Vaksin COVID-19: Malaysia-China tandatangan perjanjian kerjasama

Loading...

Hai dan salam sejahtera Tuan-tuan dan Puan Puan. Jika semalam saya ada berkongsi dengan anda mengenai negara Indonesia yang bakal mengadakan kempen secara besar-besaran mengenai vaksin COVID-19.
Maka, hari ini saya akan kongsi dengan korang mengenai isu semasa vaksin COVID-19 ini berkenaan negara kita, Malaysia.
Telah keluar satu berita di Sinar Harian dan beberapa berita lain yang mengatakan Malaysia dan China hari ini telah menandatangani perjanjian kerjasama.
Haaa.. korang rasa perjanjian mengenai apa tu?
Antara perjanjiannya ialah untuk kerjasama dalam pembangunan vaksin yang selamat dan berkesan selaras dengan usaha kedua-dua negara memerangi pandemik COVID-19 ini.
Menurut kenyataan bersama oleh Kementerian Luar dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), majlis menandatangani perjanjian berkenaan disempurnakan oleh Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin dan rakan sejawatnya Wang Zhigang secara maya.

“Perjanjian khusus ini akan dikendalikan di bawah pengawasan Jawatankuasa Tertinggi, dipengerusikan oleh Menteri Luar kedua-dua negara iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatnya Wang Yi seperti yang dipersetujui pada 13 Oktober lalu.
Ia bertujuan untuk mempromosikan kerjasama pragmatik dan pendekatan yang lebih koheren dalam menangani cabaran pasca-wabak.
Perjanjian ini akan berkuat kuasa untuk tempoh 5 tahun pertama dan dilanjutkan secara automatik untuk tempoh setahun pada satu masa, setelah dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak

Untuk pengetahuan korang, menerusi perjanjian ini, Malaysia akan diberi keutamaan akses kepada vaksin yang dibangunkan oleh China
Juga termasuk akses perkongsian pengetahuan dan kepakaran serta kemudahan saintifik dan keupayaan teknologi untuk memajukan pembangunan vaksin di kedua-dua negara.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dalam perbincangan dua hala bersama Menteri Luar China, negara itu bersetuju untuk memberi bantuan pembekalan vaksin kepada rakyat negara ini.
Kerjasama ini juga akan dipimpin oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitternya berkata, pihaknya juga telah berbincang bersama Wang untuk menerima blok rantai passport kesihatan digital (blockchain-enabled digital health passport).
Ini akan digunakan bagi melaksanakan koridor perjalanan bagi warganegara yang telah mengambil vaksin dari kedua negara itu.
Kerajaan telah berkomunikasi dengan 10 pengeluar vaksin COVID-19 melibatkan lapan pengeluar yang dihubungi secara terus.
Manakala dua lagi melalui Fasiliti Akses Global Vaksin COVID-19 (Covax).
Berdasarkan rekod, terdapat sekurang-kurangnya 4 vaksin yang dibangunkan China yang kini dalam fasa klinikal peringkat akhir.
Antaranya ialah Ad5-nCoV yang dibangunkan CanSino Biological Inc, BBIBP-CorV dan WIBP yang dibangunkan Sinopharm, serta CoronaVac yang dibangunkan Sinovac.
Telah dilaporkan bahawa ujian tahap pertengahan menunjukkan CoronaVac memberi tindak balas imunisasi yang cepat.
Walaupun tahap antibodi yang dihasilkan lebih rendah dari orang yang telah sembuh dari penyakit ini.
Sebelum ini, pembuat ubat AS, Pfizer dan Moderna, serta Rusia, mendakwa vaksin mereka memberikan perlindungan lebih 90% terhadap COVID-19.
Ini berdasarkan hasil sementara dari ujian tahap akhir.
Kesimpulannya, cabaran pandemik memerlukan libat sama dan kerjasama seluruh negara.
Negara lain juga dilihat bertungkus- lumus dalam menjayakan penghasilan vaksin ini.
Disamping itu, diplomasi sains terus diperlukan bagi menghubungkan semua pihak bagi berkongsi penemuan semasa dan amalan terbaik penyelesaian jangkitan wabak.
Malaysia telah menandatangani perjanjian kerjasama 5 tahun dengan China melibatkan bekalan vaksin COVID-19 serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). Perjanjian ini membolehkan Malaysia mendapat akses kepada vaksin yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat China seperti Sinovac dan Sinopharm.
Antara vaksin China yang terlibat termasuk Ad5-nCoV oleh CanSino Biological Inc, BBIBP-CorV dan WIBP oleh Sinopharm, serta CoronaVac oleh Sinovac. Ujian menunjukkan CoronaVac memberikan tindak balas imunisasi yang cepat walaupun tahap antibodi lebih rendah berbanding pesakit yang telah sembuh.
Perjanjian kerjasama vaksin ini memberi sentimen positif kepada sektor pharmaceutical dan healthcare di Bursa Malaysia. Pelabur boleh memantau syarikat-syarikat yang terlibat dalam rantaian bekalan vaksin termasuk pengedaran, penyimpanan, dan pemberian vaksin di Malaysia.
Pada ketika itu, vaksin Pfizer dan Moderna dari AS serta vaksin Rusia mendakwa memberikan perlindungan melebihi 90% terhadap COVID-19 berdasarkan ujian tahap akhir. Vaksin China seperti CoronaVac turut menunjukkan keberkesanan yang baik dengan tindak balas imunisasi yang cepat, menjadikannya pilihan yang praktikal untuk banyak negara.
Nak mula langkah pertama dalam pelaburan saham? Buka akaun CDS anda dengan panduan step-by-step di sini.
Muat turun ebook asas saham percuma kami untuk belajar dari sifar tentang pelaburan saham.
Bacaan lanjut: