Cara Guna Moving Average Di Tradingview

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, semoga ceria-ceria selalu dan sihat bersama yang tersayang.
Hari ini kita akan belajar Cara Guna Moving Average Di Tradingview.

Korang dah ada akaun tradingview?
Jika belum boleh baca artikel ni Cara Daftar Akaun Trading View Dan Buat Template.
Jangan risau, ianya percuma.
Moving average atau MA adalah purata pergerakan hari yang lepas dan MA ini terdapat pelbagai jenis.
Bagaimana pula cara pengiraan moving average (MA) ni?
Mudah sahaja.
Bayangkan korang nak guna MA9.
Bermakna korang kena jumlahkan harga close saham 9 hari lepas (9 candlestick) kemudian bahagi dengan 9.
Simple bukan?
Kalau korang nak guna MA200 bagaimana pula pengiraannya?
Masih sama.
Jumlahkan harga close saham 200 hari lepas (200 candlestick) kemudian bahagi dengan 200.
Jangan risau, korang tak perlu pun mencari dan mengira setiap candlestick yang ada.
Pengiraan tersebut adalah info,
agar korang faham bagaimana konsep indicator Moving average ini.
Dalam tradingview nanti korang hanya perlu pilih indicator MA dan terus gunakan.
Lepas korang dah log in di tradingview, klik bahagian carta (chart).
Lepas tu akan keluar paparan di bawah.

Seperti gambar di atas korang boleh ikut step yang di nyatakan.
Lepas tu tradingview korang jadi macam ni.

Garisan biru itulah indicator moving average.
Terpulang kepada korang nak gunakan MA berapa.
Kalau korang first time guna MA,
default setting adalah MA9.
Apa kegunaan indicator moving average ni?
Ada dua kegunaan indicator ini:
Apabila line tersebut berada di bawah candlestick, kebiasaannya trader akan katakan ia sebagai support untuk candlestick tersebut.
Sebaliknya jika line tersebut berada di atas candlestick, kebiasaannya trader akan katakan ia sebagai resistance untuk candlestick tersebut.
Kebiasaan juga, trader akan menggunakan lebih daripada satu MA.
Contohnya MA10 dan MA 200.
Terpulang kepada anda.
Apa yang penting adalah anda faham analisa anda.
Alang-alang sebut MA200 ni, korang boleh baca artikel Teknik MA 200 Untuk Trading.
Korang boleh rujuk gambar di bawah ini untuk ringkasan bagi artikel kali ini.

Jom tengok video macam mana cara guna Moving Average ini.
Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.
Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.
Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.
Moving Average (MA) adalah indicator teknikal yang mengira purata harga saham dalam tempoh masa tertentu. Ia membantu pelabur mengenal pasti arah trend harga saham sama ada menaik, menurun atau mendatar.
SMA (Simple Moving Average) mengira purata harga secara sama rata manakala EMA (Exponential Moving Average) memberi lebih wajaran kepada harga terkini. EMA lebih sensitif dan bertindak balas lebih cepat terhadap perubahan harga.
Setting MA bergantung kepada gaya trading anda. MA 20 sesuai untuk short-term, MA 50 untuk medium-term dan MA 200 untuk long-term. Ramai trader menggunakan gabungan dua atau lebih MA untuk mendapatkan signal yang lebih tepat.
Apabila harga berada di atas garisan MA, ia menunjukkan trend bullish. Apabila MA jangka pendek bersilang ke atas MA jangka panjang (golden cross), ia memberi signal beli. Sebaliknya, death cross memberi signal jual.
Nak mulakan perjalanan pelaburan saham anda? Buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini dan muat turun ebook saham percuma untuk belajar dari asas!