Ann Joo

Loading...

Syarikat Ann Joo terkenal dengan perusahaan industri pembuatan serta pengeluaran besi dan keluli.
Bermula secara kecil-kecilan dengan hanya mengutip besi-besi terbuang sekitar tahun 1946 yang diasaskan oleh Encik Lim Kah Seng.
Pada hari Isnin yang lalu, Ann Joo (AJ) dan Southern Steel (SS) memberitahu Bursa Malaysia, mereka telah menandatangani memorandum persefahaman.
Syarikat usahasama ‘joint-venture company (JV)’ dapat memanfaatkan peluang dalam perniagaan pembuatan produk keluli yang berukuran panjang ‘long product steel’.
Di bawah perjanjian RM1.65 bilion itu, 55% dimiliki oleh AJ, manakala baki 45% lagi dipegang oleh SS.
Ann Joo akan menjual keseluruhan kepentingannya kepada syarikat JV sebanyak RM907.5 juta.
Southern Steel juga akan melepaskan keseluruhan kepentingannya kepada syarikat JV berjumlah RM742.5 juta.
AJ dapat mengintegrasikan industri penghasilan produk-produk bergred ‘downstream operation industrial grade’ untuk dawai ‘wire rod’ SS.
Sementara di sisi lain, SS boleh menggunakan logam bilet dari AJ untuk menggantikan logam bilet yang dibawa masuk dari negara luar.
Pihak pengurusan menjangkakan kapasiti gabungan kedua-dua pembuatan besi dan juga pembuatan keluli mentah masing-masing meningkat kepada 0.5 juta tan metrik (MT) dan 2.3 juta MT.
– Kenanga IB –
Penganalisis kekal berhati-hati terhadap pengukuhan pengeluar keluli Ann Joo Resources Bhd walaupun mengadakan jalinan usahasama dengan Southern Steel Bhd.
Southern Steel Bhd telah mengalami kerugian untuk tiga suku terakhir, dengan kerugian bersih sebanyak RM119 juta.
Sebagaimana yang dilaporkan oleh pihak Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) dalam satu laporan semalam.
Kesan segera pada separuh kedua 2020 (2H20) boleh menjadi negatif sekiranya keadaan ini tidak bertambah baik.
Ramalan akan dikemaskini setelah mendapat penjelasan mengenai rancangan pengurusan untuk memulihkan perniagaan.
Ia percaya bahawa kedua-dua syarikat juga mungkin berusaha untuk meneroka sinergi tambahan dalam jangka masa panjang dengan menjalankan operasi lain dalam batas mereka ‘within their bounds’ untuk meningkatkan lagi nilai.
Latihan korporat akan selesai pada 1H20. Kenanga IB telah menetapkan harga sasaran RM1.10 ke atas Ann Joo.
Kenanga IB prihatin terhadap kesan faktor makro terhadap permintaan keluli, seperti pertumbuhan global yang lebih perlahan yang membatasi pengeluaran swasta, serta ketidakpastian dalam dasar kerajaan pada masa hadapan.
Secara berasingan, AmInvestment Bank Bhd telah menetapkan harga sasaran RM0.73 ke atas AJ, sambil menganggarkan pendapatannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020 (FY20), akan terhakis sekitar 60% dari RM54.3 juta kepada RM21. 6 juta.
Ia juga berhati-hati terhadap syarikat itu kerana kekayaannya sangat berkait rapat dengan sektor pembinaan, di mana prospek sektor pembinaan dilhat lemah dan tidak meyakinkan buat masa sekarang.
Dengan anggapan ia dapat membantu menghidupkan Southern Steel untuk jangka masa panjang, entiti yang digabungkan itu dilihat mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk melakukannya dengan lebih baik lagi.
– AmInvestment –
Saham Ann Joo ditutup 2.56% lebih tinggi pada RM1.20 semalam, menjadikan nilai pasaran syarikat sebanyak RM622.08 juta.
Manakala Southern Steel menjunam 5.88% kepada 96 sen pada penutupan pasaran semalam, memberikan modal pasaran sebanyak RM416.3 juta.
Ann Joo Resources Berhad adalah syarikat pengeluar besi dan keluli tersenarai di Bursa Malaysia yang bermula dari perniagaan mengutip besi terbuang pada tahun 1946 dan kini menjadi pemain utama industri keluli tempatan.
Penggabungan Ann Joo dan Southern Steel dijangka mewujudkan sinergi dalam industri keluli, mengurangkan kos operasi, dan mengukuhkan kedudukan pasaran entiti gabungan dalam jangka panjang.
Faktor utama termasuk prospek sektor pembinaan, harga bahan mentah, permintaan keluli global, polisi perdagangan antarabangsa, dan keadaan ekonomi makro secara keseluruhan.
Pengambilan untung berlaku apabila pelabur menjual saham selepas mencapai keuntungan. Ia boleh menyebabkan penurunan harga sementara tanpa sebarang berita negatif yang menyokong penjualan tersebut.
Memahami dinamik industri keluli dan sektor pembinaan membantu anda mengenal pasti peluang pelaburan dalam saham kitaran di Bursa Malaysia.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham sektor perindustrian di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk memahami cara menganalisis saham syarikat pembuatan dan perindustrian.
Bacaan lanjut: