lebih stabil, terutamanya apabila saiz perniagaan semakin membesar dan pelanggan sedia ada terus menggunakan servis mereka dalam jangka panjang.

Promoter & Pemegang Saham Utama

(Corporate and Ownership Structure):Memahami struktur kumpulan dan pemegang saham utama adalah penting kerana ia memberi gambaran jelas tentang tadbir urus syarikat, kawalan keputusan, serta potensi risiko konflik kepentingan.

Nak tahu lebih detail baca Disini:[Pengenalan kepada Promoter IPO dan Major Shareholders: Definisi, Teknik Analisis, dan Impak Terhadap Harga Pasaran]

NamaStatusPegangan Saham Pasca-IPO (Unit)Pegangan (%) Pasca-IPOCatatan Utama
Ivan TanPromoter & Substantial Shareholder186,000,02060.00%Pengasas, MD/CEO; kawalan operasi & strategik
Tan Bee SienPromoter & Substantial Shareholder16,119,9805.20%Pasangan Ivan Tan; Selling Shareholder (Offer for Sale)
GFS (Good FS Sdn Bhd)Substantial Shareholder14,880,0004.80%Kenderaan pegangan pelabur pra-IPO

Struktur Pegangan Saham (Pra-IPO vs Pasca-IPO)

Pemegang SahamPra-IPO (Unit)Pra-IPO (%)Pasca-IPO (Unit)Pasca-IPO (%)Perubahan Utama
Ivan Tan186,000,02080.00%186,000,02060.00%Dilusi akibat terbitan saham IPO
Tan Bee Sien31,619,98013.60%16,119,9805.20%Offer for Sale: 15.5 juta saham
GFS14,880,0006.40%14,880,0004.80%Dilusi pasca-IPO
Jumlah232,500,000100%217,000,000*70.00%*Baki 30% kepada awam/penempatan

Syarikat ini masih dikawal kuat oleh pengasas, jadi arah tuju dan strategi perniagaan dijangka konsisten dan tidak berubah-ubah.

Pada masa yang sama, adanya ramai Independent Directors berfungsi sebagai “check & balance” supaya keputusan penting tidak dibuat sesuka hati oleh pengurusan.

Untuk pelabur, ini memberi rasa lebih yakin sebab syarikat ada hala tuju jelas dan sistem kawalan yang baik.

Namun, pelabur juga perlu pantau prestasi promoter utama, kerana kejayaan syarikat masih sangat bergantung kepada individu tersebut. Kalau berlaku isu pada promoter, ia boleh beri kesan besar kepada syarikat.

Financial Highlights-One Gasmaster

Analisis prestasi kewangan lampau sangat penting untuk memahami hala tuju pertumbuhan, tahap keuntungan dan kecekapan operasi sesebuah syarikat sebelum penyenaraian awam.

Data ini memberi gambaran jelas tentang kekuatan asas model perniagaan ISF Group Berhad.Untuk mendalami topic ini anda boleh teruskan pembacaan di artikel kami: Apa itu Financial Statements Analysis: Ilmu Asas Untuk Pelabur Malaysia (2025)

Prestasi Pendapatan & Untung: Adakah Ia Semakin Berkembang?

Secara amnya, syarikat nampak sangat sihat dari tahun 2022 hingga 2024. Namun, untuk tahun 2025, kita perlu lebih berhati-hati kerana terdapat tanda-tanda momentum jualan mula perlahan sedikit.

Metrik KewanganFYE 2022FYE 2023FYE 2024FPE 2025 (9 Bulan)Ulasan & Analisis
Hasil (RM’000)22,87231,01138,00523,764Jualan 2025 dijangka turun ~16.6% berbanding 2024 (ununjuran tahunan).
Untung Kasar (RM’000)7,3709,76312,8107,839Margin kekal stabil walaupun jualan sedikit perlahan.
Untung Bersih (PAT)2,7354,0695,5631,362Nampak jatuh mendadak, tapi ini disebabkan kos “sekali jalan” untuk IPO.
Margin Untung (%)11.96%13.12%14.64%5.73%Kejatuhan margin hanya sementara (faktor teknikal penyenaraian).

Ringkasan Prestasi Kewangan Tahunan

Kejatuhan untung pada 2025. Jika kita buang kos penyenaraian (IPO), syarikat sebenarnya masih menjana untung yang kukuh.

Segmen Bisnes & Kelebihan Daya Saing

One Gasmaster bukan sekadar menjual barang; mereka menyediakan kepakaran teknikal yang sukar ditiru oleh pesaing kecil.

Segmen BisnesAktiviti UtamaKelebihan (Moat)
ProjekPemasangan sistem pemantauan alam sekitar (CEMS) & paip gas.Menjadi “enjin” utama untuk mendapatkan pelanggan baharu.
PenyenggaraanServis & kalibrasi berkala mengikut piawaian DOE/DOSH.Pendapatan “Sticky”: Pelanggan wajib buat servis ini untuk patuh undang-undang.
PerdaganganJualan alat ganti & instrumen teknikal.Pengedar jenama global seperti Siemens, 3M, & Fuji Electric.

Punca Pendapatan Utama

Risiko: Terlalu Bergantung Kepada Pasaran Malaysia

Satu perkara yang perlu diperhatikan ialah syarikat ini sangat bergantung kepada ekonomi domestik. Jika industri minyak & gas atau pembuatan di Malaysia perlahan, syarikat akan terasa kesannya.

WilayahFPE 2025 (%)Status Pasaran
Malaysia99.21%Pasaran dominan; risiko penumpuan yang sangat tinggi.
Luar Negara< 1.00%Pasaran di Vietnam, Singapura, & Indonesia masih di peringkat awal.

Taburan Pendapatan Mengikut Geografi

Penilaian Saham (Valuation): Mahal atau Murah?

MetrikDataAnalisis Ringkas
Harga IPORM0.25Harga tetap untuk tawaran awam.
Nisbah PE13.93 kaliBerdasarkan untung 2024. Agak premium memandangkan jualan 2025 sedikit perlahan.
Nisbah Semasa4.92 kaliSangat Cair: Syarikat ada banyak tunai dan hampir tiada masalah hutang jangka pendek.
Rancangan Masa DepanJohor, Terengganu, Pulau Pinang25% dana IPO akan digunakan untuk buka cawangan lab baharu dan ambil 10 staf pakar.

Metrik Penilaian IPO

  • One Gasmaster adalah syarikat yang mempunyai kedudukan teknikal yang kuat (akreditasi ISO/IEC 17025) dan hubungan erat dengan jenama global.
  • Walaupun untung bersih 2025 nampak rendah, ia hanyalah “noise” perakaunan kerana kos IPO.
  • Risiko utama mereka adalah kebergantungan 99% pada pasaran Malaysia, namun mereka sedang berusaha mengatasinya dengan pelan pengembangan ke wilayah utama seperti Johor dan Pulau Pinang.

SWOT Analysis-One Gasmaster

Berdasarkan analisis SWOT, One Gasmaster Holdings Berhad merupakan syarikat berteras kepakaran teknikal yang beroperasi dalam segmen wajib patuh (compliance-driven industry), khususnya berkaitan alam sekitar, keselamatan gas dan kebersihan industri. Model perniagaan syarikat lebih bersifat servis berulang dan niche, yang memberi kestabilan pendapatan berbanding perniagaan jualan produk semata-mata.

Walau bagaimanapun, tahap pergantungan yang tinggi kepada pasaran domestik Malaysia dan skala operasi yang masih kecil menjadikan pertumbuhan syarikat lebih bersifat berperingkat, bukan agresif. Peluang pertumbuhan utama datang daripada trend ESG dan penguatkuasaan regulasi alam sekitar, manakala risiko terbesar tertumpu kepada persaingan pemain lebih besar, perubahan dasar, serta kitaran industri.

Secara keseluruhan, profil syarikat ini lebih sesuai dilihat sebagai technical growth company dengan risiko terkawal, bukannya saham spekulatif jangka pendek.

Belajar lebih lanjut berkaitan SWOT analysis melalui artikel kami:[Teknik SWOT Untuk IPO: Cara Newbie Nilai Kekuatan & Risiko Syarikat Sebelum Melabur]

Strengths (Kekuatan)Weaknesses (Kelemahan)Opportunities (Peluang)Threats (Ancaman)
1. Perniagaan niche & teknikal – Fokus kepada environmental monitoring, gas detection dan industrial hygiene.1. Bergantung tinggi pada pasaran Malaysia – Lebih 95% hasil dari pasaran domestik.1. Penguatkuasaan alam sekitar semakin ketat – Industri wajib patuh emisi & keselamatan.1. Risiko perubahan polisi & regulasi – Boleh tambah kos atau lengahkan projek.
2. Makmal kalibrasi ISO/IEC 17025 – Tingkatkan kredibiliti dan keyakinan pelanggan industri.2. Skala operasi masih kecil (ACE Market) – Modal dan sumber lebih terhad.2. Dana IPO menyokong pengembangan – Untuk peralatan, keupayaan teknikal & kapasiti.2. Persaingan pemain besar – Multinasional dengan teknologi & modal lebih kukuh.
3. Pendapatan servis berulang – Maintenance & calibration beri kestabilan hasil.3. Kebergantungan kepada pembekal tertentu – Risiko rantaian bekalan.3. Potensi pasaran luar negara – Sudah ada pendedahan awal Vietnam, Indonesia & Singapura.3. Kitaran ekonomi industri – Pelanggan boleh tangguh perbelanjaan.
4. Rekod pertumbuhan hasil positif – Pertumbuhan dari FYE2022 hingga FYE2024.4. Tumpuan pelanggan industri tertentu – Exposure sektor terhad.4. ESG sebagai trend jangka panjang – Permintaan struktur, bukan sementara.4. Risiko gangguan bekalan & projek – Jejaskan margin dan timeline.

SWOT Analysis – One Gasmaster Holdings Berhad

5 Perkara Kritikal Untuk Dipantau Selepas IPO

No.Perkara KritikalKenapa Penting (Berdasarkan SWOT)Apa Signal Positif / Negatif
1Pertumbuhan hasil & kesinambungan servis berulangKekuatan utama syarikat datang daripada servis maintenance & calibration yang beri pendapatan stabil.Positif: Hasil terus meningkat & servis recurring kekal dominan. Negatif: Hasil stagnan atau terlalu bergantung kepada one-off project.
2Penggunaan dana IPO (execution risk)Peluang utama ialah dana IPO untuk kembangkan kapasiti & keupayaan teknikal.Positif: Capex & expansion ikut perancangan prospectus. Negatif: Dana IPO lambat digunakan atau tidak jelas impaknya.
3Kebergantungan kepada pasaran MalaysiaKelemahan utama ialah >95% hasil dari pasaran domestik.Positif: Sumbangan luar negara mula meningkat. Negatif: Domestic exposure kekal terlalu tinggi tanpa diversifikasi.
4Keupayaan bersaing dengan pemain lebih besarAncaman utama ialah persaingan daripada syarikat multinasional.Positif: Margin stabil & kontrak industri dikekalkan. Negatif: Margin tertekan atau kehilangan pelanggan utama.
5Risiko rantaian bekalan & pembekal utamaKelemahan SWOT menunjukkan kebergantungan kepada pembekal tertentu.Positif: Tiada gangguan bekalan, delivery konsisten. Negatif: Delay projek, kos meningkat atau isu supply berulang.

Dividend Policy One Gasmaster

One Gasmaster bukan syarikat berorientasikan dividen tetap buat masa ini. Polisi dividen mereka bersifat fleksibel dan discretionary, dengan fokus utama kepada pertumbuhan perniagaan dan keperluan modal, terutamanya selepas IPO di ACE Market.

PerkaraButiran
Polisi Dividen FormalTiada polisi dividen formal ditetapkan
Pihak Berkuasa KeputusanKeputusan dividen adalah atas budi bicara Lembaga Pengarah
Niat LembagaLembaga berhasrat memberi peluang pemegang saham berkongsi keuntungan, tertakluk kepada keadaan kewangan
Syarat Utama Pembayaran DividenMesti ada keuntungan dan lebihan tunai yang tidak diperlukan untuk operasi / pertumbuhan
Dividen Sebelum ListingTiada niat untuk isytihar dividen sebelum penyenaraian
Dividen Selepas FPE 2025 hingga LPDTiada dividen diisytihar atau dibayar
Faktor Had Pembayaran DividenKeuntungan, aliran tunai, keperluan modal, dan rancangan perniagaan

Rekod Sejarah Pembayaran Dividend

Tahun KewanganPAT kepada Pemilik (RM’000)Dividen Diisytihar (RM’000)Dividen Dibayar (RM’000)Dividend Payout Ratio
FYE 20222,7354,0003,480146.25%
FYE 20234,0695,0004,077122.88%
FYE 20245,5631,0002,44317.98%
FPE 20251,362

Jumlah dividen diisytihar sepanjang tempoh ini ialah RM10.0 juta

RM8.96 juta dibayar tunai

RM1.04 juta bukan tunai, diselesaikan melalui pelupusan hartanah kepada pihak berkaitan

Key Takeaways untuk Pelabur

#Takeaway Utama
1Jangan beli saham ini semata-mata sebab dividen – ia bukan saham income
2Dividen lepas bukan jaminan dividen masa depan
3Fokus syarikat sekarang ialah kembangkan bisnes, bukan bayar dividen
4Dividen (jika ada) akan bergantung sepenuhnya kepada keuntungan & cash flow
5Saham ini lebih sesuai untuk pelabur growth / capital appreciation, bukan yield hunter
  • Dividend Policy One Gasmaster bersifat konservatif dan fleksibel, sejajar dengan fasa pertumbuhan syarikat pasca-IPO.
  • Pelabur perlu melihat saham ini sebagai pelaburan pertumbuhan jangka sederhana–panjang, dengan dividen sebagai bonus, bukan objektif utama.

Nak tahu apa best nya Dividen ni bagi pada pelabur macam kita baca lanjut Disini:[Panduan Mesra Pelaburan Saham Dividen: Perjalanan Menuju Kebebasan Kewangan Anda]

Peer Comparison

Untuk memberikan perspektif yang lebih jelas, kita perlu membandingkan One Gasmaster dengan syarikat-syarikat yang mempunyai model perniagaan hampir serupa di Bursa Malaysia, terutamanya dalam sektor Perkhidmatan Kejuruteraan Khas, Pengujian & Penenturan (Testing & Calibration), dan Sistem Gas.

Syarikat pembanding yang paling relevan adalah Crest Group Berhad (pakar peralatan ujian) dan Kelington Group Berhad (pakar sistem gas bersepadu – walaupun skalanya jauh lebih besar).

Baca Selanjutnya tekni Peer Comparison disini::Cara Bandingkan Saham Syarikat: Teknik Peer Review Analysis Untuk Newbie

Ciri / MetrikOne Gasmaster (IPO)Crest Group BerhadKelington Group Berhad
Fokus UtamaPemantauan alam sekitar & pengesanan gas (CEMS).Peralatan pengimejan & ujian analitikal (Semikonduktor/Lifescience).Sistem gas ketulenan tinggi (UHP) & kejuruteraan gas.
Market Cap (Anggaran)RM77.50 Juta (Small Cap)~RM200M – RM300M (Mid-Small Cap)~RM2.0 Bilion+ (Large Cap)
Nisbah PE (Valuation)13.93x~15x – 18x~20x – 25x
Kekuatan UnikAkreditasi ISO/IEC 17025 & kontrak penyenggaraan “sticky”.Kepakaran dalam teknologi pengimejan X-ray & optikal.Pemain global dalam sektor semikonduktor & gas industri.
Risiko UtamaKebergantungan tinggi pada pasaran Malaysia (>99%).Pendedahan tinggi pada kitaran industri semikonduktor.Risiko geopolitik kerana beroperasi di China & Singapura.

Perbandingan Strategik: One Gasmaster vs. Rakan Industri

Analisis Perbandingan: Di Mana Kedudukan One Gasmaster?

Penilaian Harga (Valuation)

Dengan PE 13.93x, One Gasmaster dikira “murah sedikit” berbanding Crest Group yang baru disenaraikan. Namun, harga ini adalah adil kerana skalanya yang lebih kecil. Kelington pula mempunyai PE yang sangat tinggi (mahal) kerana mereka sudah terbukti sebagai pemain global yang besar.

Kestabilan vs. Pertumbuhan

  • Kelington & Crest: Sangat bergantung kepada industri semikonduktor yang ada pasang surutnya.
  • One Gasmaster: Lebih stabil kerana mereka fokus kepada kepatuhan undang-undang (Compliance). Selagi kilang beroperasi, mereka wajib melakukan servis CEMS dan pengesanan gas untuk elak disaman oleh DOE/DOSH. Ini menjadikan aliran tunai One Gasmaster lebih “defensif”.

Keupayaan Pengembangan

One Gasmaster kini berada di fasa yang pernah dilalui oleh syarikat besar lain 10 tahun lepas. Mereka baru mahu mengukuhkan cawangan di Johor dan Pulau Pinang. Jika mereka berjaya meniru model perniagaan ini ke pasaran serantau (seperti Vietnam yang disebut dalam prospektus), potensi pertumbuhannya adalah besar.

Risiko Perniagaan One Gasmaster

Analisis risiko adalah bahagian yang sangat penting dalam sesebuah prospektus IPO. Ia memberitahu bakal pelabur tentang apa yang boleh menggugat prestasi syarikat pada masa hadapan.

Baca Selanjutnya Disini kepentingan Analisis Risiko Perniagaan: Panduan Mengurus Risiko Pelaburan Saham & IPO

Faktor risiko ini bukan bermakna syarikat itu tidak bagus, tetapi ia adalah realiti perniagaan yang perlu diuruskan oleh pihak pengurusan.

Sebagai pelabur, anda perlu menilai sama ada syarikat mempunyai strategi yang kukuh untuk mengurangkan (mitigate) risiko-risiko di atas sebelum membuat keputusan pelaburan.

Kategori RisikoApa Maksudnya? Impak Kepada Syarikat & Pelabur
Pergantungan kepada Pelanggan UtamaSyarikat mendapat sebahagian besar hasil jualan daripada beberapa pelanggan besar sahaja.Jika pelanggan ini menamatkan kontrak atau beralih ke pesaing lain, pendapatan syarikat akan terjejas secara drastik.
Keperluan Lesen dan PermitPerniagaan berkaitan gas memerlukan lesen khas daripada pihak berkuasa (seperti KPDN atau DOSH).Jika syarikat gagal memperbaharui lesen atau melanggar peraturan, operasi perniagaan boleh dihentikan serta-merta oleh kerajaan.
Turun Naik Harga Bahan MentahKos barangan seperti keluli atau komponen teknikal tidak tetap dan mengikut harga pasaran global.Jika harga barang naik, kos projek akan meningkat. Jika syarikat tidak dapat memindahkan kos ini kepada pelanggan, keuntungan bersih akan berkurangan.
Risiko Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanIndustri gas mempunyai risiko tinggi berkaitan kebakaran, letupan, atau kemalangan di tempat kerja.Sebarang kemalangan besar boleh menyebabkan syarikat disaman, didenda, atau menghadapi liabiliti undang-undang yang mahal.
Persaingan PasaranTerdapat syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan kejuruteraan gas dan perdagangan yang serupa.Persaingan yang sengit boleh memaksa syarikat mengurangkan harga tawaran (bidding price), yang akhirnya mengecilkan margin keuntungan syarikat.
Kekurangan Tenaga Kerja MahirPerniagaan ini memerlukan jurutera dan teknisyen yang mempunyai sijil kepakaran khusus dalam bidang gas.Jika syarikat sukar mencari atau mengekalkan pekerja mahir, kualiti kerja mungkin merosot atau projek akan mengalami kelewatan.
Risiko Projek (Project-based)Pendapatan syarikat bergantung kepada kejayaan memenangi tender atau projek baru secara berterusan.Syarikat tidak mempunyai pendapatan tetap setiap bulan. Jika tiada projek baru dimenangi dalam tempoh tertentu, aliran tunai syarikat boleh terganggu.

Apa Yang Dapat Kita Simpulkan Disini?

IPO ini boleh dikategorikan sebagai moderately attractive untuk pelabur yang:

  • faham risiko ACE Market,
  • selesa dengan syarikat berskala kecil,
  • dan fokus kepada business yang defensif + recurring income, bukan hype growth.

Ia kurang sesuai untuk pelabur yang cari:

  • rapid growth story,
  • teknologi disruptif,
  • atau short-term speculative pop.

Soalan Lazim (FAQ)

Berapakah harga IPO One Gasmaster Holdings Berhad?

Harga IPO One Gasmaster Holdings Berhad ditetapkan pada RM0.25 sesaham dan akan disenaraikan di ACE Market Bursa Malaysia.

Apakah bidang perniagaan utama One Gasmaster Holdings?

One Gasmaster terlibat dalam perkhidmatan pemantauan alam sekitar, pengesanan gas, sistem perpaipan gas dan kebersihan industri termasuk penyelenggaraan dan penentukuran instrumen.

Adakah saham One Gasmaster patuh Syariah?

Ya, saham One Gasmaster telah diklasifikasikan sebagai patuh Syariah oleh Shariah Advisory Council, Securities Commission Malaysia.

Apakah risiko utama pelaburan dalam IPO One Gasmaster?

IPO ini bukan jenis rapid growth story atau teknologi disruptif, jadi pelabur perlu menilai sama ada ia sesuai sebagai pelaburan jangka panjang atau spekulasi jangka pendek.


Pastikan anda bersedia dengan ilmu dan akaun sebelum memohon IPO di Bursa Malaysia.

Buka akaun CDS anda melalui Daftar Akaun CDS Mplus untuk mula memohon saham IPO.

Baru nak mula belajar saham? Download Ebook Asas Saham Percuma untuk fahami asas pelaburan saham sebelum mula melabur.

Bacaan lanjut:

Kongsi: