Cara Guna Exponential Moving Average di TradingView

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca setia blog Mahersaham.
Korang apa khabar? Semoga sihat-sihat sahaja di samping keluarga tercinta.
Korang dah baca artikel mengenai Cara Daftar Akaun Trading View Dan Buat Template?
Lepas baca tu terus buat akaun tradingview tau.
Barulah boleh praktikkan analisa teknikal yang Mahersaham ajar secara live di FB dan juga Youtube Mahersaham.
Bagi yang dah ada akaun tradingview,
boleh la buka akaun korang , jom kita belajar cara guna Moving Average Exponential dalam tradingview.

Moving Average Exponential (EMA) adalah jenis moving average (MA) yang meletakkan berat dan kepentingan pada data terbaru.
Data hari ini (today) dan semalam (yesterday) yang paling penting,
berbanding dengan harga sebelum-sebelum ini.
Formula pengiraan EMA
= Price(t) x k + EMA(y) x (1 – k)
where: t = today y = yesterday N = number of days in EMA k = 2 = (N+1)
Formula ni perlu hafal ka?
Tidak perlu.
Itu adalah sebagai pengetahuan bagaimana pengiraan Moving Average Exponential.
Lepas korang dah log in di tradingview, klik bahagian carta (chart).
Lepas tu akan keluar paparan di bawah.

Seperti gambar di atas korang boleh ikut step yang di nyatakan.
Lepas tu tradingview korang jadi macam ni.

Garisan berwarna ungu itu adalah indicator moving average exponential (EMA).
Terpulang kepada korang nak gunakan EMA berapa.
Kalau korang first time guna EMA,
default setting adalah EMA9
Indicator EMA lebih kurang seperti MA.
Kegunaan EMA pun sama iaitu kita nak tengok trend sesuatu saham.
Korang pernah tertanya tak apa beza MA dan EMA?
Jom kita bandingkan dalam chart.

Line ungu adalah EMA.
Line kuning adalah MA.
Apa yang korang boleh analisis?

Baik jom kita analisis satu per satu.
Cuba korang lihat dalam kotak hitam di atas.
Apabila harga saham tengah naik, EMA react dahulu dengan situasi tersebut berbanding dengan MA.
Begitu juga dengan apabila harga saham menurun.
Korang lihat pula kotak berwarna biru.
Indicator EMA react dahulu dengan situasi tersebut berbanding dengan MA.
Apa maksud react di sini?
React di sini bermaksud bertindak memberi petunjuk turun naik harga sesuatu saham.
EMA lebih responsive dan lebih cepat bertindak.
Namun EMA juga ada kelemahan.
Disebabkan EMA terlalu responsive, kadang-kadang boleh bagi false alarm.
Highlight untuk MA dan EMA adalah kita hendak melihat market direction.
Andai harga berada di atas EMA
itu menunjukkan tengah uptrend.
tetapi sekiranya harga terlalu jauh daripada indicator (MA atau EMA)
itu adalah sesuatu yang kita perlu berhati-hati.
Sekiranya harga berada di bawah EMA itu menunjukkan harga tengah downtrend.
Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.
Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.
Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.
EMA umumnya lebih sensitif terhadap pergerakan harga. Ia dapat membantu korang mengenal pasti trend lebih awal daripada MA.
Namun EMA mungkin akan mengalami lebih banyak perubahan jangka pendek daripada MA.
EMA (Exponential Moving Average) memberikan lebih banyak wajaran kepada harga terkini berbanding MA (Simple Moving Average) yang memberikan wajaran sama rata kepada semua harga dalam tempoh tertentu. Ini menjadikan EMA lebih sensitif terhadap perubahan harga terkini.
Setting EMA yang popular ialah EMA 9, EMA 20 dan EMA 50. EMA 9 sesuai untuk short-term trading, EMA 20 untuk swing trading, manakala EMA 50 dan EMA 200 untuk mengenal pasti trend jangka panjang.
Apabila harga berada di atas garisan EMA, ia menunjukkan trend menaik (bullish). Sebaliknya, apabila harga di bawah EMA, ia menunjukkan trend menurun (bearish). Crossover antara dua EMA juga boleh memberi signal beli atau jual.
Ya, EMA sering digabungkan dengan indicator lain seperti MACD, RSI dan Volume untuk mendapatkan signal yang lebih kukuh. Gabungan beberapa indicator membantu mengurangkan signal palsu.
Nak mulakan perjalanan pelaburan saham anda? Buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini dan muat turun ebook saham percuma untuk belajar dari asas!