CONVERT DNEX-WD BERBALOI TAK? -CASE STUDY

Convert Dnex-WD Warrant
Warrant mewakili hak kepada pelabur untuk membeli saham syarikat pada harga diskaun atau lebih rendah dalam tempoh masa yang tertentu.
Dan pemegang warrant bukanlah pemegang saham kerana tidak memiliki saham Induk (Mother Share).
Dalam bahasa mudahnya Warrant adalah anak kepada saham Mother Share sahaja. Dan apabila warrant tamat tempoh (Expired), pemegang warrant perlu tukar (Convert) warrant kepada Mother Share.
Jika tidak tukar maka warrant sedia ada akan Burn begitu sahaja.
Perkara Perlu Tahu Convert Dnex-WD
Jadi untuk proses Convert Dnex-WD, pertama sekali anda perlu tahu info warrant tersebut.
Info Warrant
Sebagai contoh, info untuk warrant Dnex-WD adalah;
- Harga Warrant = 0.16
- Harga Mother Share = 0.715
- Exercise Price = 0.5
- Maturity Date/Expired Date = 30/07/2021
- Premium = -7.69%
Kesemua info warrant ini nanti kita akan buat sedikit pengiraan untuk tahu berbaloi atau tidak untuk Convert ke Mother Share.
Formula Kira Premium Warrant
Premium adalah bayaran tambahan yang perlu dibayar untuk tukar kepada Mother Share.
| Formula Premium | = | (Warrant price + Exercise Price) – Mother Share Price |
| Mother Share Price |
Jika nilai Premium Negatif bermaksud anda sedang untung kerana dapat membeli Mother Share pada harga Diskaun atau lebih murah.
Manakala jika nilai Premium Positif bermaksud anda rugi kerana beli Mother Share pada harga lebih mahal dari harga semasa Mother Share.

Borang Pelaksanaan ‘Exercise Form’
Yang kedua, perlu ada Exercise Form ini untuk anda isi details pelaksanaan pertukaran Warrant Dnex-WD.
Pemegang warrant akan menerima Exercise Form ini dari Share Registrar.
Share Registrar akan menghantar surat kepada pemegang warrant selewatnya 2 minggu sebelum Expired Date Warrant.
Sekiranya pemegang warrant tidak menerima surat Exercise Form ini boleh hubungi pihak Registrar untuk mendapatkannya.
Atau anda juga boleh dapatkan terus secara Online di website Bursa Malaysia.
Share Registrar Dnex-WD
Kemudian, Exercise Form yang telah lengkap diisi perlu diposkan atau dihantar ke alamat Registrar selewatnya atau sebelum tarikh Expired warrant jam 5 petang.
Alamat Registrar boleh didapati di surat registrar sendiri dan di website Bursa.
Sebagai contoh, untuk convert Dnex-WD anda perlu poskan Exercise Form tadi ke alamat Registrar berikut;
MEGA CORPORATE SERVICES SDN BHD (187984-H)
Level 15–2, Bangunan Faber Imperial Court, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Telephone No. : (03) 2692 4271 / 2694 8984
Di ingatkan juga proses borang Exercise Form dikenakan yuran RM20. Bayaran yuran boleh dibuat secara:
- Cek kepada “Mega Corporate Services Sdn Bhd” crossed “A/C Payee Only”
- Cash RM20 jika Walkin ke pejabat Registrar Mega Corporate Services Sdn Bhd
- Credit terus ke Akaun Registrar dibawah:MEGA CORPORATE SERVICES SDN BHD
Standard Chartered Bank
Account No. 312157298173
Email notification: [email protected]
Cara Pembayaran Convert Dnex-WD
Ketiga bayaran penuh untuk convert warrant boleh dibuat terus kepada “DNeX Warrants Account” crossed “A/C Payee only” dengan cara:
- Bank Draf/Cashier’s Order atau
- Money Order melalui pejabat pos atau
- Transfer ke Akaun Dnex Warrant dibawah:DNeX Warrants Account
Account No. 514123650888 (Maybank)
Berbaloi Tak Convert Dnex-WD?
Jadi mari kita kira dan tengok berbaloi atau tidak jika convert warrant Dnex-WD kepada Mother Share.
Berdasarkan info Warrant yang kita dah tahu iaitu;
- Harga Warrant = 0.16
- Harga Mother Share = 0.715
- Exercise Price = 0.5
- Maturity Date/Expired Date = 30/07/2021
- Premium = -7.69%
Untuk tahu sama ada berbaloi atau tidak convert. Cara kiranya adalah;
Contoh anda ada 10,000 unit warrant Dnex-WD.
- Kos Pertukaran Warrant = Exercise Price x Bilangan Unit Warrant
= 0.5 x 10,000 unit
= RM5,000 (Inilah kos anda perlu bayar kepada “DNeX Warrants Account”) - Jumlah Kos Pertukaran Warrant = (0.16 + 0.5) x 10,000 unit
= RM6,600 - Kos Jika Beli Mother Share Dnex = 0.715 x 10,000 unit
= RM7,150 - Perbezaan Kos Pertukaran Warrant dengan Kos beli Motehr Share = [(RM7,150-RM6,600)/RM7,150] x 100
= 7.69%
Jadi kesimpulan disini Kos tukar warrant lebih MURAH berbanding kos beli Mother Share Dnex.
Dan jika convert warrant juga anda boleh untung sebanyak 7.69%.
Apa pun ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran sahaja. Bukan saranan untuk anda tukar atau beli mother share. Sebarang keputusan terletak pada anda sendiri.

