Cara guna Fibonacci Retracement dalam analisis saham

Loading...

Fibonacci atau di kenali sebagai Leonardo Bonacci merupakan warga Itali yang dilahirkan pada tahun 1170.
Dia merupakan salah seorang yang paling berbakat dalam bidang matematik pada waktu itu.
Bahasa mudahnya Fibonacci adalah Italian mathematician.
Secara ringkasnya nombor Fibonacci adalah hasil tambah 2 nombor sebelumnya bermula dengan nombor 0 dan 1.
Permulaan nombor adalah:
0,1,1,2,3,5,8,13,21,34… dan seterusnya.
Korang faham tak?
Formulanya adalah seperti ini:

Bermula dengan nombor 0 dan 1.
Bagaimana nak tahu angka seterusnya?

Berdasarkan gambar rajah di atas, nilai n bersamaan 1 + 0 = 1

Selepas itu, untuk mengetahui angka seterusnya kita akan ulang step yang sama seperti di atas, maka n bersamaan 1+1 = 2.
Begitulah step seterusnya untuk mendapatkan nombor Fibonacci.
Nombor-nombor ini akan membentuk satu urutan yang dikenali sebagai Fibonacci sequences (Urutan Fibonacci).
Fibonacci sequences ni nampak macam simple kan? tapi sebenarnya Fibonacci sequences ni sangat powerful.
Kenapa saya katakan seperti itu? Korang rujuk gambar rajah di bawah ini.

Jubin dengan kotak yang panjang sisinya berturut-turut nombor Fibonacci: 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13 dan 21.
Hebat bukan?
Teori ini mustahil didapati tanpa ilmu yang mendalam dalam subjek matematik.
No wonder lah Fibonacci digelar sebagai great Italian mathematician.
Bukan itu sahaja, Fibonacci sequences juga boleh didapati dalam alam semula jadi.

Bunga Chamomile kuning di atas menunjukkan susunan dalam 21 (warna biru) dan 13 (warna aqua) lingkaran.
Urutan sedemikian melibatkan nombor urutan Fibonacci yang muncul dalam pelbagai jenis tanaman.
Kepler (German astronomer and mathematician) menunjukkan adanya urutan Fibonacci di alam semula jadi.
Urutan Fibonacci digunakan untuk menjelaskan (golden ratio) bentuk pentagonal beberapa bunga.
Apa itu golden ratio?
Dalam matematik golden ratio adalah sebuah bentuk dengan nisbah 1:1.618 .
Golden ratio adalah unsur yang sangat spesial dalam matematik.
Ia adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan bagaimana unsur-unsur dalam karya seni dapat diletakkan dengan cara yang paling estetik (cabang falsafah yaang mengkaji konsep yang berkaitan dengan keindahan dan cita rasa).
Secara ringkasnya golden ratio adalah ratio yang dikatakan sebagai satu gambaran yang sempurna.
Nilai golden ratio adalah 1 : 1.618
Ada juga yang mengatakan nilai 0.618 pun sebagai golden ratio.


Dalam kewangan Fibonacci retracement adalah kaedah teknikal analisis untuk menentukan support dan resistance.
Ia dinamakan sempena penggunaan Fibonacci sequences.
Retracement ni apa pulak?
Apabila harga saham sudah naik dan kemudian harga saham nak jatuh, masa dia nak jatuh itu kita panggil sebagai retracement ataupun pullback.
Apabila kita masuk sesuatu kaunter atau nak beli sesuatu kaunter, sudah pasti kita nak beli pada harga yang murah kemudian jual pada harga yang tinggi.
Jadinya, macam mana kita nak analisa sama ada saham yang kita beli itu adalah pada harga yang sudah rendah atau belum.
Sudah pasti kita menggunakan teknikal analisis.
Dalam menggunakan teknikal analisis, kadang-kadang kita juga membuat beberapa ramalan berdasarkan behavior yang pernah berlaku sebelum ini.
Contohnya kewujudan support dan resistance sebelum ini.
Kita menjadikan resistance sabagai satu petanda bahawa potensi harga saham boleh naik sehingga paras tersebut.
Hal ini disebabkan perkara tersebut pernah berlaku sebelum ini.
Fibonacci retracement adalah salah satu cara untuk kita meramal ke mana harga nak pergi.
Ia membantu kita dari segi meramal kat mana saham boleh jatuh dan kat mana saham kemungkinan rebound.
Tetapi kena diingatkan bahawa ramalan tidak semestinya betul dan tepat.
Kita tak boleh claim bahawa teknik Fibonacci Retracement 100% betul.
Sebab itulah kita perlu sentiasa mengkaji dan menuntut ilmu.
Pertama: Layari tradingview.com kemudian klik pada chart.
Kedua : Ikut step seperti dalam gambar rajah di bawah.

Lepas tu korang pilih kaunter yang korang nak analisis.

Korang pilih dua point, satu harga yang paling tinggi dan satu lagi harga yang paling rendah.
Kemudian tarik dari harga paling rendah ke harga paling tinggi. Lepas tu korang akan tengok seperti gambar rajah di atas apabila menggunakan Fibonacci Retracement.
Pastikan nombor 1 kat bawah dan nombor 0 kat atas.
Di antara nombor 0 dan 1 adalah point-point Fibonacci. Di mana jika saham tersebut jatuh ke paras 0.5 dan 0.618 maka itu adalah tendency untuk rebound semula.
Kenapa?
Kerana point 0.5 dan 0.618 adalah point golden ratio.
Fibonacci Retracement ialah alat analisis teknikal yang menggunakan nisbah Fibonacci (seperti 0.236, 0.382, 0.5, 0.618) untuk mengenal pasti paras sokongan dan rintangan sesuatu saham. Ia membantu pelabur menentukan di mana harga mungkin berhenti jatuh dan mula rebound semula.
Di TradingView, pilih alat Fib Retracement dari menu, kemudian pilih dua titik iaitu harga terendah dan harga tertinggi pada carta. Tarik dari harga terendah ke harga tertinggi, dan garisan Fibonacci akan terpapar secara automatik pada carta saham tersebut.
Golden ratio dalam Fibonacci merujuk kepada paras 0.5 dan 0.618. Paras ini dianggap penting kerana ia sering menjadi titik di mana harga saham cenderung untuk rebound atau melantun semula selepas mengalami penurunan, menjadikannya paras sokongan yang kuat.
Ya, Fibonacci Retracement merupakan salah satu alat teknikal yang mudah dipelajari dan sesuai untuk pelabur baru. Namun, ia perlu digabungkan dengan indikator teknikal lain seperti volume dan moving average untuk mendapat analisis yang lebih tepat dan menyeluruh.
Bersedia untuk mula melabur? Buka akaun CDS anda di sini sebagai langkah pertama.
Dapatkan ebook asas saham percuma di sini dan mula belajar sekarang.
Bacaan lanjut: