CARA NAK SEMAK CCRIS ONLINE

Loading...

CCRIS atau nama panjangnya Central Credit Reference Information System merupakan rekod maklumat kredit bagi mengetahui tahap kewangan seseorang.
Sebagai contoh, jika bayaran komitmen bulanan seperti ansuran kereta, kad kredit, ptptn tiada tunggakan dan dibayar dengan lancar tepat pada masanya maka laporan CCRIS akan menunjukkan skor kredit yang baik. Begitu juga sebaliknya.
Laporan ini dikawal selia dan dijana oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Biasanya jika seseorang itu hendak memohon pinjaman daripada pihak bank, bank akan rujuk laporan CCRIS ini untuk menilai tahap dan prestasi kewangan peminjam.
Maka untuk mendapatkan laporan CCRIS, perlu ke kiosk Bank Negara. Kemudian laporan CCRIS akan dijana.
Tetapi hari ini sudah ada cara yang lebih mudah dan cepat kurang dari 10 minit untuk jana laporan CCRIS secara Online sahaja.
Sebelum mengetahui cara nak semak CCRIS Online, ingin dimaklumkan bahawa permohonan CCRIS Online ini akan dikenakan caj RM19.50.
Bagi yang buka di kiosk Bank Negara tiada sebarang bayaran dikenakan.
Cara Online ini sesuai bagi yang tidak mempunyai masa dan sibuk kerana boleh menjimatkan masa anda tanpa perlu lagi ke kiosk Bank Negara.
Ikuti langkah-langkah seperti berikut untuk dapatkan laporan CCRIS secara Online:
Layari laman web MY CREDIT INFO
Pilih Personal Credit Report Plus dan klik ‘Sign Up’

Klik ‘GET STARTED’

Isikan details personal anda seperti yang diminta. Pastikan klik pada kotak setuju ‘Terms & Coditions’ dan kotak ‘I’m not a robot’ untuk langkah seterusnya.
Kemudian klik ‘Request/Resend OTP’ untuk masukkan OTP Code. OTP akan dihantar melalui sms di nombor telefon yang telah didaftarkan. Selepas itu, klik ‘SIGN UP’

Isikan details alamat anda dan klik ‘NEXT’

Di bahagian pembelian, pilih ‘Personal Credit Report Plus’ dan klik ‘Buy Now’. RM19.50 akan dicaj dari akaun bank anda.

Pilih cara pembayaran yang anda mahu samada Credit Card, Debit Card atau Online Banking. Kemudian klik ‘Checkout’ untuk teruskan proses pembayaran.

Klik ‘Proceed With Payment’

Jika pilih pembayaran secara Online Banking, klik Online Banking.
Jika menggunakan Kad Debit atau Kad Credit, masukkan details dan nombor kad pada ruangan yang disediakan dan klik ‘Proceed’

Selepas berjaya buat bayaran, kembali ke page MYCRERDITINFO. Klik ‘Ok, Let’s Go’ untuk sahkan identity anda.

Anda akan terima sms seperti dibawah. Klik link yang diberikan untuk buka link url tersebut

Kemudian anda akan dibawa ke page seperti dibawah dan klik ‘Start’

Pilih untuk snap gambar kad pengenalan anda atau upload file kad pengenalan anda

Klik Start dan snap kad pengenalan depan dan belakang. Klik ‘Confirm’

Klik ‘Continue’ untuk Face Verification dan Start.

Selepas siap, tunggu sehingga selesai proses menyemak kualiti imej

Selesai! Semak semula pada web MYCREDITINFO di browser anda

Jika anda sudah keluar dari account anda. Login semula. Masukkan Username kad pengenalan dan Password.

Klik pada ruangan ‘Summary Credit Profile’ untuk lihat rekod CCRIS anda. Untuk paparan penuh rekod CCRIS anda klik pada ‘FULL REPORT’. Anda juga boleh download pada paparan tersebut

Dengan cara sebegini akan menjimatkan masa dan tenaga anda daripada perlu ke Bank Negara lagi. Selain itu, ianya juga memudahkan bagi yang tinggal jauh dan terpaksa menghadapi sesak lebih-lebih lagi di kawasan Bandar.
Mungkin boleh pertimbangkan kos RM19.50 sebagai pengganti duit minyak atau kos perjalanan untuk sampai ke BNM.
Jadi anda tidak perlu lagi berfikir panjang untuk keluar rumah kerana dengan perkhidmatan Online ini terbukti memudahkan anda untuk semak secara Online sahaja di hujung jari.
CCRIS (Central Credit Reference Information System) ialah sistem rekod maklumat kredit yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia untuk mengetahui tahap kewangan dan sejarah kredit seseorang.
Anda boleh menyemak CCRIS secara online melalui portal eCCRIS Bank Negara Malaysia dengan bayaran RM19.50, tanpa perlu ke kaunter Bank Negara secara fizikal.
Semakan CCRIS penting sebelum memohon pinjaman kerana bank akan merujuk rekod ini untuk menilai kelayakan kredit anda — rekod CCRIS yang bersih meningkatkan peluang kelulusan pinjaman.
Ya, rekod CCRIS yang buruk boleh menyebabkan penolakan permohonan pinjaman perumahan, ASB Financing, dan lain-lain pinjaman — pastikan semua bayaran bulanan dibuat tepat pada masanya.
Selain menguruskan rekod kredit, anda juga boleh mula membina kekayaan melalui pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook percuma Mahersaham untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: