Daftar dan semak ASB Online

Loading...

Sebelum kita lihat kepada cara untuk daftar dan semak ASB secara Online, jom kita ketahui serba sedikit berkaitan pelaburan ASB ini.
Pelaburan ASB merupakan antara instrumen pelaburan yang amat popular sehingga ke hari ini.
Ramai yang menjadikan ASB sebagai tempat pelaburan mereka kerana dividen tahunan yang diumumkan setiap tahun agak konsisten.
Agihan pendapatan ASB adalah sekitar 7 sen hingga 9 sen seuit dari tahun 2007 hingga 2018.
Maka tidak hairanlah ramai masyarakat yang mempunyai akaun ASB untuk mendapatkan dividen dan bonus ASB setiap tahun.
Tetapi, sekarang pelaburan ASB tidak lagi menggunakan buku biru.
Segala urusan untuk semak unit amanah boleh terus dibuat secara online di portal rasmi MyASNB.
Sesiapa yang baru pertama kali buka akaun ASB boleh ikuti beberapa langkah mudah untuk daftar dan semak asb online tanpa perlu beratur di kaunter lagi.
PERTAMA: Dapatkan Nombor Ahli ASB (nombor akaun 12 digit) di mana-mana 30 cawangan atau ejen ASB seperti Maybank, Cimb, BSN, pejabat pos.
Kemudian kemaskini nombor telefon anda kerana sebarang pengesahan maklumat akan dihantar melalui penghantaran TAC.
KEDUA: Layari Portal MyASNB dan daftarkan ASB anda secara online dengan klik ‘daftar di sini’
KETIGA: Klik TERUSKAN pada pop-up tersebut

KEEMPAT: Tik pada ruangan kotak setuju Terma & Syarat dan klik SETUJU

KELIMA: Isikan maklumat Pemegang Unit seperti yang diminta iaitu nombor kad pengenalan dan 12 digit nombor ahli. Kemudian klik SETERUSNYA
KEENAM: Masukkan nombor telefon yang telah dikemaskini pada langkah pertama dan masukkan KOD TAC yang diberikan melalui SMS. Klik SETERUSNYA
KETUJUH: Lengkapkan maklumat alamat surat menyurat anda pada ruangan yang disediakan. Kemudian klik SETERUSNYA
KELAPAN: Langkah terakhir cipta ID (username) anda untuk login. Pilih soalan keselamatan seperti yang diminta beserta jawapan.
Cipta frasa rahsia sebagai langkah keselamatan semasa login. Kemudian klik TAMAT.
Selepas itu, gunakan kata laluan sementara yang diberikan untuk log masuk kali pertama.
Kembali semula pada portal myASNB. Masukkan username ID yang telah dicipta dan tekan TERUSKAN.
Setelah itu, anda boleh tukar kata laluan baru yang anda inginkan.
Kemudian berjayalah pendaftaran asb anda!

Sumber: Info Pelajar
Selepas dah ada akaun ASB, anda bolehlah mula melabur dalam ASB.
Anda boleh mendaftar ASB online melalui portal myASNB di myasnb.com.my dengan menyediakan kad pengenalan, nombor telefon, dan akaun bank untuk proses pendaftaran dan pengesahan identiti.
ASB (Amanah Saham Bumiputera) mempunyai had pelaburan maksimum RM300,000 manakala ASB 2 membenarkan pelaburan tambahan sehingga RM200,000, memberikan jumlah keseluruhan RM500,000 untuk pelabur Bumiputera.
Dividen ASB biasanya sekitar 4-7% setahun bergantung kepada prestasi pelaburan PNB, menjadikannya salah satu instrumen simpanan tetap yang paling kompetitif di Malaysia.
Ya, ramai pelabur bijak mempelbagaikan portfolio dengan melabur dalam ASB sebagai simpanan stabil dan saham di Bursa Malaysia untuk potensi pulangan lebih tinggi.
Selepas memantapkan simpanan ASB, langkah seterusnya ialah mempelbagaikan pelaburan anda ke pasaran saham untuk potensi pulangan yang lebih tinggi.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook percuma Mahersaham untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: