Businessman dan Investor adalah Kembar tak Seiras

Loading...

Pada hari Rabu lepas, saya berjumpa dengan seorang doktor, nama dia Doktor Syahir, dia kata dia dah lama follow saya, dan sekarang tinggal di Melaka.
.
Doktor Syahir ni memang berhasrat nak jumpa saya. Dia cakap yang dia adalah kawan baik Along.

Nama sebenar Along ialah, Doktor Syafiq Wahab. Dia adalah salah seorang rakan saya waktu di MRSM Jasin dulu dan dah ada banyak klinik.
.
Saya pun decide untuk berjumpa dengan Doktor Syahir bagi meluaskan kenalan dan nak tahu update atau perkembangan kawan lama saya, Along sebab saya pun jarang jumpa dia.
.
.
Masa jumpa dengan Doktor Syahir, dia pun ceritalah dia bermula sejak tahun 2017 lagi, lebih kurang samalah dengan waktu saya berhenti jadi doktor di Klinik Kesihatan Sarikei, Sarawak dan decide untuk jadi remiser sepenuh masa.
.
Saya ceritalah dekat dia macam mana saya boleh decide macam tu. Tapi yang itu, saya akan cerita lain kali.
.
Perjalanan Doktor Syahir bermula dengan GP, iaitu General Practitioner. Kemudian, buat locum dulu dekat klinik-klinik lain. Pada tahun 2020, baru dia decide nak buka klinik dia sendiri.
.
.
Pengusaha-pengusaha klinik bila bercerita, metric yang biasa mereka sebut adalah berapa ramai pesakit sehari. ‘Berapa ramai’ tulah yang melambangkan, atau menggambarkan bisnes bagus ke tak bagus.
.
Over time, bilangan pelanggan dia pun bertambah. Wife dia pun dah berhenti kerja, dan sekarang bersama-sama tolong dia mengusahakan bisnes dia lebih kepada bahagian HR.
.
Sambil bual-bual, saya pun tanya, apa trend klinik sekarang, klinik boleh hidup ke tak boleh hidup. Antara tips yang dia kata, setiap klinik mesti ada ‘specialty’ tersendiri. Misalnya, dekat Klinik Al-Fatih Krubong Melaka sekarang, pakai teknologi ‘laser physioteraphy’ untuk lutut.
Saya teringat juga, ada kawan saya, Doktor Rujhan, dia pun buka klinik yang fokus kepada treatment rambut. So, orang yang botak ke, rambut gugur ke, rambut tak berapa nak banyak ke, boleh datang jumpa dia.
.
.
Selain daripada itu, ada juga kami bual tentang kawan saya, Along. Berapa banyak rangkaian klinik yang dia ada, macam mana dia bermula, dan ada juga ditawarkan untuk jual klinik dia. Tapi dia tak nak, padahal ada orang lain yang jual klinik, boleh dapat tiga hingga enam juta ringgit.
.
Tapi, dengarnya yang dah jual klinik, kalau tak silap dengan harga enam juta sekalipun, dia mula daripada awal balik dan buka satu klinik lain. Jadi, semuanya ‘start from scratch’, kena cari dan kumpul balik segala resources untuk buka klinik baru.
.
.
Berbalik kepada tajuk, kenapa saya kata businessman dan pelabur sebenarnya adalah kembar tapi tak seiras. Kalau kita ada baca buku Robert Kiyosaki, ‘right quadrant’ adalah quadrant yang boleh buat duit, dan quadrant tersebut terdiri daripada business owner ataupun investor.
.
Namun demikian, apa yang saya perhatikan, ramai pemilik bisnes, mereka tak tahu pun pasal saham, dan tak tahu macam mana nak jadi pelabur. Padahal apa yang saya nampak, ‘business owner’ ada skill set yang sama macam pelabur. Cuma ‘business owner’, dia banyak engage dengan bisnes.
.
Pelabur kena ada lagi banyak modal sebab, dia kena lihat samada bisnes atau syarikat dah stabil ke belum, boleh bagi pulangan konsisten ke tak. Kalau dah stabil, dapat pulangan konsisten, barulah dia akan gunakan duit dia untuk melabur dalam bisnes atau syarikat tersebut.
.
Manakala, ‘business owner’ pula terlibat dalam ‘management’ syarikat untuk pastikan syarikat kekal stabil dan hasilkan untung yang banyak.
.
.
Dalam ‘business management’, target ‘business owner’ ialah, dia nak berjaya hasilkan satu sistem yang automatik yang boleh generate duit dan keuntungan. Jadi, sebagai seorang pemilik bisnes pun, bila nak buat sesuatu, kena fikir tentang ROI, iaitu singkatan untuk ‘Return on Investment’.
.
Banyaklah contoh persoalan yang ada dalam ROI, antaranya, “Patut tak aku buat marketing? Berapa banyak hasil pulangan yang aku akan dapat daripada setiap kos yang aku dah belanjakan untuk marketing? Berapa banyak untung yang klinik akan dapat daripada setiap orang pesakit? Cara apa lagi nak buat untuk tingkatkan lagi keuntungan klinik daripada setiap orang pesakit?”
.
.
Sebagai contoh, dalam kes kawan saya, dia dapat offer untuk jual klinik dia tapi dia tolak. Tak salah kalau nak tolak offer tersebut. Sebab dalam pelaburan pun, setiap orang ada strategi yang berbeza bila nak jual saham. Bila kita dah jual saham, kita terdedah pula dengan sesuatu yang dinamakan sebagai ‘reinvestment risk’.
.
Maksudnya, kalau kita dah jual sesuatu saham, boleh tak kita jumpa saham lain yang sama atau lebih baik daripada saham yang kita dah jual? Buatnya kita dah untung, tapi kita pergi beli saham yang lain, tengok-tengok saham lain rupa-rupanya tak bagus pun beli, lagi buat kita makin rugi. So, lebih baik kita stick dengan saham yang asal.
.
.
Dalam perbualan saya dengan Doktor Syahir, ada juga cerita tentang kawan saya, Along. Dia lebih berminat nak pelbagaikan bisnes.
.
Cara syarikat pelbagaikan bisnes juga boleh dipelajari melalui saham. Di mana, kalau sebuah syarikat dah besar, akan ada banyak segmen yang berbeza di bawah satu syarikat induk. Syarikat pelbagaikan bisnes sebab nak pastikan ‘income’ syarikat sentiasa stabil. Misalnya, kalau satu sektor terjejas, masih ada lagi ‘income’ daripada sektor yang lain.
.
Kedua-duanya memerlukan kemahiran menganalisis risiko, membuat keputusan kewangan yang bijak, dan mempunyai visi jangka panjang. Namun, pendekatan mereka berbeza dalam cara menjana keuntungan.
Sudah tentu boleh. Malah, ramai usahawan berjaya juga melabur dalam saham sebagai cara untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan mengembangkan kekayaan mereka di luar bisnes utama.
Reinvestment risk ialah risiko di mana selepas menjual sesuatu saham yang menguntungkan, pelabur mungkin sukar mencari pelaburan lain yang sama bagus atau lebih baik, dan mungkin akhirnya membeli saham yang kurang menguntungkan.
Diversifikasi membantu mengurangkan risiko kerugian. Sama seperti syarikat yang mempelbagaikan bisnes untuk pastikan pendapatan kekal stabil, pelabur juga perlu pelbagaikan portfolio supaya tidak bergantung pada satu kaunter sahaja.
Sama ada anda seorang usahawan atau pekerja, kemahiran melabur saham boleh membantu anda membina kekayaan tambahan. Mulakan langkah pertama anda sekarang.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.