Kronologi Convert Dnex-WD

Jadi apa yang berlaku dalam warrant ini adalah anda perlu tahu bila tarikh Expired warrant.
Kemudian perlu tahu warrant akan bertukar status Suspended 2 minggu sebelum tarikh Expired untuk beri ruang kepada pemegang warrant nak convert atau tidak kepada Mother Share.
Jika anda memilih untuk convert maka akan dapatlah Mother Share selepas convert.
Manakala jika tidak Convert, warrant akan BURN begitu sahaja.
Apa pun segala keputusan untuk Convert atau tidak bergantung pada pemegang warrant sendiri.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apa itu warrant dalam saham?
Warrant adalah instrumen kewangan yang memberi hak kepada pemegangnya untuk membeli saham syarikat (Mother Share) pada harga tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan. Warrant bukan saham sebenar dan mempunyai tarikh luput (expired).
2. Bagaimana cara convert warrant kepada Mother Share?
Untuk convert warrant, anda perlu dapatkan Exercise Form daripada Registrar Warrant, isikan borang tersebut dan hantarkan sebelum tarikh luput. Anda juga perlu membayar harga exercise yang ditetapkan untuk setiap unit warrant.
3. Apa akan berlaku jika tidak convert warrant sebelum tarikh luput?
Jika anda tidak convert warrant sebelum tarikh luput, warrant tersebut akan BURN (hangus) dan anda akan kehilangan keseluruhan pelaburan warrant tersebut tanpa sebarang pampasan.
4. Bagaimana cara kira premium warrant untuk tahu berbaloi atau tidak convert?
Premium warrant dikira dengan formula: (Harga Warrant + Harga Exercise - Harga Mother Share) / Harga Mother Share x 100%. Jika premium terlalu tinggi, convert mungkin tidak berbaloi berbanding membeli Mother Share terus di pasaran.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apa itu warrant dalam saham?
Warrant adalah instrumen kewangan yang memberi hak kepada pemegangnya untuk membeli saham syarikat (Mother Share) pada harga tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan. Warrant bukan saham sebenar dan mempunyai tarikh luput (expired).
2. Bagaimana cara convert warrant kepada Mother Share?
Untuk convert warrant, anda perlu dapatkan Exercise Form daripada Registrar Warrant, isikan borang tersebut dan hantarkan sebelum tarikh luput. Anda juga perlu membayar harga exercise yang ditetapkan untuk setiap unit warrant.
3. Apa akan berlaku jika tidak convert warrant sebelum tarikh luput?
Jika anda tidak convert warrant sebelum tarikh luput, warrant tersebut akan BURN (hangus) dan anda akan kehilangan keseluruhan pelaburan warrant tersebut tanpa sebarang pampasan.
4. Bagaimana cara kira premium warrant untuk tahu berbaloi atau tidak?
Premium warrant dikira dengan formula: (Harga Warrant + Harga Exercise - Harga Mother Share) / Harga Mother Share x 100%. Jika premium terlalu tinggi, convert mungkin tidak berbaloi berbanding membeli Mother Share terus di pasaran.
Kesimpulan
Jika anda bercadang untuk membeli warrant perlu peka 5 perkara yang telah diterangkan dalam artikel ini. Pastikan anda faham sepenuhnya tentang tarikh luput, premium, exercise form, registrar dan risiko burn sebelum melabur dalam warrant.
Jom mulakan langkah pertama anda dalam pelaburan saham. Buka Akaun CDS bersama Mahersaham hari ini dan dapatkan bimbingan dari awal. Anda juga boleh muat turun Ebook Percuma untuk belajar asas pelaburan saham.