Cara Guna Indikator MACD – Teknikal Analisis

By Shafiqah Sulaiman
Cara Guna Indikator MACD – Teknikal Analisis
A

Nota kemas kini (30 Julai 2026): Artikel ini mengajar MACD crossover sebagai isyarat beli. Kami telah menguji pendekatan itu ke atas 80,959 kejadian di Bursa Malaysia dari 2002 hingga 2026. Keputusannya: kadar menang 41% hingga 43%, iaitu di bawah kadar menang pasaran itu sendiri (42% hingga 44%), dan pulangannya tidak mengalahkan baseline dalam kedua-dua tempoh yang diuji. Maksudnya MACD crossover sendirian bukan isyarat beli yang memberi kelebihan di Bursa.

MACD masih berguna, tetapi untuk mengetatkan stop loss dan mengesan divergence, bukan untuk membuka posisi. Baca keputusan penuh ujian kami dan apa yang kami dapati berkesan sebagai gantinya.

Apa Itu MACD

MACD merupakan indikator bagi menentukan momentum harga dan short-term trend. Maksudnya ia adalah untuk short term. Short term ni biasanya dalam maa 1-14 hari. Perkataan MACD ni adalah stand for

M – Moving
A – Average
C – Convergence
D – Divergence

Elemen MACD

Elemen dalam MACD terdiri daripada:

1. Line MACD (biru)
2. Line Signal (merah)
3. MACD Histogram

Kegunaan MACD

1. Penunjuk Arah Trend

Indikator MACD digunakan untuk mengukur kekuatan trend semasa.

Maksudnya ada buy dan sell signal. Jika trend harga menaik (uptrend), area MACD berada di zon positif atau atas level 0.

Manakala ketika trend sedang menurun (downtrend), area MACD berada di zon negatif atau bawah level 0. Maksudnya pada masa ini adalah permulaan untuk buat trend baru.

Itu dinamakan sebagai buy signal atau nak buat trend baru.

Dan bila ia berada di atas negatif maksudnya ia berada di puncak dan buat perubahan trend iaitu downtrend.

2. Penunjuk Entry

Penunjuk Entry digunakan untuk menentukan posisi open sewaktu buy dan sell kaunter. Maksudnya kita boleh buy atau dah boleh sedia untuk sell kaunter tu berdasarkan signal yang keluar.

Penunjuk arah trend ada 2, iaitu Buy dan Sell Signal.

Buy Signal apabila Line MACD (biru) buat crossing di atas Line Signal (merah) ketika berada dibawah harga kosong. Ini dinamakan sebagai ‘golden crossover’.

Sell Signal apabila Line MACD (biru) buat crossing memintas Line Signal (merah) kebawah ketika berada di atas harga kosong.

Contoh seperti dibawah:

3. Pengukur Momentum

MACD juga digunakan untuk mengukur momentum semasa. Maksudnya momentum tu masih kuat atau dah kurang dan tak boleh hold lama.

Momentum dapat diketahui dari pembentukan batang-batang yang ada dalam histogram.

Jika ia semakin menebal bermaksud momentum menguat, jika semakin menipis/kecil momentum sudah lemah.

4. Oscillator

Untuk mengetahui keadaan Overbought atau Oversold.

Maksudnya overbought dah boleh standby untuk jual, oversold standby untuk beli.

Apabila puncak area MACD di area positif itu adalah sebagai overbought dimana kita dah boleh jual untuk TP.

Apabila puncak area MACD di area negatif itu adalah oversold iaitu tempat kita standby untuk beli, EP

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, apa-apa pun indikator yang anda gunakan wajib ada Trading Plan sebelum beli mana-mana saham.

MACD ini antara salah satu indikator yang boleh digunakan untuk kajian saham anda.

Tonton video yang telah kami sediakan ini. Semoga Bermanfaat!

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu MACD?

MACD (Moving Average Convergence Divergence) adalah indikator teknikal yang digunakan untuk menentukan momentum harga dan trend jangka pendek sesuatu saham.

Bagaimana cara baca signal MACD?

Signal beli berlaku apabila garisan MACD melintasi garisan signal dari bawah ke atas, manakala signal jual berlaku apabila garisan MACD melintasi dari atas ke bawah.

Apa maksud overbought dan oversold dalam MACD?

Overbought bermaksud saham sudah naik terlalu tinggi dan berpotensi untuk turun, manakala oversold bermaksud saham sudah jatuh terlalu rendah dan berpotensi untuk naik.

Adakah MACD sahaja cukup untuk membuat keputusan trading?

Tidak. MACD perlu digabungkan dengan indikator lain dan trading plan yang lengkap sebelum membuat keputusan jual beli.


Menguasai indikator MACD membantu anda membuat keputusan trading yang lebih tepat — langkah pertama adalah memiliki akaun CDS untuk mula berdagang.

Jom buka akaun CDS bersama Mahersaham untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.

Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.

Bacaan lanjut: