Teori Kitaran Pasaran Wyckoff : 4 Jenis Fasa dalam Wyckoff Theory

Loading...

Bila bercerita mengenai Teori Wyckoff ini, kita akan sentiasa dengar istilah “smart money”, “acumulation”, “distribution”, “mark up”, dan “mark down”.
Ini adalah fasa-fasa yang sentiasa berlaku jika mengikuti teori ini. Teori ini di perkenalkan oleh Richard D. Wyckoff, antara orang terawal menggunakan pendekatan teknikal dalam analisa pergerakan harga saham.
Meskipun teori ini sudah lama wujud ianya masih terpakai sehingga kini dan mejadi panduan pelabur dan pedagang hebat.

Salah satunya adalah beli setelah harga bergerak mejauhi paras rintangan (Buy on breakout).
Smart Money (SM) telah mengenal pasti harga telah rendah/ murah dan mula mengumpul saham dalam kuantiti yang banyak.
Biasanya harga saham akan berada dalam keadaaan “sideways” (mendatar) dan fasa ini mengambil masa yang lama, boleh sampai bertahun – tahun.
Ketika ini saham yang dikumpul oleh SM telah mula bergerak naik setelah melepasi tahap rintangan sesuatu harga.
Semasa fasa ini SM akan biarkan pasaran naik secara neutral.
Pada Fasa ini SM akan mendapati harga sudah pada harga kemuncak dan mula melepaskan pegangan mereka.
Momentum kenaikan harga akan berkurangan/menghilang disebakan aktiviti pelepasan saham oleh mereka.
Biasanya pembeli yang lewat masuk akan tersangkut disini.
Setelah SM melepaskan semua pegangan saham mereka, harga saham akan mula turun disebabkan tiada lagi minat mebeli saham pada skala besar.
SM akan menunggu untuk harga jatuh pada harga yg mereka anggap rendah untuk kumpul semula. Adalah diingatkan proses pengumpulan akan mengambil masa jangka panjang.
Bila menggunakan teori ini, indikator bar volume sangat penting bagi mengesahkan pergerakan harga kerana ia berkait rapat dengan “demand” dan “supply”.
Anomali pergerakan harga dibandingkan dengan volume sangat penting bagi mengetahui arah pergerakan harga saham.
Teori Wyckoff ini kami kupaskan lebih jelas dan lengkap dalam video Volume Price Analysis untuk premium.
Dengan memahami teori Wyckoff dan fasa-fasa nya, para pelabur dan pedagang akan lebih memahami pergerakan harga dan dapat merancang plan trading yang berkesan.
Pergerakan harga saham ada naik dan turun, para pelabur mestilah bersedia untuk perubahan dalam pergerakan harga sama ada untuk ambil untung atau cutloss.
Setakat ini dulu, jumpa di artikel seterusnya.
Teori Wyckoff ialah kaedah analisis pasaran yang diperkenalkan oleh Richard D. Wyckoff untuk memahami kitaran pergerakan harga saham. Teori ini menjelaskan bagaimana smart money (pelabur institusi besar) menggerakkan pasaran melalui empat fasa utama iaitu accumulation, mark up, distribution dan mark down.
Fasa pertama ialah Accumulation di mana smart money mula membeli saham secara senyap pada harga rendah. Fasa kedua ialah Mark Up di mana harga mula naik dengan kuat. Fasa ketiga ialah Distribution di mana smart money mula menjual saham kepada pelabur runcit pada harga tinggi. Fasa keempat ialah Mark Down di mana harga jatuh semula.
Pelabur runcit boleh menggunakan Teori Wyckoff untuk mengenal pasti fasa semasa sesuatu saham. Masa terbaik untuk membeli adalah semasa fasa accumulation sebelum mark up bermula. Pelabur perlu mengelak daripada membeli semasa fasa distribution kerana harga berkemungkinan akan jatuh dalam fasa mark down.
Fasa accumulation biasanya ditandai dengan harga yang bergerak sideways dalam julat yang sempit selepas penurunan yang berpanjangan. Volume mula meningkat secara perlahan walaupun harga belum naik dengan ketara. Ini menunjukkan smart money sedang mengumpul saham secara senyap sebelum menggerakkan harga ke atas.
Memahami Teori Wyckoff memberikan anda kelebihan untuk mengenal pasti pergerakan smart money dan merancang strategi kemasukan yang lebih tepat dalam pasaran saham.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula mengaplikasikan Teori Wyckoff dalam strategi pelaburan saham anda di Bursa Malaysia.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk membina asas kukuh dalam pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: