Cara Beli Saham Global (Mplus)

Loading...

Dah ada akaun Mplus Global dan dah bersedia untuk membeli saham? Jom kita teruskan dengan cara nak beli saham Global menggunakan platform Mplus Global.

Log masuk aplikasi Mplus Global. Pastikan akaun anda sudah aktif terlebih dahulu sebelum membeli saham global.

Tekan ‘Market’ dan ikon ‘kanta pembesar’.

Tulis nama kaunter yang ingin dibeli dan tekan kaunter yang disenaraikan.


Terdapat 2 pilihan untuk order type. Limit dan Market.

Tetapkan bilangan unit yang anda ingin beli. Untuk pasaran global, minimum pembelian adalah 1 unit.
Perhatikan di bawah kuantiti yang ditulis terdapat ‘MAX 6’. Maximum unit yang ditetapkan ini berdasarkan berapa modal yang telah anda deposit dalam akaun Global ini.

Setelah memastikan harga dan bilangan saham yang ingin dibeli betul, tekan butang ‘buy’.
Sekiranya anda berminat ingin mengetahui kos jual beli saham di Mplus Global, anda boleh klik artikel Kos Jual Beli Saham Di Mplus Global
Minimum pembelian saham global melalui Mplus adalah 1 unit sahaja. Ini berbeza dengan pasaran Malaysia yang memerlukan minimum 100 unit (1 lot).
Tidak. Anda boleh deposit dalam Ringgit Malaysia (MYR) dan Mplus akan menukarkan secara automatik kepada USD semasa pembelian saham global.
Saham global mempunyai waktu dagangan yang berbeza mengikut pasaran. Untuk pasaran US, waktu dagangan adalah pada waktu malam Malaysia. Anda boleh rujuk artikel Waktu Dagangan Pasaran US untuk maklumat lanjut.
Kos termasuk komisen dagangan dan kadar pertukaran mata wang. Untuk maklumat terperinci, boleh rujuk artikel Kos Jual Beli Saham Di Mplus Global.
Anda sudah tahu cara membeli saham global. Tingkatkan lagi ilmu pelaburan anda dengan langkah-langkah berikut:
Muat Turun Ebook Percuma:
Dapatkan panduan asas pelaburan saham secara PERCUMA. Muat turun ebook percuma sekarang.
Buka Akaun CDS:
Belum ada akaun CDS? Daftar akaun CDS untuk mula melabur dalam pasaran Malaysia.