Kaitan Volume dan Price

Loading...

Dalam BURSA MALAYSIA , biasa TRADER/INVESTOR akan lihat PRICE. Price lambang untuk naik or turun sesuatu saham. Tetapi apa sebenarnya kaitan volume dan price?
Namun begitu VOLUME juga penting dalam SAHAM ini. Jika tiada VOLUME sesuatu saham itu akan “LAYU”.
So sebelum kita pergi detail tentang volume, kita fahamkan dahulu apa itu VOLUME?
Volume = Jumlah saham yang diniagakan pada suatu masa
SIFIR untuk VOLUME mudah je :
Sifir dah faham, so jom kita fahamkan TEORI “KAITAN VOLUME dan PRICE”
PERTAMA – “KAITAN VOLUME & PRICE”

Volume merupakan ASAS untuk menyokong kenaikan HARGA sesuatu saham. Jika tiada volume, harga sesuatu saham tidak boleh pergi jauh. Itu pentingnya volume ini.
Jadi HUKUM PERTAMA, VOLUME MAKIN NAIK PRICE MAKIN NAIK . Ini dinamakan MOMENTUM. KENAIKAN HARGA SAHAM TERSEBUT DI SEBABKAN SUPPORT DARI VOLUME.
VOLUME yang ada juga mengambarkan DEMAND yang tinggi kepada SAHAM tersebut.
KEDUA – “KAITAN VOLUME & PRICE”

VOLUME MAKIN TURUN TETAPI HARGA SEMAKIN NAIK. Ianya bersifat sementara kerana masih MEMPUNYAI MOMENTUM dari SUPPORT VOLUME sebelum ini.
Just para TRADER/INVESTOR perlu alert kerana SAHAM tersebut akan berlaku penurunan harga selepas berakhirnya MOMENTUM KENAIKAN.
Kenapa VOLUME kurang? Minat untuk saham ini berkurangan dan faktor2 banyak sebagai contoh QR tidak cantik, masalah hutang, masalah projek jika ada projek , news dan lain-lain lagi.
Itu semua perlu selalu membaca untuk dapatkan info.
KETIGA – “KAITAN VOLUME & PRICE”

VOLUME MAKIN NAIK TETAPI HARGA SEMAKIN TURUN disebabkan SAHAM itu sudah kehabisan MOMENTUM untuk naik lagi.
Disini kita akan tahu yang CHART SAHAM itu akan REVERSAL. TRADER/INVESTOR perlua alert untuk mengelakkan SANGKUT di PUNCAK.
KEEMPAT – “KAITAN VOLUME & PRICE”

VOLUME BUY MENURUN DAN BERLAKU VOLUME SELL, PRICE MAKIN MENURUN.
Ini mungkin SAHAM itu akan jatuh ke harga paras lantai dan memerlukan MOMENTUM baru untuk PUSH UP. Ia akan mengambil masa.
Jadi jangan BUY jika dalam sesuatu ini. Takut sangkut di PUNCAK. Menangis tidak berlagu nanti.
Setakat ini dahulu untuk Apa kaitan Volume & Price , semoga bermanfaat dan masuk ENTRY POINT yang betul untuk membuat PROFIT dalam BURSA MALAYSIA.
Volume dan price mempunyai hubungan rapat dalam menentukan kekuatan pergerakan harga saham. Apabila harga naik disertai volume yang tinggi, ia menunjukkan kenaikan yang kukuh. Sebaliknya, kenaikan harga tanpa sokongan volume yang mencukupi menandakan pergerakan yang lemah dan mungkin tidak bertahan lama.
Apabila volume meningkat tetapi harga menurun, ia menunjukkan tekanan jualan yang kuat. Ini bermakna ramai pelabur sedang menjual saham tersebut dan berkemungkinan harga akan terus jatuh. Keadaan ini memberi amaran kepada pelabur untuk berhati-hati dan elakkan membeli pada waktu tersebut.
Divergence berlaku apabila volume dan price bergerak dalam arah yang berbeza. Contohnya apabila harga terus naik tetapi volume semakin berkurang, ini menandakan momentum kenaikan semakin lemah dan kemungkinan besar akan berlaku reversal atau pembalikan harga tidak lama lagi.
Perhatikan apabila harga sudah naik tinggi tetapi volume mula menurun — ini petanda bahawa minat belian semakin berkurang. Apabila volume sell mula melebihi volume buy dan harga mula menurun, itu adalah masa untuk mengambil untung atau meletakkan stop loss ketat bagi mengelakkan kerugian.
Memahami kaitan volume dan price adalah kunci untuk membuat keputusan jual beli yang lebih tepat dan mengelakkan kesilapan seperti membeli di puncak harga.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula mengaplikasikan analisis volume-price dalam strategi trading saham anda.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk memahami asas pelaburan saham termasuk cara membaca carta dan volume.
Bacaan lanjut: