Bukan Teknik Kau Yang Salah, Tapi Cara Kau berfikir.

Loading...

Ramai trader anggap konsistensi dalam trading datang dari sistem yang “power”, teknik yang tepat, atau ilmu yang lebih mendalam. Tapi realitinya, konsistensi tak datang dari strategi—ia datang dari cara kita berfikir. Di Mahersaham kami tekankan, kalau mindset kita tak stabil, sistem sehebat mana pun takkan mampu membantu cipta keuntungan
Kebanyakan trader sebenarnya dah tahu apa yang mereka perlu buat:
Dah tahu support/resistance.
Dah faham candlestick pattern.
Dah tahu jaga risk management.
Tapi kenapa masih kalah? Sebab mereka tak bersedia dari segi emosi dan mental untuk bertindak secara konsisten. Bila takut rugi, tamak untung, atau tak sabar—itu semua tanda minda belum stabil.
Nak konsisten bermakna kita:
Masuk trade dengan tenang, bukan sebab FOMO.
Terima rugi dengan tenang, sebab tahu itu sebahagian daripada game.
Disiplin ikut plan, bukan ikut emosi.
Douglas kata, “consistent results come from consistent actions,” dan consistent actions datang bila kita fikir secara neutral—tanpa bias, tanpa overconfidence, tanpa takut.
Pasaran tak boleh diramal. Tak ada siapa tahu candle seterusnya nak naik atau jatuh.
Jadi, daripada kita stress nak “tahu” apa akan jadi, Douglas ajar untuk latih minda nampak setiap trade sebagai SATU peluang dalam banyak peluang.
Kita tak perlu betul setiap masa. Kita cuma perlu:
Kenal peluang.
Masuk bila setup betul.
Keluar ikut plan.
Itu saja. Tak perlu emosi.
Bila kita benar-benar konsisten, kita tak lagi takut rugi. Kita tahu:
Rugi tu biasa.
Tak semua trade jadi.
Tapi dalam jangka panjang, sistem kita akan bagi hasil—jika kita ikut dengan disiplin.
Konsistensi ialah bila kita berhenti rasa perlu “ramal market” dan mula percaya pada proses sendiri.
Psikologi trading merujuk kepada aspek mental dan emosi yang mempengaruhi keputusan dagangan. Ia penting kerana walaupun anda mempunyai teknik yang baik, tanpa kawalan emosi dan minda yang stabil, keputusan trading sering menjadi tidak konsisten dan merugikan.
Tidak. Teknik hanyalah satu bahagian. Buku Trading in the Zone oleh Mark Douglas menekankan bahawa konsistensi datang daripada minda yang tenang dan neutral, bukan semata-mata daripada sistem atau strategi yang canggih.
Latih diri untuk melihat setiap trade sebagai satu peluang dalam banyak peluang, bukan sebagai penentu untung rugi keseluruhan. Tetapkan pelan dagangan sebelum masuk posisi dan ikut pelan tersebut tanpa dipengaruhi emosi semasa.
Konsep utamanya ialah trader perlu berfikir dalam kebarangkalian, menerima kerugian sebagai sebahagian daripada proses, dan membina minda yang konsisten melalui disiplin dan keyakinan terhadap sistem sendiri.
Mahu mula melabur dengan lebih yakin selepas memahami psikologi trading?
Buka akaun CDS melalui Daftar Akaun CDS Mplus untuk mula berdagang di Bursa Malaysia.
Baru nak belajar saham? Download Ebook Asas Saham Percuma untuk fahami asas pelaburan.
Bacaan lanjut: