Bilateral Chart Pattern

By Siti Afizah Rincing
Bilateral Chart Pattern
A

Jenis Chart Pattern

Terdapat 3 pattern chart iaitu:

  • •Reversal Chart Pattern
  • •Continuation Chart Pattern
  • •Bilateral Chart Pattern

Perkara Penting Dalam Chart Pattern

  • •Minimum nak membentuk line,sekurang-kurangnya kena ada 2 points.
  • •Biasanya akan berlaku breakout di 2/3 yang hujung.
  • •Tidak Berjaya sekiranya tiada breakout bawah atau atas hingga ‘apex’ (tempat 2 garisan bertemu).
  • •Target price kita tengok pada base triangle berbanding dari breakout level
  • •Entry di breakout
  • •Stop price bawah breakout level atau opposite trendline
  • •Nak melengkapkan triangle, volume berkurang
  • •Nak breakout volume besar
  • •Masa nak retest, volume kecil

Apa Itu Bilateral Chart Pattern ?

Bilateral menurut kamus bermaksud melibatkan dua pihak (having or involving two sides).

Ia sedikit memeningkan.

Kenapa?

Sebab kita tak pasti lagi trend menghala ke mana.

Dia boleh jadi ke dua-dua arah, sama ada ke atas atau ke bawah

Nampak macam takde function sebab tak tahu nak kemana, sepatutnya kita lebih berhati-hati

Nak kepastian kena tunggu breakout.

Jenis Triangle Chart Pattern

  • •Symmetrical Triangle
  • •Ascending Triangle
  • •Descending Triangle
Chart pattern

Ascending Triangle

Membentuk triangle ke atas

Bahagian atas triangle adalah flat (menegak) yang bertindak sebagai resistance .

Bahagian bawah triangle sentiasa menaik yang bertindak sebagai support.

Chart pattern

Kena tunggu breakout dahulu baru boleh tahu ke mana arah tujunya, boleh jadi ke atas tapi boleh jadi ke bawah

Biasanya nak ke sambung trend ke atas tapi boleh jadi ke bawah.

Descending Triangle

Membentuk triangle ke bawah.

Bahagian bawah triangle adalah flat (menegak) yang bertindak sebagai support.

Bahagian atas triangle sentiasa menurun yang bertindak sebagai resistance.

Chart pattern

Kena tunggu breakout dahulu baru boleh tahu ke mana arah tujunya, boleh jadi ke atas tapi boleh jadi ke bawah.

Biasanya nak ke sambung trend ke bawah, tapi boleh jadi ke atas.

Symmetrical Triangle

Symmetrical triangle sering dilihat sebagai pola kesinambungan (continuation pattern), menandakan tempoh penggabungan tren tertentu sebelum ia bersambung.

Ia dibuat dari support line dan garis ketahanan menurun (descending resistance line).

Biasanya, harga instrumen akan melambung antara garis arah aliran (trend lines).

Bergerak lebih dekat dan lebih dekat ke puncak (apex) (itulah nama untuk titik di mana kedua-dua garis bertemu), sebelum keluar ke arah aliran sebelumnya (previous trend’s direction).

Chart pattern

Symmetrical Triangle (the coil)

Reversal sekiranya berada di ‘cycle extremes’ atau di significant resistance atau support

Continuation sekiranya berada di ‘cycle midpoints’

Perbezaan triangle, wedge dan pennant.

Triangle ada dua jenis, ascending dan descending.

Kalau ascending bahagian atas triangle adalah flat (menegak) dan bahagian bawah triangle sentiasa menaik.

Berbeza dengan descending di mana bahagian bawah triangle adalah flat (menegak) dan bahagian atas triangle sentiasa menurun.

Bagaimana pula dengan wedge?

Wedge dalam bahasa Melayu bermaksud baji.

Baji adalah objek dengan satu ujung runcing dan satu tepi tebal.

Pembuka Pintu – 314167.info
Contoh objek baji
Kredit gambar: google

Pennant adalah bendera segitiga panjang dan sempit.

Rujuk gambar di bawah.

PANJI - PANJI HARI SUKAN - Pascal Marketing Sdn Bhd
Contoh objek pennant
Kredit gambar: google

Semoga bermanfaat!

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu bilateral chart pattern?

Bilateral chart pattern ialah corak carta yang boleh bergerak ke mana-mana arah, sama ada naik atau turun. Ia berbeza daripada reversal dan continuation pattern kerana tidak memberi isyarat arah yang jelas sehingga berlaku breakout.

Apakah contoh bilateral chart pattern yang biasa ditemui?

Contoh yang paling biasa ialah symmetrical triangle, ascending triangle, descending triangle, wedge, dan pennant. Setiap satu mempunyai bentuk dan ciri tersendiri yang perlu difahami oleh pelabur.

Bagaimana cara mengenal pasti breakout pada bilateral pattern?

Anda perlu memerhati apabila harga menembusi garisan atas (resistance) atau garisan bawah (support) sesuatu pattern dengan volume dagangan yang tinggi. Breakout yang sah biasanya disertai peningkatan volume yang ketara.

Adakah bilateral chart pattern sesuai untuk pelabur baru?

Ya, bilateral chart pattern sesuai dipelajari oleh pelabur baru kerana ia membantu memahami pergerakan harga saham. Namun, pelabur baru disarankan untuk menggabungkan analisis chart pattern dengan analisis fundamental sebelum membuat keputusan pelaburan.


Berminat nak mula melabur saham? Buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini dan mulakan langkah pertama anda dalam dunia pelaburan.

Nak belajar asas saham dari kosong? Muat turun ebook percuma Mahersaham sekarang dan fahami konsep pelaburan dengan mudah.

Bacaan lanjut: