Cara Beli Saham Di Mplus

Setelah mendepositkan duit ke dalam Trust Akaun Mplus, anda sudah boleh mula beli saham di Mplus.
Dibawah ini ada langkah-langkah untuk beli saham.
Untuk peringatan, artikel ini ditulis untuk tujuan pembelajaran sahaja. Tiada sebarang buycall. Sebarang keputusan membeli dan menjual saham adalah atas penilaian risiko oleh anda sendiri.
1. Pilih Saham
- Perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum nak beli saham di Mplus adalah pemilihan saham.
- Bagi client CDS saya, anda boleh mendapatkan idea saham berpotensi di dalam screener di app.mahersaham.com atau di dalam screener di Mahersaham Support Bot
- Selain itu, anda juga boleh dapatkan nasihat pelaburan daripada remisier anda.
- Bagi client CDS saya, anda boleh sertai LIVE bersama saya setiap petang bagi membincangkan saham-saham berpotensi sebelum sebarang keputusan dibuat. Link zoom boleh didapatkan disini
2. Buat Pembelian Saham
- Search nama saham yang anda nak beli
- Tekan butang buy
- Beli saham dalam bentuk lot. 1 Lot bersamaan 100 unit
- Contoh: Modal RM 10,000
- Anda boleh beli 2915 unit pada harga RM 3.43
- Masukkan nilai 29 pada ruang quantity

- Price akan menunjukkan beberapa pilihan harga
- Jika anda mahu terus membeli saham , letakkan terus entry price pada harga semasa
- Order yang anda key in hanya akan berjaya bila ada orang yang nak menjual saham mereka pada harga yang anda tetapkan.

- Validity bermaksud tempoh sah order
- Ada 4 pilihan validity untuk anda pilih

- Window baru akan keluar untuk menunjukkan order preview anda
- Kemudian masukkan trading pin dan tekan “OK” untuk pengesahan pembelian
- Trading pin menggunakan password yang sama ketika anda nak log in ke trading platform

- Order Confirmation merupakan order summary report
- Ia akan menunjukkan tarikh belian, kaunter yang anda beli, harga belian, kuantiti belian dan amaun keseluruhan
- Klik “Confirm”

- Kenal pasti status belian dengan menyemak “Order Status”
- Confirmed bermaksud Bursa telah menerima order anda
- Matched bermaksud anda telah berjaya beli saham tersebut
- Rejected bermaksud order belian anda tak berjaya. Perlu semak di bahagian remarks untuk ketahui kenapa kena reject
- Untuk ubah order, right click dan pilih cancel, reduce atau modify order

Tahniah. Anda telah berjaya membuat pembelian saham anda yang pertama.
Perhatikan pergerakan harga saham anda. Sekiranya sudah mencapai masa untuk take profit atau cut loss, anda boleh menjual saham tersebut.
Nak tahu cara jual saham yang telah anda beli boleh baca artikel ini : Cara Jual Saham Di Mplus
Anda juga boleh dapatkan ilmu ini di dalam Kelas Platform dan Tradingview yang saya berikan PERCUMA kepada semua client CDS saya.
Dapatkan link Kelas Platform dan Tradingview di Mahersaham Support Bot
Soalan Lazim (FAQ)
1. Bagaimana cara beli saham di Mplus untuk pemula?
Selepas deposit duit ke Trust Account, buka platform Mplus, cari kaunter saham yang diinginkan, masukkan kuantiti dan harga belian, kemudian klik butang Buy untuk menghantar order pembelian.
2. Berapakah jumlah minimum untuk membeli saham di Bursa Malaysia?
Jumlah minimum pembelian saham di Bursa Malaysia adalah 1 lot iaitu bersamaan 100 unit saham. Jadi modal minimum bergantung kepada harga saham yang ingin dibeli didarab dengan 100 unit.
3. Apa itu order Buy yang matched dan unmatched?
Order matched bermaksud ada penjual yang menerima harga yang anda tawarkan dan transaksi berjaya. Order unmatched bermaksud tiada penjual pada harga tersebut dan order akan kekal sehingga tamat sesi atau anda batalkan sendiri.
4. Bolehkah saya cancel atau modify order selepas menghantar?
Ya, selagi order belum matched sepenuhnya, anda boleh cancel, reduce, atau modify order melalui bahagian Order Book atau Portfolio dalam platform Mplus.
Bersedia untuk mula membeli saham pertama anda? Buka akaun CDS bersama Mahersaham dan dapatkan akses ke kelas trading eksklusif. Muat turun juga ebook percuma pelaburan saham untuk kuasai asas sebelum mula melabur.