App Familiarization Part 2: New Features

Assalamualaikum dan hai!
Apa khabar anda semua?
Moga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.
Jadi kali nie kita akan sambung dengan pembelajaran App Familiarization untuk part 2.
Saya nak kongsi berkenaan features yang baru dalam Mahersaham app.
Macam biasa kita akan menggunakan Mahersaham App untuk pembelajaran ni.
Mahersaham app sebenarnya ialah website mahersaham.com itu sendiri, jadi tak perlu download apa-apa. App ni tiada di Play Store atau App Store.
Nak guna macam app biasa di telefon? Buka mahersaham.com dalam browser, kemudian:
- Android (Chrome): tekan menu ⋮ dan pilih Add to Home screen atau Install app.
- iPhone (Safari): tekan butang Share dan pilih Add to Home Screen.
Ikon Mahersaham akan muncul di skrin telefon sama macam app lain.
New Features
Pertama sekali korang buka Mahersaham app di mahersaham.com.
Bagi yang dah tambah Mahersaham ke skrin utama, buka terus dari ikon tu di smartphone atau tablet masing-masing.
Pergi menu dekat homepage dan klik stock details.

Bila dah klik korang akan nampak features yang baharu iaitu penambahan untuk;
- 1. Top 5 Active
- 2. Top 5 Gainer
- 3. Top 5 Decliner

Apa itu Top Active, Top 5 Gainer dan Top 5 Decliner.
Secara mudahnya Top Active adalah kaunter saham yang paling banyak didagangkan (jual atau beli) di bursa Malaysia pada waktu tersebut.
Merujuk kepada gambar rajah di atas, berikut adalah kaunter-kaunter yang active pada hari tersebut.

Top Gainer pula merujuk kepada kaunter saham yang mengalami kenaikan harga berbanding harga closing semalam.
Contoh semalam harga kaunter tersebut tutup pada harga RM 1.20.
Hari ini pula harga saham kaunter tersebut bernilai RM 1.27.
Maka telah berlaku sedikit kenaikan harga.
Top 5 Gainer merujuk kepada Top 5 kaunter saham yang mengalami peningkatan harga yang tinggi berbanding closing semalam.
Harapnya korang faham setakat ini.

Top Decliner atau top loser pula merujuk kepada kaunter saham yang mengalami penurunan harga berbanding harga closing semalam.
Contoh semalam harga kaunter tersebut tutup pada harga RM 4.50
Hari ini pula harga saham kaunter tersebut bernilai RM 3.70.
Maka telah berlaku penurunan harga.
Kaunter-kaunter ini masuk dalam Top Decliner.
Boleh nonton video ini untuk lebih faham.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apakah ciri-ciri baru dalam aplikasi Mahersaham?
Aplikasi Mahersaham mempunyai pelbagai ciri baru termasuk top active, top gainer, dan top decliner yang membantu traders mengenal pasti kaunter saham yang sedang aktif diperdagangkan.
2. Apa itu top active dalam aplikasi Mahersaham?
Top active menunjukkan senarai kaunter saham yang paling banyak diperdagangkan pada hari tersebut. Ia membantu traders mengenal pasti kaunter yang mendapat perhatian tinggi daripada pelabur.
3. Apakah perbezaan antara top gainer dan top decliner?
Top gainer ialah kaunter saham yang mengalami kenaikan harga berbanding harga penutupan semalam. Top decliner pula ialah kaunter yang mengalami penurunan harga berbanding harga penutupan semalam.
4. Bagaimana aplikasi Mahersaham membantu pelabur membuat kajian?
Aplikasi Mahersaham menyediakan pelbagai maklumat termasuk data harga saham, carta teknikal, berita berkaitan, dan video pembelajaran yang membantu pelabur membuat kajian sebelum melabur.
Mahu memanfaatkan ciri-ciri hebat aplikasi Mahersaham? Buka akaun CDS dengan Mahersaham untuk akses penuh kepada semua ciri aplikasi. Muat turun juga ebook saham percuma kami untuk panduan asas.