Cara Baca Annual Report Part 2 : Corporate Exercise

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hai korang!
Dah ready untuk sambung baca artikel kali ni?
Bagi yang belum baca part 1, jangan lupa untuk baca kat sini .
Cara baca annual report part 2 akan berfokus kepada corporate information.
Kita masih lagi mengambil contoh kaunter Poh Huat seperti dalam part 1.
Sebelum itu, korang boleh dapatkan annual report di website BursaMalaysia.com dan MalaysiaStock.Biz .
Apabila korang dah buka pdf annual report, korang bolehlah analisis satu persatu.
Korang boleh juga baca artikel ini cara untuk mengkaji annual report.

Seperti yang tertera dalam gambar, corporate exercise dalam Syarikat Poh Huat termasuklah:
Dalam sesuatu syarikat yang listed dalam bursa Malaysia,
terdapat structure yang korang kena tahu.
Antaranya:
Pendapat koranglah, apa perkara yang paling penting dalam sesuatu syarikat ?
Shareholders.
Ya betul, shareholders sangat penting untuk sesuatu syarikat.
Shareholders tu adalah kita.
Kita adalah sebahagian daripada pemilik syarikat.
Siapa kita itu?
Mereka yang memegang saham dalam sesuatu syarikat.
Shareholders yang besar biasanya dipegang oleh pengasas syarikat tersebut.
Di bawah shareholders adalah BOD, Chief executive officer (CEO) dan pekerja yang lain.

Terdapat 2 jenis shareholders:
Shareholders yang aktif terlibat dengan bisnes syarikat secara langsung.
Manakala shareholders yang pasif lebih kepada mereka yang membantu dari segi kewangan juga sumbang modal.
Mereka tidak terlibat dengan bisnes syarikat secara langsung.
Shareholders syarikat yang listed di bursa Malaysia, biasanya memang yang pasif.
Kenapa?
Syarikat yang hendak kembangkan bisnes memang memerlukan modal.
Siapa yang sumbang modal?
Shareholders.
Memang itu tugas mereka.
Shareholders = sumbang modal
Shareholders jugak bertanggungjawab untuk memilih directors.
Apabila korang baca annual report, kebanyakkan directors terdiri daripada pengasas Syarikat dan juga keluarganya.
Bagaimana ini boleh berlaku?
Sebabnya adalah apabila sesuatu syarikat disenaraikan dalam Bursa Malaysia semasa IPO , pengasas syarikat terbabit dan keluarga merupakan pemegang saham (shareholders) terbesar.
Awalnya pegangan mereka sebanyak 100%.
Apabila sudah IPO, maka mereka akan jual beberapa peratus saham pegangan mereka dalam 70% kepada Institusi, fund manager dan public atau juga kita gelar sebagai freefloat.
Selebihnya mereka yang pegang dalam 30%.
Jadi seperti yang saya terangkan tadi, pemilihan directors akan ditentukan oleh shareholders dan akan dibincangkan setiap kali annual general meeting (AGM).
Director bertanggungjawab memilih management dan CEO.
Apa kelebihan directors?
Mereka akan dapat elaun.
Selain itu, menjaga kebajikan shareholders kerana directors adalah mereka yang menentukan hala tuju syarikat.
Justeru mereka akan dibayar apabila datang meeting.
Boleh jadi juga director merupakan orang yang run the company atau pengasas syarikat maka mereka ini digelar sebagai executive.
Apabila syarikat ingin melakukan sesuatu maka memerlukan kelulusan daripada executive director.
Contohnya syarikat ingin membuat loan maka memerlukan kelulusan daripada executive director.
Bukan daripada shareholders.
Berbeza dengan directors.
CEO dibayar gaji bulanan.
Kebiasaanya CEO yang akan rapat dengan directors untuk carry out hala tuju yang ditetapkan oleh board of directors.
Kadang-kadang director sendiri merupakan CEO.
Saya ambil contoh syarikat Poh Huat.

2. Non- Executive Directors
Kalau ikut syarikat Poh Huat ni, committee termasuk:
3. Independent Directors
4. Non-Independent Directors
Kadang-kadang keputusan yang directors ambil (boleh jadi) hanya memberi benefit kepada beberapa orang sahaja.
Bukan kepada shareholders secara keseluruhan.
Supaya shareholders tahu.
Boleh jadi ia risiko kepada shareholders
Apa contoh yang boleh terjadi?
Bolehkah directors atau management membuat keputusan untuk kurangkan profit dalam syarikat?
Boleh! Mereka boleh buat.
Bagaimana?
Mereka memberi gaji yang besar kepada mereka sendiri.
Dan akhirnya tinggal sedikit sahaja sisa profit untuk shareholders.
Apa kaitan shareholders dan profit?
Shareholders akan dapat profit daripada dividen selepas tolak taxes, perbelanjaan syarikat dan perkara yang berkaitan .
Ini adalah kes apabila directors dan management mementingkan diri sendiri.
Tidak memberi manfaat kepada shareholders yang lain.
Alamat syarikat yang di daftarkan.
Peranan mereka sangat penting.
Apa kepentingan mereka?
Setiap tahun syarikat akan membuat akaun berkaitan syarikat.
Kemudian akan diserahkan kepada auditors untuk disemak.
Apakah yang akan di semak oleh auditors?
Banyak perkara, mereka akan persoalkan data-data dalam akaun.
Contohnya,
Kenapa dalam akaun menyatakan stock inventory banyak hakikatnya tiada, betulkah ?
Tugas auditors adalah untuk mengelakkan manipulasi dalam akaun sayrikat.
Jika berlaku manipulasi dalam akaun syarikat, maka ia merupakan satu penipuan yang menguntungkan sesetengah pihak.
Jadi auditors ini ibarat kawan kepada shareholders.
Akan tetapi,
dalam keadaan tertentu auditors jugak merupakan kawan kepada board of directors.
Kenapa?
Korang kena paham, auditors ini dibayar untuk audit sesebuah syarikat.
Kalau auditors terlalu mempersoalkan macam-macam, boleh jadi syarikat tersebut tak lantik sudah mereka sebagai auditors untuk syarikat tersebut.
Maka auditors pun akan kehilangan sumber pendapatan.
Oleh itu, report daripada auditors pun kita kena tengok dengan berhati-hati.
Sebab itu kita kena rajinkan diri untuk semak siapakah auditors bagi sesebuah syarikat itu.
Adakah auditors tersebut dah establish atau tidak.
Kebiasaannya bank yang terlibat semasa sesebuah syarikat mula-mula IPO.
Mereka lah yang back up syarikat.
Itulah perkongsian mengenai annual report buat kali ini. Semoga bermanfaat untuk korang semua.
Jangan lupa untuk baca annual report part 1.
InshaAllah saya akan kupas lebih lanjut berkenaan annual report dalam artikel yang akan datang.
Corporate exercise merujuk kepada tindakan korporat yang dilakukan oleh syarikat seperti right issue, bonus issue, stock split dan lain-lain yang boleh memberi kesan kepada harga saham dan pegangan pelabur.
Auditors report penting kerana ia memberikan pandangan bebas tentang kewangan syarikat. Namun, pelabur perlu berhati-hati kerana auditors dibayar oleh syarikat tersebut, jadi kita perlu semak kredibiliti firma audit yang terlibat.
Semua pelabur saham patut membaca annual report, terutamanya pelabur yang ingin memahami prestasi kewangan, strategi perniagaan dan risiko sesebuah syarikat sebelum membuat keputusan pelaburan.
Annual report dikeluarkan sekali setahun oleh setiap syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Ia biasanya diterbitkan dalam tempoh empat bulan selepas berakhirnya tahun kewangan syarikat.
Nak mulakan perjalanan pelaburan saham anda? Buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini dan muat turun ebook saham percuma untuk belajar dari asas!