CARA SEMAK NOMBOR CDS ANDA

Loading...

Apabila seseorang mohon Akaun CDS untuk mula melabur dan siap sahaja Akaun CDS diproses, perkara WAJIB perlu tahu tentang CDS anda adalah:
Sila Ambil Perhatian 5 Perkara penting ini dalam CDS anda kerana anda akan gunakan maklumat-maklumat ini untuk Login ke Platform, mohon IPO, hubungi Remisier untuk sebarang pertanyaan, hantar order buy/sell dan tujuan pengesahan lain-lain lagi.
Kebiasaannya, maklumat nombor CDS digunakan semasa anda nak mohon IPO di Online Banking.
Ia akan menjadi masalah apabila anda tidak tahu mana nak dapat maklumat nombor CDS ini.
Jadi dalam artikel ini akan tunjukkan cara untuk anda semak nombor CDS terutamanya bagi pengguna Platform Mplus.



Pastikan cukup 15 digit semasa mohon IPO untuk elak permohonan IPO anda di reject disebabkan digit nombor CDS tidak cukup.


Inilah 2 cara mudah untuk semak nombor akaun CDS anda iaitu melalui Platform Mplus dan Contract Note. Nombor CDS ini penting untuk urusan permohonan IPO dan pengesahan akaun pelaburan anda.
Anda boleh semak nombor CDS melalui dua cara utama iaitu melalui Platform Mplus yang memaparkan kesemua 15 digit, atau melalui Contract Note yang memaparkan 9 digit terakhir selepas transaksi beli/jual saham dibuat.
Nombor CDS terdiri daripada 15 digit. Di Platform Mplus anda boleh lihat kesemua 15 digit, manakala di Contract Note hanya 9 digit terakhir yang dipaparkan.
Nombor CDS diperlukan untuk urusan seperti permohonan IPO melalui online banking Maybank, CIMB, Public Bank dan bank-bank lain. Ia juga diperlukan untuk pengesahan identiti akaun pelaburan anda.
Ya, anda boleh semak nombor CDS terus di Platform Mplus selepas akaun CDS anda siap diproses tanpa perlu membuat sebarang transaksi terlebih dahulu.
Belum ada akaun CDS? Buka akaun CDS anda sekarang bersama Mahersaham untuk mula melabur dalam pasaran saham. Muat turun juga Ebook Asas Saham percuma untuk panduan lengkap belajar saham dari asas.