Belajar Tentang Kereta Elektrik Untuk Untung Saham

Loading...

Dalam usaha untuk memahami lebih dalam lagi berkaitan dengan sektor kenderaan elektrik (EV), hari ini saya membuat lawatan kerja ke showroom BYD bersama dengan team saya.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melihat dan mempelajari teknologi-teknologi yang terlibat dalam pembuatan kereta elektrik.
Bila buat lawatan macam ni, teringat saya tentang teknik Scuttlebutt yang ada digunakan dalam pelaburan saham.
Teknik Scuttlebutt diperkenalkan oleh Philip Fisher dalam bukunya “Common Stocks and Uncommon Profits”. Teknik ini mengajarkan kita untuk membuat kajian terutamanya dari sumber-sumber yang tidak rasmi.
Contohnya, kalau kita nak tahu lebih lanjut tentang sebuah syarikat, kita kena berinteraksi dengan pekerja-pekerja syarikat tersebut, pembekal mereka, dan semua pihak yang terlibat dalam syarikat tersebut.
Dalam masa yang sama, kita juga boleh belajar lebih dalam tentang pesaing-pesaing dengan bertanya kepada pekerja-pekerja syarikat tersebut mengenai pesaing mereka.
Dengan itu, kita boleh mendapatkan gambaran yang penuh tentang sesuatu sektor tersebut.
Jenis-Jenis Bateri yang Digunakan dalam Kenderaan Elektrik
Semasa lawatan ke showroom BYD, salesperson ada la cerita berkaitan bateri untuk kereta elektrik.
Ada beberapa jenis bateri utama yang digunakan oleh kenderaan elektrik sekarang ni.
1. Bateri Lithium-Ion (Li-Ion)
2. Bateri Nickel-Metal Hydride (NiMH)
3. Bateri Solid-State
4. Bateri Lithium Iron Phosphate (LiFePO4)
Bateri yang berbeza datang dengan kelebihan dan kekurangannya masing-masing.
Macam kereta yang dikeluarkan oleh BYD macam BYD Seal dan BYD Atto 3, kedua-duanya menggunakan bateri jenis Lithium Iron Phosphate.
Lawatan tak lengkap kalau tak disertai sekali dengan percubaan untuk memandu kereta BYD. Dapatlah naik kereta BYD SEAL versi Performance.

Saya tak pernah tekan minyak (accelerator) dan rasa badan tertolak ke belakang. Mungkin sebab kereta-kereta yang saya pakai sebelum ni semuanya murah-murah agaknya.
Akhir cerita, lawatan ini memang terbaik. Lain kalau nak dibandingkan dengan belajar hanya tengok di Youtube sahaja.
Kalau anda memang minat sektor EV dan nak terlibat jadi pelabur dalam sektor tersebut, atau nak jana duit tambahan dari pelaburan saham supaya dapat beli kereta elektrik ke, boleh buka akaun CDS dengan saya.
Di Bursa Malaysia terdapat beberapa saham berkaitan sektor EV termasuk syarikat yang terlibat dalam pembuatan komponen, infrastruktur pengecasan, dan rantaian bekalan bateri. Anda perlu membuat kajian sendiri sebelum melabur.
Ya, sektor EV dijangka terus berkembang seiring dengan dasar kerajaan yang menyokong kenderaan mesra alam dan peningkatan permintaan global terhadap kenderaan elektrik.
BYD menggunakan bateri jenis Lithium Iron Phosphate (LiFePO4) dalam model seperti BYD Seal dan BYD Atto 3. Bateri ini terkenal dengan keselamatan dan jangka hayat yang panjang.
Langkah pertama adalah membuka akaun CDS, kemudian belajar asas pelaburan saham dan membuat kajian mendalam tentang syarikat-syarikat dalam sektor EV sebelum membuat keputusan pelaburan.
Sektor kereta elektrik menawarkan peluang pelaburan yang menarik bagi mereka yang memahami industri ini dengan mendalam.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.