Cabaran Pasaran Buruh Ketika Covid-19

Loading...

Malaysia telah menerima pelbagai kesan ekonomi akibat krisis kesihatan Covid-19. Sektor pasaran buruh sangat menerima kesan yang besar akibat penularan Covid-19. Hal ini kerana isu pengangguran, pemberhentian pekerja dalam sektor ekonomi dan swasta sering dilaporkan di dada-dada akhbar.
Pengangguran bermaksud tenaga buruh yang ingin dan sanggup bekerja tetapi masih belum mendapat pekerjaan. Kadar pengangguran dilihat dari segi peratusan jumlah pengangguran di Malaysia.

Data bersumberkan Kementerian Kewangan Malaysia dapat menunjukkan pola perubahan kadar pengangguran yang semakin meningkat akibat penularan Covid-19.
Data setakat anggaran suku pertama Q1 2021 menunjukkan kadar pengangguran 4.9%. Kadar pengangguran yang tertinggi pernah tercatat 5.1% dalam tempoh penularan Covid-19 pada Q2 2020.
Hal ini secara tidak langsung menunjukkan Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran pasaran buruh kesan Covid-19.
Arahan pihak kerajaan bagi sekatan pergerakan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah membawa amalan norma baru. Iaitu kepada sektor ekonomi terutama pasaran buruh untuk menyesuaikan diri bekerja dari rumah (work from home).
Proses pemulihan ekonomi dapat dibantu dengan perlaksanaan Program Vaksinasi kepada frontliner seperti di bahagian kesihatan, keselamatan dan pentabiran negara.
Selain itu juga, pakej ransangan ekonomi seperti Prihatin, Penjana, Permai dan Pemerkasa sangat penting dan diperlukan suntikan dana dan ekonomi.
Hal ini untuk membantu proses pemulihan ekonomi dari segi pemberian modal, saraan kos sara hidup kepada pemain ekonomi dan isi rumah.
Keterlibatan pemain industri dalam bidang digitalisasi maklumat akan membantu sektor gig ekonomi untuk mereka pelajari sendiri ilmu baru bagi mempelbagaikan dan meningkatkan kemahiran dalam sektor perniagaan.
Isu garduan yang sering kali berlaku akibat masalah ketidaksepadanan pendidikan dengan peluang pekerjaan sering dibincangkan. Graduan baru sukar untuk berada dalam pasaran buruh kerana pesaingan yang semakin tinggi.
Hal ini memerlukan mereka untuk menawarkan kemahiran dengan bekerja sendiri dalam bidang gig ekonomi.
Cabaran yang dihadapi oleh rakyat kini memerlukan suatu pasaran buruh yang fleksible dengan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan fleksible bagi menghadapi kesan penularan Covid-19.
Selain itu, jualan produk dan barangan secara atas talian banyak membantu jualan produk dan perkhidmatan kepada orang ramai kerana kaedah ini dapat memudahkan urusan mereka.
Covid-19 menyebabkan peningkatan kadar pengangguran, pemberhentian pekerja secara besar-besaran, dan kesukaran graduan baru memasuki pasaran buruh. Sektor pelancongan, perkhidmatan dan pembuatan paling terjejas.
Gig ekonomi memberikan peluang kepada mereka yang kehilangan pekerjaan untuk menjana pendapatan secara fleksibel. Ia termasuk perkhidmatan penghantaran, jualan dalam talian dan kerja bebas lain.
Keadaan pasaran buruh mempengaruhi ekonomi secara keseluruhan dan seterusnya prestasi pasaran saham. Kadar pengangguran yang tinggi boleh menjejaskan perbelanjaan pengguna dan keuntungan syarikat.
Pelabur bijak boleh mengkaji sektor yang berpotensi berkembang semasa dan selepas krisis seperti teknologi dan kesihatan. Membuat analisis fundamental yang teliti adalah penting sebelum melabur.
Ingin belajar cara melabur saham dengan bijak semasa krisis? Buka akaun CDS dengan Mahersaham dan mulakan perjalanan pelaburan anda. Muat turun juga ebook saham percuma kami untuk panduan asas pelaburan.