Antara Melepaskan Peluang Dan Melakukan Kesilapan
<p>. Kali ni, saya nak kongsi sedikit pengalaman atau pemerhatian saya supaya kita sama-sama boleh refleksi dan koreksi diri masing-masing. . Dalam hidup kita sehari-hari, kita tak dapat lari daripada…</p>

.
Kali ni, saya nak kongsi sedikit pengalaman atau pemerhatian saya supaya kita sama-sama boleh refleksi dan koreksi diri masing-masing.
.
Dalam hidup kita sehari-hari, kita tak dapat lari daripada berdepan dengan pelbagai masalah. Itu realiti.
.
Bagi sesetengah orang, melabur saham mungkin mendatangkan masalah sebab banyak rugi duit dan masa. Tak cukup dengan itu, macam-macam masalah lain timbul. Lepas dah melabur, nak kena belajar selok belok saham, bayar yuran mahal-mahal sebab nak untung.
.
Ada ramai orang yang tak suka melabur saham, dari dulu asyik skeptikal dengan saham. Dia ingat saham ni macam scam.
.
Labur RM1000, available trading limit berkurang lepas kena tolak brokerage fee, transaction fee semua. Beli saham tunggu beberapa bulan, tiba-tiba market bearish. Rugi.
.
Mungkin ada yang anggap melabur saham ini tambah masalah, dahlah duit simpanan untuk melabur tak berapa nak ada, lepas tu nak kena spend duit yang ada untuk melabur.
.
Padahal duit yang ada tulah nak guna untuk emergency fund dan sebagainya. Lainlah kalau memang dia da set aside amaun RM1000 khas untuk pelaburan dan sanggup lebur banyak tu.
.
Ada sesetengah orang, bila dengar orang lain buat untung dalam pelaburan saham, dia pun terus nak ikut melabur, terus cepat-cepat buka CDS akaun. Mana taknya, kalau saham memang boleh buat duit, siapa tak nak?
.
Atau, mungkin sebahagian yang lain memang tak berani nak cuba melabur saham. Terpaksa belajar benda yang susah, asyik tak faham, lagi-lagi ilmu analisa teknikal, nak baca chart pattern, faham indikator dan macam-macam lagi.

.
Jadi, siapa yang suka dengan masalah? Tak ada siapa suka dengan masalah. Tapi, masih ada segelintir orang anggap melabur saham ini masalah, buang duit, buang masa. Oleh sebab tu, dia pun tak berani nak melabur.
.
Melakukan sesuatu kesilapan atau ‘commision’ tu satu hal. Kesilapan yang lagi besar dari tu ialah tak berani nak cuba, atau dipanggil ‘omission’.
.
Semua peluang yang ada depan mata, terus pandang negatif, dan langsung tak nak cuba apa-apa, last-last diri sendiri yang rugi.
.
Persepsi negatif ni muncul dalam banyak perkara dan bukan semata-mata dalam pelaburan saham. Mungkin dalam tugasan kita yang lain, kita mungkin tak peduli dengan sesuatu peluang sebab kadang-kadang kita terlalu skeptikal.
.
Even, orang yang dah melabur saham pun ada pandangan-pandangan negatif dan tak berani nak melabur dalam sesuatu kaunter.
.
Bila saham tu dah meroket, baru nak menyesal, masa murah dulu tak nak beli sebab tak yakin dengan analisa yang dibuat. Lagi satu, risau saham tu makin jatuh sebab tu tak beli awal-awal.
.
Kesimpulannya, kalau ada yang bagi pandangan mengatakan pelaburan saham ni susah, buang masa, buang duit, tak selalunya betul. Mungkin dia dah pernah cuba, tapi dia gagal, dan tak faham teknik. Sebab tu dia fed up.
.
Saya nak betulkan persepsi negatif ramai orang terhadap pelaburan saham. Pelaburan saham tak boleh dipersalahkan walaupun terdapat segelintir yang tak suka dan pandang negatif terhadap pelaburan saham.
.
Macam saya cakap tadi, ianya tetap boleh berlaku kepada seseorang trader yang memang dah lama terlibat dalam pelaburan saham.
.
Kalau anda salah seorang yang skeptikal dengan saham, tapi nak tingkatkan keyakinan dan peluang untuk buat untung dalam pelaburan saham, walaupun berbekalkan sedikit modal, anda masih belum terlambat untuk cuba.
.
Peluang untuk anda sertai saya dan komuniti mahersaham yang lain dan melabur bersama-sama sentiasa terbuka luas.
.
Jika belum ada akaun cds, boleh klik link di bawah.