Dasar Ekonomi Baru 2019

Artikel kali ini ingin menarik perhatian pembaca terhadap kemajuan ekonomi.
Pengetahuan tentang aspek ekonomi dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan yang beragama Islam sudah mula meningkat.
Sedarilah, faktor utama dan terpenting yang memacu pembangunan negara mahupun komuniti tertentu itu berasal daripada kekuatan ekonomi.
Ini kerana, sesebuah negara atau masyarakat dikatakan boleh menguasai DUNIA dengan pemerkasaan EKONOMI.
Takrifan Ekonomi
Aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan dan menjana sumber kewangan.
Dalam kata lain, segala kegiatan ekonomi yang bersangkut paut dengan penghasilan terbahagi kepada tiga sektor:
- primer: pertanian, perikanan, perhutanan atau pembalakan, perlombongan,
- sekunder: perindustrian (pengeluaran dan pengilangan)
- tertier: pendidikan, pelancongan, perdagangan, pengangkutan dan kewangan.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) Berpihak Kepada Siapa?
2 Tujuan asal pengenalan dasar ini adalah untuk:
- mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum; dan
- menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum.
Selain itu, lebih ramai golongan yang kurang bernasib baik dapat dibantu, dan mereka semua dapat menikmati hasil secara bersama.
Pokok pangkalnya, DEB tidak hanya berpihak kepada Bumiputera, tetapi lebih kepada kesamarataan semua kaum.
Pendekatan Kerajaan menerusi DEB
Kerajaan sekarang memandang ‘perkongsian kemakmuran’, ‘kesamarataan’ semua kaum hatta dalam ekonomi sekalipun.
Ini bermakna, tiada diskriminasi terhadap kaum lain dalam soal ekonomi.
Asalkan namanya petani, pesawah atau nelayan, tidak kira kaum apa pun, mereka termasuk dalam agenda ini.
Inilah semangat baru yang telah direncanakan oleh kerajaan baru yang dikatakan lebih bersifat adil dan saksama.
Ekonomi Umat IslamMerosot?
Ini adalah fakta yang harus diakui oleh umat Islam hari ini.
Mereka gah dengan pelbagai produk yang semua jenama Islam pada zahirnya, tetapi hakikatnya majoriti eksport barangan halal dan peratus nilai niaga produk halal sebenarnya dipegang oleh bukan Islam.
Lebih 60% pengeluar produk halal adalah syarikat multinasional yang dimiliki oleh orang bukan Islam.
Sebelum ini, rata-rata produk non-muslim menjadi pilihan kerana harganya murah berbanding barangan keluaran muslim.
Kesimpulan
Sekarang, barang mahal bukan lagi isu untuk orang Islam. Lagi mahal sesuatu barang yang dijual, lagi cepatlah pertumbuhan ekonomi Islam.
Kena ubah sedikit cara pemikiran barulah kita dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
Begitu juga dengan sesi pembelajaran yang berkaitan dengan saham.
Kerana saham dan ekonomi saling berkait rapat antara satu sama lain.
Semua itu ada harganya. Jangan lihat kepada harga ‘mahal’ sekiranya ingin mengubah persepsi dan pendirian untuk menyokong produk keluaran muslim.
Bantulah juga pelatih-pelatih saham yang benar-benar ingin mendidik masyarakat beragama Islam tentang ilmu penguasaan saham dan ekonomi.
Kalau beli barangan di pasaraya, selalunya sebulan sekali belanja untuk seisi keluarga.
Berbeza dengan saham, penguasaan ilmu dan teknik yang betul mampu meraih keuntungan setiap hari.
Duit untung yang terhasil daripada berniaga saham boleh digunakan untuk pembelian barangan orang Islam.
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah Dasar Ekonomi Baru dan bagaimana ia berkaitan dengan ekonomi Islam?
Dasar Ekonomi Baru menekankan pertumbuhan ekonomi yang inklusif terutama dalam kalangan umat Islam, menggalakkan penguasaan ilmu ekonomi dan sokongan terhadap produk keluaran Muslim.
Mengapa penting menyokong produk dan perniagaan Muslim?
Menyokong produk Muslim memacu pertumbuhan ekonomi Islam, mewujudkan peluang pekerjaan, dan menguatkan ekosistem perniagaan halal yang kini bernilai trilion ringgit di peringkat global.
Bagaimana saham berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi Islam?
Pelaburan saham patuh syariah menyalurkan modal kepada syarikat Muslim dan halal, membantu mengembangkan perniagaan Islam, dan membolehkan pelabur Muslim menjana keuntungan secara halal.
Apakah langkah pertama untuk menyertai pelaburan saham patuh syariah?
Langkah pertama ialah membuka akaun CDS Islamik yang hanya membenarkan pembelian saham patuh syariah, kemudian belajar asas pelaburan dan analisis saham sebelum mula melabur.
Menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Islam boleh bermula dengan pelaburan saham patuh syariah — setiap ringgit yang dilabur membantu mengembangkan ekosistem perniagaan halal.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham patuh syariah di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk memahami asas pelaburan saham dan cara memilih kaunter patuh syariah.
Bacaan lanjut: