Hari Raya Haji Bantu Kembangkan Ekonomi Umat Islam

Loading...

Hari Raya Haji merupakan hari kebesaran oleh seluruh umat islam di seluruh dunia.
Perayaan ini disambut bertujuan untuk mengingati kisah perjuangan dan pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail bagi memenuhi perintah Allah.
Selain itu, keistimewaan Hari Raya Aidiladha ialah pelaksanaan ibadah korban iaitu penyembelihan binatang korban seperti lembu, kerbau, kambing dan unta.
Ibadah korban mendidik umat Islam mensucikan jiwa dan membersihkan harta sebagai tanda syukur dengan segala nikmat kurniaan Ilahi.
Oleh itu, beruntunglah bagi yang mensucikan harta mereka dan mengambil bahagian menyempurnakan ibadah ini.
Seterusnya, korban memupuk nilai saling membantu antara satu sama lain dengan pengagihan daging korban kepada sesama umat islam.
Lebih-lebih lagi sumbangan kepada golongan fakir miskin atau yang kurang bernasib baik.
Dengan berbuat demikian dapat menjamin kemakmuran dan kesejahteraan bersama.
Umat islam yang kurang berkemampuan tidak dibiarkan tanpa sokongan antara seislam.
Berbalik pada prinsip ekonomi islam, setiap keuntungan dan kerugian dalam perniagaan merupakan lumrah dalam muamalat islam.
Ia menjadi asas kepada perniagaan dan perkongsian.
Islam menggalakkan sistem mudharabah.
Iaitu pemodal memberikan modalnya kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan dan keuntungan dibahagikan di antara mereka.
Hal ini dilihat sama seperti dengan apa yang dilakukan pada Hari Raya korban Aidiladha dengan pengagihan dan sumbangan daging korban.
Dalam rezeki kita, terdapat rezeki dan bahagian orang lain juga.
Ekonomi Islam perlu dilaksanakan kerana ianya teratur, seimbang dan memberi kebaikan kepada semua manusia.
Matlamat sistem ini adalah mencari keredhaan Allah yang mementingkan aspek keadilan dan keseimbangan, kebebasan individu dengan perkara-perkara keduniaan.
Tambahan pula, institusi kewangan Islam yang menjana ekonomi Malaysia antaranya seperti Baitulmal, bank yang berteraskan Islam dan takaful.
Dalam pada itu, institusi-institusi ini memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi negara disamping mendapat sokongan yang menggalakkan daripada umat Islam di Malaysia.
Sebagai contoh, tugas Bank Negara menjaga kestabilan monetari dan kewangan bagi menyediakan persekitaran kondusif pertumbuhan ekonomi.
Pada masa yang sama, bank atau institusi kewangan menjadi pengantaraan transaksi duit masuk dan keluar samada bagi urusan pinjaman, pembiayaan atau pelaburan.
Kemudian pelaburan yang berkaitan dengan saham pula, ia melibatkan syarikat-syarikat broker yang mana setiap trader wajib mempunyai akaun cds yang akan dibuka dibawah syarikat broker ini.
Selepas itu, baru boleh wujudnya transaksi jual beli saham yang didagangkan di Bursa Malaysia.
Hari Raya Haji menggalakkan aktiviti ekonomi melalui pembelian haiwan korban, perbelanjaan perayaan, dan amalan sedekah yang menyumbang kepada pengagihan kekayaan dalam masyarakat Islam.
Institusi seperti Baitulmal, bank Islam, dan takaful memainkan peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara melalui sistem kewangan yang mematuhi prinsip syariah.
Ya, terdapat banyak kaunter patuh syariah di Bursa Malaysia yang disenaraikan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Pelabur Muslim boleh melabur dalam saham yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah.
Sistem ekonomi Islam menekankan keadilan, keseimbangan, dan kebebasan individu. Ia melarang riba dan gharar, serta menggalakkan perkongsian untung rugi yang lebih adil kepada semua pihak.
Ekonomi Islam membuka peluang pelaburan yang luas — langkah pertama ialah memahami asas pelaburan dan memiliki akaun dagangan yang betul.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham patuh syariah di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk memahami cara memilih saham patuh syariah yang berpotensi tinggi.
Bacaan lanjut: