COVID-19 Indonesia: Kempen vaksinasi besar-besaran

Loading...

Hai korang! Moga anda sentiasa sihat di musim COVID-19 ini. Seperti yang korang tahu, peratus dan angka pesakit yang terjangkit dengan penyakit ini semakin meningkat dari hari ke hari.
Kerajaan dan frontliner serta seluruh dunia kini sedang menanti akan perkembangan mengenai vaksin yang kemungkinan bakal dikeluarkan untuk merawat pandemik ini.
Haaa.. hari nie ada satu isu semasa dan berita yang saya akan kongsi dengan korang mengenai negara jiran kita iaitu Indonesia.
Untuk pengetahuan korang, Indonesia merupakan negara Asia Tenggara yang menerima impak terbesar COVID-19, dengan sekitar 15,000 kematian dan 450,000 jangkitan.
Okay, korang rasa apa berita hari ini? Berita ini telah dikeluarkan oleh Astro Awani pada hari ini.

Presiden Indonesia, Joko Widodo akan memulakan kempen vaksinasi COVID-19 secara besar-besaran pada akhir tahun ini.
Selain itu, presiden Joko Widodo memberitahu Reuters bahawa perancangan sudah dilakukan untuk mengedarkan vaksin ke seluruh negara.
Sekiranya Agensi Makanan dan Ubat Negara (BPOM) memberikan kelulusan, negara dengan populasi seramai 270 juta orang itu akan menjadi antara yang pertama di dunia melakukan vaksinasi terhadap COVID-19.

Seperti yang telah saya baca daripada beberapa artikel terdapat maklumat mengenai vaksin ini telah dihasilkan oleh pelbagai syarikat dari lain-lain negara.
Antaranya ialah syarikat gergasi bioteknologi di Amerika Syarikat iaitu Moderna. Syarikat ini turut membangunkan vaksin.
Selain itu, vaksin ini juga dibangunkan oleh syarikat gergasi farmaseutikal di Amerika Syarikat juga iaitu syarikat Pfizer
Tambahan pula, vaksin Pfizer yang diagihkan di AS ini dihasilkan dari pelan pembuatan terbesarnya di Kalamazoo, Michigan.
Negara di Jerman juga telah menghasilkan vaksin COVID-19 ini iaitu syarikat BioNTech.
Dan untuk pengetahuan korang, vaksin yang dihasilkan oleh Sinovac dan Sinopharm China dijangka digunakan pada peringkat awal kempen di Indonesia nanti.
Indonesia mempunyai perjanjian untuk mendapatkan lebih 250 juta dos hingga akhir 2021, termasuk 30 juta yang dikeluarkan oleh syarikat AS Novovax.
Kesimpulannya, seperti yang korang sedia maklum, terdapat beberapa syarikat yang terlibat dalam membangunkan vaksin untuk COVID-19 ini.
Ini adalah satu peluang yang baik kepada para traders di luar sana untuk mengkaji dan mencari syarikat yang terlibat dalam menghasilkan vaksin ini.
Syarikat-syarikat ini mungkin mendapat perhatian dan permintaan yang tinggi daripada ramai pihak.
Contohnya, korang mungkin boleh kaji syarikat yang terlibat dalam sektor pharmaceutical dan health care
Okey terima kasih, sampai sini saja kita bersambung pada artikel yang akan datang. Moga artikel kali ni bermanfaat untuk anda!
Indonesia menggunakan beberapa jenis vaksin termasuk Sinovac (CoronaVac) dan Sinopharm dari China pada peringkat awal kempen vaksinasi. Selain itu, Indonesia juga mempunyai perjanjian untuk mendapatkan vaksin daripada Novovax (AS) dengan jumlah keseluruhan melebihi 250 juta dos sehingga akhir 2021.
Indonesia merupakan antara negara yang menerima impak terbesar daripada pandemik COVID-19 dengan jumlah kes jangkitan yang terus meningkat setiap hari. Kempen vaksinasi besar-besaran ini bertujuan untuk membendung penularan virus dan melindungi rakyat Indonesia secara menyeluruh.
Ya, pelabur boleh mengkaji syarikat-syarikat yang terlibat dalam sektor pharmaceutical dan health care. Syarikat yang terlibat dalam penghasilan vaksin biasanya mendapat perhatian dan permintaan tinggi, sekali gus berpotensi memberi peluang pelaburan yang menarik.
Indonesia merancang untuk mendapatkan lebih 250 juta dos vaksin sehingga akhir 2021. Ini termasuk vaksin daripada pelbagai pengeluar seperti Sinovac, Sinopharm, dan Novovax bagi memastikan bekalan mencukupi untuk penduduknya yang ramai.
Berminat nak mula melabur saham? Jom buka akaun CDS anda melalui panduan lengkap kami di sini.
Baru nak berjinak-jinak dalam dunia saham? Muat turun ebook asas saham percuma kami sekarang!
Bacaan lanjut: