Loading...
Patuh Syariah adalah satu konsep yang penting dalam pelaburan sebagai seorang Muslim. Ia menggariskan prinsip-prinsip Islamik yang perlu diambil kira dalam urus niaga dan pelaburan.
Dalam pasaran saham, ia bermaksud melabur dalam syarikat-syarikat yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Syarikat yang mematuhi prinsip-prinsip ini dikategorikan sebagai syarikat Syariah-compliant. Antara prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi adalah larangan riba, gharar, dan maysir.

Seperti yang kita tahu, syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia semuanya akan dipantau dan diselia oleh Majlis Penasihat Shariah (MPC) secara berkala. Ini untuk memastikan pelabur boleh melabur di syarikat yang dibenarkan dan mengelak daripada melabur di syarikat yang tidak patuh syariah.
Namun, untuk syarikat yang baru hendak disenaraikan di Bursa Malaysia, adakah mereka juga akan melalui proses saringan untuk mengesahkan sama ada syarikat mereka patuh syariah atau tidak?
Sebagai syarikat yang ingin disenaraikan di pasaran saham, mereka sebenarnya boleh memohon untuk mendapat status sebagai ‘patuh shariah’. Dengan syarat, mereka perlu mematuhi garis panduan syariah yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah yang juga dikenali sebagai Shariah Advisory Council (SAC) ini.
Majlis ini akan menilai dan memastikan bahawa semua operasi syarikat tersebut mematuhi prinsip-prinsip syariah yang ditetapkan oleh Islam. Contohnya, syarikat tersebut tidak terlibat dalam aktiviti yang diharamkan seperti perjudian, arak, dan pelaburan yang tidak patuh kepada prinsip syariah.
Ada syarikat yang baru disenaraikan ini tidak memohon status patuh shariah tersebut walaupun syarikat mereka mematuhi syarat yang ditetapkan. Jadi, terdapat beberapa badan luar yang menyediakan perkhidmatan untuk menyemak dan menyatakan status patuh shariah bagi pandangan mereka terhadap syarikat tersebut.
Antara badan yang menyediakan perkhidmatan tersebut ialah :

Walaupun sesebuah syarikat disahkan patuh syariah oleh badan luar yang dinyatakan, sekiranya mereka tidak mendapat status tersebut daripada Majlis Penasihat Shariah, terdapat halangan untuk pemilik akaun CDS Islamik melakukan transaksi pembelian saham.
Halangan ini bukanlah daripada segi hukum, akan tetapi halangan daripada segi teknikal di platform jual beli saham. Order membeli akan di reject oleh sistem. Akan tetapi untuk menjual pegangan saham tiada masalah.
Tidak semestinya. Setiap syarikat baru yang tersenarai di Bursa Malaysia akan dinilai oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti untuk menentukan status patuh Syariah berdasarkan aktiviti perniagaan dan nisbah kewangan mereka.
Status Syariah biasanya diumumkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dua kali setahun melalui Senarai Sekuriti Patuh Syariah. Syarikat baru yang tersenarai mungkin perlu menunggu penilaian seterusnya.
Tidak boleh dari segi teknikal. Sistem akan reject order pembelian jika saham tersebut belum mendapat status patuh Syariah daripada Majlis Penasihat Shariah, walaupun badan luar mengesahkannya.
Anda boleh semak melalui laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau melalui platform trading anda. Baca juga panduan lengkap di artikel Saham Patuh Syariah.
Nak mula melabur dalam saham patuh Syariah? Buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini dan dapatkan bimbingan eksklusif. Muat turun juga ebook percuma asas pelaburan untuk memulakan langkah pertama anda.