App Familiarization Part 4: Blog & User Account
Assalamualaikum dan hai!
Apa khabar anda semua?

Moga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.
Kita akan sambung dengan pembelajaran App Familiarization untuk part 4.
Saya nak kongsi mengenai blog dan user account dalam Mahersaham app.
Macam biasa kita akan menggunakan Mahersaham app untuk pembelajaran ni.
Mahersaham app sebenarnya ialah website mahersaham.com itu sendiri, jadi tak perlu download apa-apa. App ni tiada di Play Store atau App Store.
Nak guna macam app biasa di telefon? Buka mahersaham.com dalam browser, kemudian:
- Android (Chrome): tekan menu ⋮ dan pilih Add to Home screen atau Install app.
- iPhone (Safari): tekan butang Share dan pilih Add to Home Screen.
Ikon Mahersaham akan muncul di skrin telefon sama macam app lain.
Apa Itu Blog?
Blog adalah tempat untuk korang mencari bahan bacaan.
Apa yang menarik dalam Mahersaham app ini adalah bahan bacaan berfokuskan kepada dunia saham dan ekonomi.
Hahhh jom kita masuk dalam Mahersaham app.
Macam biasa, pertama login dalam Mahersaham app.
Login atau sign up guna email yang sama dengan email berdaftar akaun CDS korang. Kalau login guna akaun Google, pastikan emel Google tu pun sama, supaya sistem dapat padankan akaun korang.
Bagi yang dah tambah Mahersaham ke skrin utama, buka terus dari ikon tu di smartphone atau tablet masing-masing.
Pergi ke menu dan klik Blogs.
Setakat hari ini terdapat lebih daripada 1,500 artikel dalam Bahasa Melayu yang telah di publish.
Semuanya boleh dibaca di mahersaham.com/blogs.
User Account
Saya confirm semua tahu kegunaan user account ni, mostly setiap apps ada feature ini.
Apa yang ada kalau dalam Mahersaham app ?
Macam biasa, korang boleh tengok details penama yang mendaftar untuk app ini.
Selain itu, di Dashboard > Bil & Langganan korang boleh semak status Gold Membership, tarikh tamat langganan dan sejarah pembayaran.
Kesimpulan
Mahersaham menyediakan pelbagai cara untuk anda belajar saham sama ada melalui blog atau video. Dengan menggunakan bahagian Blog dan User Account dalam app Mahersaham, anda boleh mengakses bahan pembelajaran dan mengurus akaun anda dengan mudah.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apa yang boleh didapati di bahagian Blog dalam app Mahersaham?
Di bahagian Blog, anda boleh membaca pelbagai artikel berkaitan pelaburan saham, analisis teknikal, analisis fundamental, dan panduan untuk pelabur baru. Semua artikel disediakan dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman.
2. Bagaimana cara mengakses User Account dalam app?
Login di mahersaham.com dan buka Dashboard. Status Gold Membership, tarikh tamat langganan dan sejarah pembayaran ada di bahagian Bil & Langganan.
3. Adakah App Mahersaham ada di Play Store atau App Store?
Tidak. App Mahersaham ialah website mahersaham.com. Untuk guna macam app, buka mahersaham.com di browser telefon dan pilih Add to Home Screen (Tambah ke Skrin Utama) dari menu browser.
4. Apa beza App Mahersaham dengan M+ Global?
M+ Global (ikon huruf M merah) ialah app broker untuk beli dan jual saham. App Mahersaham pula ialah platform pembelajaran: blog, kelas, screener, laporan dan dashboard akaun. Kebanyakan pelabur guna kedua-duanya: belajar dan buat analisis di Mahersaham, buat transaksi di M+ Global.
5. Kenapa saya kena login guna email yang sama dengan akaun CDS?
Sistem padankan akaun Mahersaham dengan akaun CDS anda melalui email. Kalau anda login guna email lain, client journey akan minta anda daftar CDS semula walaupun anda sudah ada akaun.
Ingin mula belajar dan melabur saham? Buka akaun CDS anda sekarang bersama Mahersaham. Muat turun juga Ebook Asas Saham percuma untuk panduan lengkap belajar saham dari asas.