Cara Guna Indicator Donchian Channel di Tradingview

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Ramai trader tertanya-tanya cara guna indicator Donchian Channel di TradingView untuk analisis pasaran. Indicator ini sebenarnya mudah difahami dan boleh jadi senjata penting untuk entry dan exit.
Hari ini kita akan belajar Cara Guna Indicator Donchian Channel di Tradingview.
Dah bersedia untuk tambah ilmu baru hari ini?
Tenangkan fikiran.
Jom mula.
Bismillah.
Secara mudahnya, Donchian Channel mempunyai 3 garisan.
Upper Channel menunjukkan atau menandakan harga tertinggi mengikut hari (time period, N) yang korang pilih (default setting, N= 20 hari).
Lower Channel pula menunjukkan atau menandakan harga terendah mengikut hari (time period, N) yang korang pilih (default setting, N= 20 hari).
Kawasan di antara upper channel dan lower channel mewakili Donchian Channel.
Kegunaan Donchian Channel
Macam biasa, log in dalam tradingview.
Setelah log in, klik bahagian carta (chart).
Lepas tu akan keluar paparan di bawah.

Seperti gambar di atas korang boleh ikut step yang di nyatakan.
Lepas tu tradingview korang jadi macam ni.

Macam mana nak baca?
Baik, kita terus pergi kepada case study.
Korang buka tap baru di komputer korang dan pergi cari screener di app.mahersaham.com/screener.
Korang cari screener 20 days high.


Seperti yang saya nyatakan di atas, salah satu kegunaan Donchian Channel adalah untuk mengetahui support dan resistance.
Maka, garis yang di atas kita boleh jadikan sebagai resistance dan garis di bawah kita boleh jadikan sebagai support.
Kalau kita kita lihat kaunter di atas, harga saham semakin meninggkat.
Kita boleh katakan kaunter tengah bullish.
Bila kita nak masuk?
Macam biasa, terpulang kepada kajian anda.
Cuma kami nak kongsikan satu strategi yang kita boleh gunakan.
Stategi apa tu?
Apabila sesuatu harga kaunter sudah terlalu tinggi, ada kemungkinan ia akan naik lagi.
Ada trader sanggup ambil risiko untuk beli saham kaunter tersebut dalam keadaan harga saham yang tinggi.
Namun begitu, ada juga yang tidak sanggup ambil risiko tersebut.
Jadi apa yang kita boleh buat?
Strategi yang kita gunakan adalah buy on dip atau jugak di kenali sebagai buy on pullback.
Kita menanti harga saham tersebut sentuh garisan tengah (garisan berwarna oren) untuk naik semula.
Setelah ia retracement barulah kita akan beli.
Kenapa?
Selepas retracement ia akan breakout semula.
Itu adalah salah satu strategi.
Mudah nak kata macam ni.
Point untuk kita decide bila nak masuk atau beli saham tersebut adalah apabila harga saham menghampiri line tengah (garis oren).
Senang bukan.
Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.
Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.
Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.
Donchian Channel ialah indicator teknikal yang memaparkan tiga garisan pada carta iaitu upper band (harga tertinggi), lower band (harga terendah) dan middle band (purata) dalam tempoh tertentu. Ia digunakan untuk mengenal pasti breakout dan trend.
Klik butang Indicators di TradingView, cari Donchian Channel dan tambahkan pada carta. Secara default ia menggunakan tempoh 20 hari tetapi anda boleh ubah mengikut strategi dagangan anda.
Apabila harga memecahkan upper band ia memberikan signal bullish untuk beli. Apabila harga memecahkan lower band ia memberikan signal bearish untuk jual. Middle band pula boleh digunakan sebagai paras support atau resistance.
Donchian Channel menggunakan harga tertinggi dan terendah dalam tempoh tertentu manakala Bollinger Bands menggunakan standard deviation dari moving average. Donchian lebih sesuai untuk strategi breakout manakala Bollinger untuk mengukur volatiliti.
Nak mula melabur saham? Buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini. Muat turun ebook percuma asas saham untuk panduan lengkap!