Cara Baca Platform Mplus Global

Loading...

Artikel ini akan menerangkan cara baca platform Mplus Global yang boleh didapati melalui aplikasi Mplus Global. Setelah anda mendaftar, login akaun Mplus Global anda di aplikasi Mplus Global.

Ini ialah salah satu contoh kaunter di pasaran saham US yang dilihat menggunakan platform Mplus Global.
Melalui paparan ini terdapat beberapa maklumat yang boleh dibaca iaitu :

Harga saham semasa ialah 8.04 USD. Peningkatan sebanyak 0.17 USD berbanding hari semalam bersamaan 2.15%. Warna hijau menunjukkan peningkatan berbanding hari semalam. Sekiranya berwarna ‘merah’, ini menunjukkan penurunan harga, lebih rendah berbanding semalam.

Tiga simbol diatas kanan menunjukkan :
Anda juga boleh menekan simbol tersebut untuk membacanya dengan lebih detail.


Simbol love atau ‘hati’ ini ialah untuk memasukkan kaunter yang dipilih ini ke dalam ‘watchlist’.

Data ini biasa juga kita lihat sama seperti pasaran Bursa Malaysia. Untuk membacanya juga sangat mudah, seperti berikut :

Secara asas, paparan akan menunjukkan ‘Quotes’
Untuk bahagian ini, paparan menunjukkan carta untuk kaunter tersebut mengikut timeframe yang dipilih. Boleh pilih timeframe di bawah ‘bar chart volume’. Timeframe yang boleh dipilih ialah : 1D (sehari), 5D (5 hari), 1M (sebulan), 3M (3 bulan), 1Y (setahun), Max (sepanjang kaunter disenaraikan)


Terdapat simbol ‘Gear’ yang boleh ditekan untuk memilih ‘jenis carta’ yang ingin dilihat dan juga indikator yang digemari.

Dibawah ‘Quotes’ itu juga terdapat data :



Anda juga boleh melihat bahagian ‘Volumes Analysis’ yang menunjukkan analisa pembelian dan penjualan unit saham tersebut. Boleh dilihat ‘ketebalan’ atau transaksi yang banyak berlaku di satu tangga harga. Seperti dalam gambar diatas, volume banyak berada di harga 28685 USD.

Dibawah menu ‘Profile’ pula, anda boleh melihat data kaunter yang dipiliah. Ada 4 pilihan data yang boleh dilihat iaitu : Financial, Overview, Actions dan ETF.

Butang yang paling penting sekali juga berada pada paparan ini. Untuk membeli saham tersebut, anda boleh tekan butang buy, dan tekan butang sell untuk menjual.
Untuk mengetahui cara beli saham global dengan lebih lanjut, boleh tekan artikel ini.
Candlestick chart adalah carta yang menunjukkan pergerakan harga saham dalam bentuk lilin (candle). Setiap candle menunjukkan harga buka, tutup, tertinggi dan terendah dalam satu tempoh masa tertentu.
Volume dagangan boleh dilihat di bahagian bawah carta harga (chart). Volume menunjukkan berapa banyak unit saham yang didagangkan pada sesuatu harga tertentu. Volume yang tinggi menunjukkan minat dagangan yang aktif.
Bid adalah harga yang pembeli sanggup bayar untuk saham tersebut, manakala Ask adalah harga yang penjual mahu jual. Perbezaan antara Bid dan Ask dipanggil spread.
Ya, anda boleh melihat data kewangan syarikat di bahagian Profile dalam platform Mplus Global. Terdapat empat pilihan data iaitu Financial, Overview, Actions dan ETF.
Sudah faham cara baca platform? Tingkatkan lagi ilmu pelaburan anda:
Muat Turun Ebook Percuma:
Dapatkan panduan asas pelaburan saham secara PERCUMA. Muat turun ebook percuma sekarang.
Buka Akaun CDS:
Belum ada akaun CDS? Daftar akaun CDS untuk mula melabur dalam pasaran Malaysia.