Credit Suisse Mencetuskan Kejatuhan Pasaran Global Susulan Kebimbangan Terhadap Sistem Perbankan

Loading...


Apa yang diperlukan hanyalah beberapa perkataan tegas daripada pemegang saham terbesar Credit Suisse Group AG pada 15 Mac untuk mencetuskan penjualan saham yang tersebar ke seluruh pasaran global.
Ditanya sama ada Bank Negara Saudi terbuka untuk suntikan tunai tambahan, pengerusi Ammar Al Khudairy berkata “sama sekali tidak”.
Ia adalah gambaran kepada situasi tidak menentu yang dihadapi bank Switzerland itu, sehari selepas ketua pegawai eksekutifnya, Ulrich Koerner, berusaha untuk meningkatkan keyakinan pelabur dengan menunjukkan tanda-tanda peningkatan dalam perniagaannya.
Harga saham Credit Suisse menjunam sebanyak 31%, dalam rekod penjualan terbesar dalam masa sehari, sebelum penurunan menyusut kepada 16%.
Bon Credit Suisse jatuh ke paras yang menandakan kesukaran kewangan yang dihadapinya.
Bagi pelabur global yang masih bergelut selepas kejatuhan mendadak tiga bank di AS, krisis Credit Suisse yang semakin melarat memberikan alasan baharu kepada mereka untuk menjual aset berisiko dan mengumpulkan modal ke dalam bon kerajaan yang lebih selamat.
Indeks penanda aras di Eropah merosot lebih daripada 2% dan S&P 500 kehilangan 1.2%.
“Pasaran sangat sensitif terhadap aliran berita negatif selepas beberapa kejutan yang melihat bank AS mengalami kegagalan dari hari ke hari,” kata Francois Lavier, ketua strategi pinjaman kewangan di Lazard Freres Gestion. “Dalam konteks di mana sentimen pasaran sudah lemah, tidak banyak yang diperlukan untuk melemahkannya lagi.”
Societe Generale SA, BNP Paribas SA dan Banco de Sabadell SA jatuh lebih daripada 10%, mendahului kemerosotan dalam Stoxx 600. Di kalangan bank Eropah, lebih daripada AS$60 bilion nilai pasaran keseluruhan telah dihapuskan pada 15 Mac.
“Berlaku keadaan panik dan pelabur cuba memastikan keselamatan modal mereka,” kata Oliver Scharping, pengurus portfolio di Bantleon. “Pasaran melihat kegagalan Credit Suisse semakin hampir, namun demikian system kewangan masih baik.”
Ketua Pegawai Eksekutif Koerner pada hari Selasa menunjukkan nisbah perlindungan kecairan firma, yang menunjukkan bank tersebut boleh menangani tekanan aliran keluar yang banyak lebih daripada sebulan.
Beliau berkata firma itu menyaksikan aliran masuk pada 13 Mac di tengah-tengah kegawatan pasaran.
Tidak ada yang mengejutkan tentang apa yang Al Khudairy katakan. Bank Negara Saudi telah mengekalkan pendirian itu sejak tahun lepas, apabila pegangannya dalam Credit Suisse mencapai 9.9%.
Semua yang berlaku ini menggambarkan betapa tingginya kebimbangan terhadap Credit Suisse dan, jika dilihat secara lebih luas, kebimbangan ini mempengaruhi ekonomi global susulan Tindakan bank pusat AS yang cuba meredakan inflasi dengan pantas. Kebimbangan kemelesetan menyebabkan harga minyak jatuh di bawah AS$70 setong buat kali pertama sejak 2021 di AS.
“Situasi Credit Suisse tidak membantu,” kata Evgenia Molotova, pengurus pelaburan kanan di Pictet Asset Management. “Pelabur semakin bimbang tentang balance sheet bank dan kesan kenaikan kadar faedah yang pesat ke atas kos pembiayaan.”
Kejatuhan saham Credit Suisse dicetuskan apabila pemegang saham terbesarnya, Saudi National Bank, mengumumkan tidak akan menambah pelaburan lagi. Ini berlaku di tengah-tengah kebimbangan terhadap sektor perbankan global selepas keruntuhan Silicon Valley Bank di Amerika Syarikat.
Kejatuhan ini menyebabkan kesan domino ke seluruh pasaran global termasuk Malaysia. Pelabur menjadi lebih berhati-hati dan indeks saham di pelbagai negara mengalami penurunan akibat kebimbangan terhadap kestabilan sistem perbankan antarabangsa.
Pelabur perlu kekal tenang, mengelak daripada membuat keputusan secara emosi, dan memastikan portfolio mereka dipelbagaikan. Memahami asas pelaburan sangat penting untuk membuat keputusan yang bijak semasa keadaan pasaran tidak menentu.
Anda boleh muat turun ebook percuma Mahersaham untuk mempelajari asas pelaburan dan pengurusan risiko. Jika anda belum mempunyai akaun dagangan, buka akaun CDS bersama Mahersaham untuk mula melabur dengan bimbingan.
Krisis Credit Suisse memberi pengajaran penting kepada pelabur tentang risiko sistemik dalam sektor perbankan global. Pelabur yang berilmu dan bersedia dapat menghadapi situasi pasaran yang tidak menentu dengan lebih yakin.
Tingkatkan ilmu pelaburan anda hari ini. Buka akaun CDS bersama Mahersaham dan muat turun ebook percuma kami untuk panduan lengkap.