Cara Daftar MITI Untuk Bumiputera

By Shafiqah Sulaiman1 min bacaan
Cara Daftar MITI Untuk Bumiputera
A

Terdapat 2 cara untuk memohon IPO di Bursa Malaysia bagi pelabur Bumiputera. Pertama boleh mohon melalui Online banking dan kedua melalui website MITI.

Artikel kali ini akan tunjukkan cara daftar MITI untuk Bumiputera sebelum anda boleh mula mohon IPO MITI.

Dan bagi pelabur Bumiputera yang sudah ada akaun MITI perlu membuat tetapan semula password (reset password) untuk masuk ke sistem baru portal miti.

Cara Daftar MITI Untuk Bumiputera

Pertama: Pergi ke log masuk website miti di https://sahamonline.miti.gov.my/portal/login

Kedua: Klik daftar pelabur, pilih kategori anda sama ada daftar untuk individu, syarikat, koperasi atau yayasan.

cara daftar miti

Ketiga: Lengkapkan maklumat peribadi anda untuk daftar sebagai pelabur di MITI. Selepas isi semua maklumat diri, tick pada kotak pengakuan dan hantar.

cara daftar miti
cara daftar miti

Keempat: Muat naik gambar kad pengenalan depan dan belakang anda.

cara daftar miti

Kelima: Selesai isikan kesemua maklumat diri, tick pada kotak pengakuan dan hantar.

Keenam: Permohonan anda sudah berjaya dihantar. Semak emel anda dan tunggu pendaftaran diproses dalam tempoh 5 hari waktu bekerja sama ada diterima atau ditolak.

Selesai!

Soalan Lazim (FAQ) – Cara Daftar MITI Untuk Bumiputera

1. Apakah syarat untuk daftar akaun MITI?

Anda mestilah warganegara Malaysia berketurunan Bumiputera dan mempunyai akaun CDS yang aktif untuk memohon IPO melalui MITI.

2. Berapa lama proses kelulusan pendaftaran MITI?

Proses kelulusan biasanya mengambil masa dalam tempoh 5 hari bekerja. Anda akan menerima emel pengesahan sama ada diterima atau ditolak.

3. Adakah pendaftaran MITI percuma?

Ya, pendaftaran akaun MITI adalah percuma untuk semua pelabur bumiputera yang layak.

4. Bolehkah saya memohon IPO selepas daftar MITI?

Ya, selepas menerima emel pengesahan kelulusan, anda boleh terus memohon IPO yang ditawarkan melalui portal MITI.


Kesimpulan

Selepas siap daftar MITI dan terima emel pengesahan, kini anda sudah boleh mula memohon IPO melalui MITI. Pastikan anda mempunyai akaun CDS terlebih dahulu sebelum memohon.

Jika belum ada akaun CDS, buka akaun CDS bersama Mahersaham sekarang untuk mula melabur.

Nak belajar asas saham? Muat turun ebook percuma dari Mahersaham untuk panduan lengkap pelaburan!

Bacaan Lanjut

Kongsi: