Cara Mendapatkan Penyata Bank-Cimb Bank

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Haiii…
Korang apa khabar hari ini?
Harap korang sihat dan sentiasa sihat bersama yang tersayang.
Jom kita belajar cara untuk dapatkan penyata bank korang.
Pastikan korang menggunakan CIMB bank kalau tak nanti tak tally dengan arahan.
Bagi mereka yang buka akaun bank melalui Maybank boleh baca artikel Cara Mendapatkan Penyata Bank Maybank.
Baik jom kita mula.
Sebelum itu, korang nak tahu tak apa itu penyata bank?
Secara ringkasnya,ia merupakan satu dokumen kewangan.
Dokumen ringkasan aktiviti kewangan si pemegang akaun secara bulanan.
Siapa yang menyediakan penyata ini?
Biasanya disediakan oleh pihak bank.
Jika korang buka akaun CIMB bank maka pihak CIMB bank yang bertanggungjawab untuk sediakan penyata akaun korang.
Apa fungsinya?
Sudah pasti ia disediakan untuk memberi tahu pemegang akaun ringkasan aktiviti kewangan mereka setiap bulan.
Pemegang akaun (kita) dapat mengesan semula (retrace) keluar masuk duit dalam akaun bank.
Memudahkan kita untuk mengurus kewangan.
Di mana nak dapatkan penyata akaun ni?
Jom ikuti di bawah langkah ini.
Pertama : Korang taip https://www.cimbclicks.com.my/ di mana-mana web browser yang korang gemar.

Kedua: Korang masukkan username dan password

Ketiga : Korang klik services dan pergi bahagian eStatements kemudian klik view estatements.
Boleh rujuk gambar di bawah.

Lepas tu, paparan macam ni akan keluar di skrin korang.

Keempat: Boleh search bulan berapa korang nak tengok penyata bank.
Contoh nak tengok bulan Febuari 2021, korang klik lah bulan tersebut dan klik ikon search.
Selepas itu korang boleh download file seperti paparan di bawah ini.

Dah siap!
Ini adalah gambar file yang korang telah download sebentar tadi.

Anda boleh download penyata bank CIMB melalui CIMB Clicks. Log masuk ke akaun anda, pergi ke bahagian Accounts, pilih akaun yang dikehendaki, dan klik View e-Statement untuk muat turun penyata bank anda.
Ya, penyata bank CIMB boleh digunakan sebagai dokumen sokongan ketika memohon IPO. Ia menunjukkan bukti baki akaun dan transaksi kewangan anda.
Melalui CIMB Clicks, anda boleh mengakses dan memuat turun penyata bank untuk beberapa bulan kebelakangan. Gunakan fungsi carian untuk memilih bulan tertentu yang anda perlukan.
Penyata bank CIMB biasanya dimuat turun dalam format PDF. Fail ini boleh disimpan, dicetak, atau dihantar sebagai dokumen rasmi untuk pelbagai kegunaan.
Jika anda serius ingin mula melabur dalam saham, langkah pertama ialah buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini. Anda juga boleh muat turun ebook saham percuma untuk memahami asas pelaburan saham dari awal.