Indicator Zig Zag & Cara Guna Di Tradingview

Loading...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Moga anda semua berada dalam keadaan yang sihat dan baik.
Seperti biasa, sebelum ni saya ada share artikel mengenai Popular Candlestick di Tradingview dan cara trading menggunakannya.
Korang boleh baca artikel tu untuk tahu banyak lagi mengenai popular candlestick.
Untuk artikel kali nie saya akan share dekat anda semua mengenai indicator Zig Zag & cara guna di tradingview.
Tuan-tuan dan puan-puan, kadang kita tak tahu dekat mana nak tengok adakah chart tu downtrend, uptrend atau sideway.
Betul tak?
Jadi salah satu caranya untuk memudahkan anda ialah dengan menggunakan indicator zig zag.
Apa fungsi indicator zig zag nie?
Fungsinya tak lain dan tak bukan adalah untuk memudahkan mencari support dan resistance.
Dekat mana nak ambil indicator nie?
Okey, pergi dekat penunjuk fx search dekat situ zig zag
Macam gambar yang saya tunjuk dekat bawah nie.

Dan lepas korang klik tu sebenarnya dia terus lukiskan anda support dan resistance macam dalam gambar di bawah.

Dan ia akan automatik setting untuk anda deviation = 5 dan depth adalah 10 untuk chart tersebut.

Selepas korang dah letak indicator nie jadi korang boleh nampak la dekat mana pick dan low harga saham tersebut.
Selain itu, korang juga dapat lihat keadaan chart tersebut sama ada downtrend, uptrend atau sideway.
Korang boleh letak di mana high dan di mana low macam dalam gambar di bawah.

Nampak kan? Saya dah plotkan di mana high, low, lower high (LH) dan lower low (LL).
Dalam kotak berwarna pink tu pula adalah sideway consolidate.
2. Chart Pattern
Untuk pengetahuan anda, daripada indicator zig zag nie anda boleh dapatkan satu benda iaitu chart pattern.
Ia memudahkan lagi anda untuk nampak chart pattern tersebut.

Sebagai contoh apakah bentuk chart di atas?
Haaa.. jawapannya adalah head & shoulder
Namun ia juga nampak seperti triple top kerana ada 3 resistance pada tempat yang hampir sama.
Cuba tengok gambar di bawah dekat harga pick tu saya dah bulatkan jadi menunjukkan ia adalah triple top.

Jadi indicator zig zag nie memudahkan anda untuk nampak di mana downtrend atau uptrend.
Seterusnya saya bagi contoh kaunter lain.

Okey kalau gambar dekat atas nie adalah chart pattern cup & handle.
Kalau anda tak pakai indicator zig zag nie anda tak boleh nampak pun chart pattern apa yang sedang berlaku.
Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.
Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.
Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.
Indicator Zig Zag ialah alat analisis teknikal yang membantu trader menapis pergerakan harga kecil dan mengenal pasti trend utama dengan melukis garisan dari titik tinggi ke titik rendah pada carta saham.
Klik butang Indicators di bahagian atas carta TradingView, taip Zig Zag dalam kotak carian, pilih indicator tersebut dan ubah setting deviation mengikut keperluan analisis anda.
Ya, ramai trader menggabungkan Zig Zag dengan VWAP, Pivot Point atau Donchian Channel untuk signal yang lebih kuat dan mengesahkan arah trend serta titik entry atau exit.
Ia memudahkan anda mengenal pasti support dan resistance, melihat chart pattern serta memahami struktur trend harga saham dengan jelas tanpa gangguan noise.
Nak mula melabur saham? Buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini. Muat turun ebook percuma asas saham untuk panduan lengkap!