Cara Guna Oscillator ADX DMI di TradingView

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Semoga ceria-ceria selalu dan sihat bersama yang tersayang.
Hari ini kita akan belajar Cara Guna Oscillator ADX DMI di TradingView.
Dah bersedia untuk tambah ilmu baru hari ini?
Tenangkan fikiran.
Jom mula.
Bismillah
Dalam bahasa Malaysia, oscillator bermaksud pengayun atau satu pergerakan turun naik.
Secara ringkasnya, oscillator ini merupakan satu pergerakan seperti wave yang ada turun dan naik untuk certain range.

ADX adalah singkatan untuk average directional index.
Manakala DMI pula singkatan untuk directional movement index.
Apa kegunaannya?
ADX DMI digunakan sebagai secondary indicator untuk kukuhkan kajian kita.
Apa kelebihannya?
Kita boleh tahu sama ada market tengah trending atau tengah ranging.
Trending ni bermaksud sama ada market tengah uptrend (harga saham tengah menaik) atau downtrend (harga saham tengah menurun).
Ranging pula bermaksud market tengah sideway (harga saham tidak naik dan tidak turun tetapi lebih kepada mendatar).
Faham setakat ni?
Baik, jom teruskan.
Korang sign in dalam akaun tradingview.
Kalau belum ada akaun tradingview korang boleh rujuk artikel Cara Daftar Akaun Trading View Dan Buat Template.
Lepas korang dah log in di tradingview, klik bahagian carta (chart).
Kemudian akan keluar paparan di bawah.

Seperti gambar di atas korang boleh ikut step yang di nyatakan.
Lepas tu tradingview korang jadi macam ni.

Korang akan lihat ada 3 lines yang terlibat.
Macam mana nak tahu siganl bullish atau bearish?
Mudah sahaja.
Syarat akan jadi bullish apabila garisan +DI (biru) di atas garisan -DI (kuning) dan kedua ADX berada atas paras 20.
Paras 20 yang mana satu?
Korang rujuk gambar di bawah ni.

Bearish pula akan terjadi apabila garisan -DI (kuning) di atas garisan +DI (biru) dan kedua ADX berada atas paras 20.
Kena ingat, sama ada bullish atau bearish kedua-syarat syarat perlu dipatuhi.
ADX (Average Directional Index) dan DMI (Directional Movement Index) adalah oscillator yang mengukur kekuatan trend. ADX menunjukkan seberapa kuat trend manakala DMI menunjukkan arah trend sama ada bullish atau bearish.
Apabila ADX melebihi paras 25, ia menunjukkan trend yang kuat. DI+ di atas DI- menunjukkan trend menaik (bullish), manakala DI- di atas DI+ menunjukkan trend menurun (bearish).
ADX DMI boleh memberi gambaran tentang kekuatan trend, namun lebih baik digunakan bersama indicator lain seperti Moving Average atau MACD untuk mendapatkan confirmation yang lebih kukuh.
Buka TradingView, klik butang Indicators, cari "ADX" atau "Directional Movement Index" dalam kotak carian, dan klik untuk menambahnya pada carta anda.
Jika anda serius ingin mula melabur dalam saham, langkah pertama ialah buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini. Anda juga boleh muat turun ebook saham percuma untuk memahami asas pelaburan saham dari awal.