App Familiriazation Part 1: Paper Trade

Loading...

Assalamualaikum dan hai!
Apa khabar anda semua?
Moga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.
Jadi kali nie kita akan mulakan dengan pembelajaran App Familiarization Part 1: Paper Trade.
Kita akan menggunakan Mahersaham App untuk pembelajaran ni.
Anda dah download Mahersaham App?
Jangan lupa download Mahersaham App untuk dapatkan manfaat yang banyak tentang ilmu saham.
Bagi pengguna Android boleh download di App Mahersaham
Boleh download untuk IOS di App Mahersaham
Okey pertama sekali, saya akan terangkan mengenai paper trade.
Apa itu paper trade?
Mudahnya ia merupakan platform olok-olok untuk berdagang saham.
Korang boleh buat beberapa perkara, antaranya:
Paper trade merupakan latihan untuk korang berjual beli saham.
Pertama sekali korang masuk dalam website Mahersaham App.
Bagi yang sudah download app boleh direct buka menggunakan smartphone masing-masing.

Kedua korang sign in.
Boleh pilih nak sign in guna medium yang tertera, sama ada menggunakan google, facebook atau login seperti biasa.
Jangan risau Korang boleh signup free akaun dan sign in.
Paparan seperti di bawah ini akan kelihatan bila dah masuk dalam homepage.

Klik pada ikon yang saya letakkan anak panah.
Itu adalah ikon portfolio atau paper trade.
Bila dah klik akan jadi macam ni.

Okay macam mana nak guna ni?
Bila kali pertama menggunakannya, korang kena topup duit (deposit cash) agar membolehkan korang beli stock.
Boleh rujuk gambar rajah di atas, ikon dalam kotak hitam.
Bila klik ikon tersebut korang akan lihat lagi banyak ikon. Boleh rujuk sebelah anak panah.
Klik sahaja deposit cash dan boleh tambah jumlah wang sesuka hati korang.
Contoh nak tambah Rm 10,000.
Klik deposit cash

Klik add dan taraaaaaa!!!

Dah siap.
Seterusnya untuk membeli kaunter saham.
Korang boleh klik buy stock.

Masukkan nama kaunter dan info mengikut trading plan masing-masing dan klik buy stock.
Setelah buat kajian bolehlah beli beberapa kaunter yang korang berminat atau kaunter yang telah di kaji.
Gambar di bawah adalah hasil setelah membeli kaunter.

Korang boleh tengok beberapa info termasuklah;
Perasan tak paling hujung sebelah kanan tu ada button action?
Perasan tak paling hujung sebelah kanan tu ada button action?
Kalau korang klik kat situ akan jadi macam ni.
Akan ada 3 perkara boleh buat iaitu sell, update atau delete.

Untuk menjual saham anda boleh Klik sell dan masukkan jumlah lot dan harga.
Klik sell lagi sekali.

Untuk update saham yang sedia ada, boleh klik dan masukkan info yang diperlukan seperti di bawah.

Bila dah berpuas hati dengan nilai yang dimasukkan boleh klik update stock.
Yang terakhir korang boleh delete stock tersebut.

Klik pada ikon tong sampah.

Dan satu pop-up akan keluar untuk memastikan sama ada korang nak buang atau cancel.
Paper trade mempunyai fungsi seperti platform yang menyediakan jual beli saham. Ia merupakan satu latihan sebelum membeli saham sebenar bagi mereka yang masih belum berani atau belum cukup modal untuk melabur di Bursa Malaysia.
Paper trade adalah simulasi jual beli saham menggunakan wang maya tanpa melibatkan wang sebenar. Ia sesuai untuk pemula yang ingin berlatih sebelum melabur di Bursa Malaysia.
Ya, sangat sesuai. Paper trade membolehkan anda memahami cara platform dagangan berfungsi tanpa risiko kehilangan wang sebenar.
Perbezaan utama ialah paper trade menggunakan wang maya manakala dagangan sebenar melibatkan wang dan saham sebenar di Bursa Malaysia melalui akaun CDS.
Anda perlu membuka akaun CDS terlebih dahulu untuk mula membeli saham sebenar di Bursa Malaysia.
Bersedia untuk mula melabur saham sebenar? Langkah pertama ialah buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini. Dapatkan juga ebook saham percuma untuk belajar asas pelaburan saham dari rumah.