Bursa Malaysia Tengah Rugi?

Loading...

Betul ke orang kata pasaran saham Bursa Malaysia sekarang ni tengah rugi? Tak dapat sambutan? Buat rugi je kalau melabur sekarang ni..
Ada beberapa cara untuk kita kenalpasti, macam mana prestasi pasaran sekarang. Adakah pasaran sedang ‘bullish’ atau ‘bearish’. Bullish merujuk kepada pasaran sedang menaik, manakala bearish merujuk kepada pasaran yang sedang menurun.
Disebabkan di Bursa Malaysia, pasaran kita sehala, jadi boleh dikatakan hampir semua pelabur menginginkan pasaran yang bullish iaitu menaik.

Untuk kaedah pertama macam mana nak tahu pasaran tengah ok atau tidak, boleh tengok di chart KLCI. KLCI ni boleh dikatakan menjadi penanda aras prestasi keseluruhan pasaran Bursa Malaysia.
Secara mudahnya, dilihat dengan mata kasar, adakah pergerakan chart tersebut dilihat menaik ke atas? Jika ya, maka boleh dikatakan pasaran sedang menaik. Jika anda dah ada sedikit ilmu kajian Analisa teknikal, boleh la gunakan. Boleh letak line moving average, buat channel, atau letak indicator. Terpulang kepada ilmu yang anda ada. Untuk prestasi terkini, boleh dikatakan mata KLCI berada di paras yang agak rendah iaitu sekitar 1400. Dan trend secara besar dilihat sedang menurun.
Untuk mendapatkan chart KLCI ni, anda tak perlu daftar apa-apa. Boleh dapatkan secara percuma di website yang menyediakan perkhidmatan melihat chart seperti klse screener, TradingView, Malaysiastock.biz dan pelbagai lagi. Jika anda ingin mendapatkan chart dan beberapa kelebihan yang lain, anda boleh gunakan aplikasi Mahersaham di app.mahersaham.com

Kaedah kedua, untuk mengetahui sama ada pasaran saham Bursa Malaysia tengah mendapat sambutan atau tidak secara harian, boleh pergi ke platform Mplus anda. Di situ, terdapat petanda yang menunjukkan bilangan kaunter yang sedang menaik dan menurun. Anak panah hijau keatas menunjukkan bilangan kaunter yang menaik dan anak panah merah ke bawah pula menunjukkan yang menurun.
Jika bilangan kaunter yang menaik lebih banyak dari yang menurun, secara mudahnya pasaran sedang menunjukkan mood untuk menaik. Lebih baik jika bilangan yang menaik lebih 2 kali ganda berbanding kaunter yang sedang menurun.
Jika bilangan kaunter anak panah merah lebih banyak mengatasi yang sedang menaik, boleh dikatakan pasaran Bursa menunjukkan mood rugi.
Untuk masuk ke akaun Mplus, anda perlu daftar terlebih dahulu. RM11 sahaja untuk mendaftar. Boleh daftar di sini.

Kaedah seterusnya ialah kita boleh mengetahui sama ada pasaran sedang mendapat sambutan atau tidak dengan melihat kepada volume yang sedang didagangkan. Volume ini menunjukkan bilangan unit saham yang didagangkan. Sama ada menjual ataupun membeli. Untuk melihat volume ini, boleh dilihat ketika pasaran hampir ditutup iaitu sebelum pukul 5 petang. Jika volume nya besar, maka kita boleh katakana bahawa pasaran sedang mendapat sambutan. Volume yang besar boleh dikatakan melebihi 10 bilion dalam masa sehari. Volume ini boleh dilihat di platform Mplus dan juga boleh juga didapati melalui berita di television, radio atau surat khabar.
Terdapat tiga cara utama untuk mengenal pasti keadaan pasaran Bursa Malaysia: melihat carta FBM KLCI, memerhati bilangan kaunter yang naik berbanding turun, dan menganalisis jumlah volume dagangan pada hari tersebut.
FBM KLCI (FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index) adalah indeks utama yang mewakili 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia. Apabila indeks ini menurun, ia menunjukkan pasaran secara keseluruhan sedang mengalami penurunan.
Ya, masih terdapat peluang untuk membuat keuntungan semasa pasaran menurun. Pelabur boleh mencari kaunter yang masih menunjukkan kekuatan, melabur dalam kaunter dividen, atau menggunakan strategi short selling jika dibenarkan.
Antara petanda pemulihan pasaran termasuk peningkatan volume dagangan, lebih banyak kaunter naik berbanding turun, indeks FBM KLCI mula membentuk paras sokongan yang kukuh, dan sentimen pelabur mula positif berdasarkan berita ekonomi semasa.
Memahami keadaan pasaran adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pelabur. Dengan ilmu yang tepat, anda boleh membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak sama ada pasaran sedang naik atau menurun.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.