Cara Cari Nombor Akaun CDS

Ramai pelabur baru tertanya macam mana nak cari nombor akaun CDS mereka. Artikel ini akan tunjuk cara semak nombor akaun CDS dengan mudah. Jika anda masih keliru tentang bagaimana untuk cari nombor akaun CDS, teruskan membaca.
Dalam pasaran saham, akaun CDS (Central Depository System) adalah penting bagi pelabur untuk membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia.
Namun, tiada siapa yang hafal nombor tersebut dan tidak rasa nombor itu penting, sehinggalah anda ingin memohon IPO. Kerana inilah ramai yang mencari cara mudah untuk cari nombor akaun CDS mereka. Ini kerana, untuk memohon IPO pemohon perlu mengisi nombor akaun CDS dalam form online yang diberikan.
Terdapat juga persoalan yang ramai client tanya iaitu, akaun CDS hanya mempunyai 9 angka. Tapi untuk mengisi borang permohonan IPO memerlukan 15 digit.
Jadi dalam tulisan kali ini, saya akan menerangkan beberapa cara yang boleh digunakan untuk mendapat nombor akaun CDS. Mungkin anda akan temui cara paling sesuai untuk cari nombor akaun CDS anda.
Cara 1 : Aplikasi Mplus
- Login aplikasi Mplus
- Sekiranya anda pernah membuat sebarang transaksi, boleh pergi ke ‘contract note’.
- Buka contract note.
- Di bahagian atas kanan terletak nombor akaun CDS.
Apabila mengisi nombor akaun CDS ketika memohon IPO, perlu ditambah ‘012-001’ dihadapan nombor akaun CDS yang tertera di platform untuk menjadikannya 15 digit seperti yang diminta. Ini khas untuk akaun Mplus sahaja.
Cara 2 : Dapatkan di Platform Mplus
- Login ke platform Mplus.
- Pergi ke ‘My Account’.
- Kemudian tekan ‘My Profile’.
- Nombor akaun CDS ada di bahagian bawah
Seperti tadi, apabila mengisi nombor akaun CDS ketika memohon IPO, perlu ditambah ‘012-001’ dihadapan nombor akaun CDS yang tertera di platform.
Cara 3 : Bursa Anywhere
- Login Bursa Anywhere
- Akan terpapar semua akaun CDS yang dimiliki
- Buka ‘Bursa Statement’
- Masukkan password. Caranya adalah seperti yang diberitahu.
- Nombor akaun CDS terletak di bahagian atas kanan.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Di mana boleh cari nombor akaun CDS saya?
Nombor akaun CDS boleh didapati di bahagian atas kanan platform trading anda selepas log in, dalam email pengesahan pembukaan akaun dari broker, atau dengan menghubungi broker anda secara terus.
2. Berapa digit nombor akaun CDS?
Nombor akaun CDS biasanya mengandungi 10 digit angka. Nombor ini adalah unik untuk setiap pemegang akaun dan digunakan untuk semua urusan berkaitan saham di Bursa Malaysia.
3. Untuk apa nombor akaun CDS digunakan?
Nombor akaun CDS digunakan untuk memohon IPO melalui online banking, pengesahan transaksi jual beli saham, semakan pegangan saham, dan urusan rasmi dengan broker atau Bursa Malaysia.
4. Bagaimana jika saya terlupa atau hilang nombor akaun CDS?
Jika terlupa, anda boleh log in ke platform trading untuk melihat nombor tersebut, semak email pengesahan asal, atau hubungi broker anda untuk mendapatkan semula nombor akaun CDS.
Belum ada akaun CDS? Buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini dan dapatkan bimbingan pelaburan eksklusif. Muat turun juga ebook percuma asas pelaburan untuk panduan lengkap pemula.