Cara Aktifkan Akaun MITI (Sistem Baru)

Loading...

Bermula pada 6 Disember 2021, pihak MITI telah menetapkan sistem baru bagi permohonan Saham Miti Bumiputera.
Bagi pelabur Bumiputera yang pernah mendaftar akaun miti perlu membuat tetapan semula password (reset password) untuk masuk ke portal miti.
Jadi dalam artikel ini akan tunjukkan cara untuk mengaktifkan akaun Miti di sistem baru.
Pertama: Pergi ke https://sahamonline.miti.gov.my/portal/forgot-password

Kedua: Masukkan no kad pengenalan anda tanpa simbol ‘-‘

Ketiga: Pertukaran kata laluan miti anda sudah berjaya. Semak inbox/spam emel anda kata laluan baru.

Keempat: Pergi ke https://sahamonline.miti.gov.my/portal/login untuk log masuk. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang diberikan di emel tadi.

Kelima: Selepas berjaya log masuk, anda perlu kemaskini maklumat diri anda dalam sistem baru ini.
Upload gambar kad pengenalan anda dan klik kemaskini.



Selesai! Tahniah telah berjaya kemaskini profil anda.

Pihak MITI telah menaik taraf sistem permohonan IPO bermula Disember 2021. Pelabur yang sudah mempunyai akaun lama perlu membuat tetapan semula password dan kemaskini profil.
Pergi ke laman web MITI, klik "Lupa Kata Laluan", masukkan emel berdaftar dan ikuti arahan yang dihantar ke emel anda untuk menetapkan password baru.
Anda perlu memastikan maklumat peribadi seperti nama, nombor IC, nombor akaun CDS, alamat emel dan nombor telefon adalah tepat dan terkini.
Ya, selepas berjaya aktifkan akaun dan kemaskini profil, anda boleh terus membuat permohonan IPO yang sedang dibuka melalui portal MITI.
Selepas sudah tahu cara aktifkan akaun MITI, sekarang anda sudah boleh mula membuat permohonan saham MITI online dalam sistem baru ini.
Untuk memohon IPO, anda wajib ada akaun CDS. Buka akaun CDS bersama Mahersaham sekarang untuk mula melabur.
Muat turun ebook percuma dari Mahersaham untuk panduan asas pelaburan saham!