Apa Itu Indeks FBM KLCI Bursa Malaysia

Loading...

Dalam dunia pasaran saham, indeks pasaran saham berfungsi sebagai pengukur prestasi pasaran saham secara keseluruhan. Di Bursa Malaysia, salah satu indeks yang paling terkenal dan banyak diikuti adalah FBMKLCI (FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index) atau kadang-kadang hanya digelar indeks KLCI sahaja.
Indeks ini boleh dikatakan mewakili secara kasar keseluruhan prestasi pasaran saham di Malaysia yang mempunyai lebih 1000 kaunter yang boleh didagangkan. Jika anda biasa menonton berita atau mendengar radio, pemberita biasanya akan mengatakan sebagai contoh, “indeks KLCI pada hari ini naik 5 anak mata berikutan…”. Jadi, apa sebenarnya indeks FBMKLCI ni?
Indeks pasaran saham adalah ukuran statistik yang digunakan untuk mencerminkan prestasi saham-saham yang mewakili pasaran secara keseluruhan. Indeks tersebut terdiri dari sekelompok saham yang dipilih berdasarkan kriteria tertentu, seperti ‘market capitalisazion’ atau sektor industri tertentu. Perubahan nilai indeks dapat memberikan gambaran tentang arah dan kekuatan pasaran saham secara umum.

FBMKLCI adalah indeks pasaran saham utama yang mewakili prestasi pasaran saham di Bursa Malaysia. Indeks ini terdiri dari 30 saham terbesar dan paling besar market capitalisation yang berdaftar di Bursa Malaysia. Indeks KLCI dicipta untuk mencerminkan prestasi keseluruhan pasaran saham Malaysia dan menjadi ukuran utama bagi pengpenganalisaa, pedagang saham, investor, pengpenganalisaa, dan rakyat secara keseluruhannya untuk mengukur pertumbuhan pasaran saham Malaysia.
Saham-saham yang termasuk dalam FBMKLCI dipilih berdasarkan kriteria saiz market capitalization sesebuah kaunter atau syarikat tersebut. Beberapa syarikat besar yang disenaraikan dalam indeks KLCI merangkumi syarikat seperti Maybank, Public Bank, Tenaga Nasional, CIMB Group, dan lain-lain. Komponen saham FBMKLCI akaun berubah dari waktu ke waktu sesuai dengan perubahan dalam profil perniagaan dan kriteria yang telah ditetapkan.
FBMKLCI ditetapkan berdasarkan market capitalization yang sesuai daripada setiap saham yang tersenarai di indeks tersebut. Pemberat setiap saham dalam indeks ditentukan oleh saiz pasarannya. Saham dengan market capitalization yang lebih besar akan memiliki pemberat yang lebih tinggi dalam indeks, sehingga perubahan harga saham yang signifikan dapat mempengaruhi prestasi indeks secara keseluruhan. Sebagai contoh, ‘syarikat A’ mempunyai market capitalization yang sangat besar berbanding 29 syarikat yang terdapat dalam indeks KLCI, jika perubahan harga syarikat A ini akan memberi kesan terhadap pergerakan indeks KLCI tersebut.
FBMKLCI berperanan sebagai salah satu cara untuk membandingkan prestasi pelaburan di pasaran saham Malaysia. Indeks ini memberikan gambaran kasar tentang arah tuju pasaran saham secara keseluruhan dan dapat digunakan sebagai alat untuk mengukur prestasi portofolio pelaburan. Perubahan nilai FBMKLCI juga dapat mempengaruhi sentimen pasaran, dengan kenaikan indeks memberikan petanda positif dan penurunan indeks memberikan signal yang negatif bagi para pelabur saham.

FBMKLCI digunakan oleh pelabur dan penganalisa untuk beberapa situasi. Pelabur boleh menggunakan indeks ini untuk memantau prestasi portofolio mereka, menilai prestasi dana atau unit trust yang mereka miliki, serta mengambil keputusan pelaburan mereka berdasarkan pergerakan pasaran saham. Penganalisa pula menggunakan FBMKLCI sebagai indikator utama dalam menganalisa ‘kesihatan’ dan pergerakan pasaran saham di Malaysia, serta sebagai satu cara untuk melakukan perbandingan dengan indeks pasaran saham di negara lain.
FBMKLCI adalah indeks pasaran saham utama yang mencerminkan prestasi pasaran saham di Malaysia. Indeks ini terdiri dari 30 saham terbesar yang disenaraikan di Bursa Malaysia. FBMKLCI memberikan gambaran tentang arah dan kekuatan pasaran saham Malaysia, serta digunakan oleh pelabur dan penganalisa sebagai cara untuk mengukur prestasi pelaburan, mengambil keputusan pelaburan mereka, dan menganalisa trend pergerakan pasaran saham. Dengan peranan dan fungsinya yang penting, FBMKLCI memberikan petunjuk yang berharga bagi para pelabur saham di Malaysia.
FBM KLCI (FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index) adalah indeks utama pasaran saham Malaysia yang terdiri daripada 30 syarikat tersenarai terbesar di Bursa Malaysia. Ia berfungsi sebagai penanda aras prestasi keseluruhan pasaran saham negara.
Indeks FBM KLCI terdiri daripada 30 syarikat tersenarai terbesar di Bursa Malaysia berdasarkan permodalan pasaran. Senarai syarikat ini dikaji semula secara berkala dan boleh berubah mengikut prestasi dan saiz syarikat.
Pelabur menggunakan FBM KLCI untuk mengukur prestasi pelaburan mereka berbanding pasaran keseluruhan, menganalisis trend pergerakan pasaran, dan mengenal pasti sama ada pasaran sedang dalam keadaan menaik (bullish) atau menurun (bearish).
Pergerakan FBM KLCI dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk keadaan ekonomi global dan domestik, kadar faedah, polisi kerajaan, prestasi syarikat komponen, aliran dana pelabur asing, dan sentimen pasaran keseluruhan.
Memahami indeks FBM KLCI adalah asas penting dalam pelaburan saham di Malaysia. Dengan memantau indeks ini, anda boleh membuat keputusan pelaburan yang lebih bermaklumat.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.